Friday, October 30, 2009

Sabar Menanti


31 Oktober 2009, Hari ini saya nak menulis tentang makmal komputer sekolah. Yalah sudah hampir tiga bulan makmal ini dikosongkan, namun hingga kini masih tak nampak bila pc baru akan tiba.

Akhir Ogos lepas, setelah kelulusan pelupusan semua peralatan ICT di makmal ini diterima, maka kami diarahkan supaya mengosongkannya. Habis semua perlatan yang ada daripada PC, Server, Scanner, Printer, LCD sehinggalah ke kerusi dan meja kena dihapuskan.

Bukan mudah untuk mencari orang yang hendakkan PC yang dioperasikan oleh Wind. 98...
Akhirnya dengan susah payah...dapat juga kami kosongkan makmal ini...dua buah makmal dengan 43 buah PC....

Hari ini kerja-kerja pendawaian telah selesai dijalankan. Penyelaras makmal Ustaz Nizam telah menjalankan tugas pertamanya, iaitu mempastikan semua suis berfungsi dengan baik. tapi nampaknya barang cap ayam tetap ada...kerana salah satu suis telah meletup.Ha..apa lagi teruslah buat report...janji nak baiki..tapi sampai la tak datang..datang... tapi kami tetap sabar menanti...

Friday, October 23, 2009

Selesailah sudah...



23 Oktober 2009 - Hari ini selesailah sudah kami peserta kursus Bestari 4M Kohort 3/2009 menjalani pembelajaran. Di wajah masing-masing seramai 26 orang peserta terpancar keceriaan. Majlis penyampaian sijil dan penutup telah diadakan di Dewan Pak Sako IPGMKBM.

Puan Jamilah Mohd Saleh Timbalan Pengarah IPGMKBM telah menyempurnakan majlis penutupan tersebut.

En. Mohd Yusuf Shamsudin Penyelaras Bestari dalam ucapannya berharap para pelatih dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi dengan mengaplikasikannya apabila tiba di sekolah masing-masing...Insyallah lah , kami akan cuba.

Selepas ini, kami akan menyambung semula kursus ini pada peringkat kedua iaitu di sekolah masing-masing selama sebulan. Sepanjang berada di sekolah kami akan di pantau oleh para pensyarah...Selamat Datang diiucapkan kepada para pensyarah...

Lensa di Majlis Penutup:


Merakam kenangan sebelum meninggalkan IPGM Kampus Bahasa Melayu


En. Mohd Yusuf bin Shamsuddin - penyelaras Bestari




Barisan para pensyarah
















Pesembahan hasil kerja kursus - Pembelajaran berasaskan projek





Penyampaian cenderamata kepada para peserta kursus

Wednesday, October 21, 2009

Pembentangan Hasil Kerja


Sedang membentangkan hasil kerja kursus.


21-102009-Rabu. Setelah masuk minggu keempat kami berkursus "Bestari", kini tibalah masa untuk kami mempersembahkan hasil kerja kursus yang diarah untuk kami menyiapkan.
Sejak minggu pertama, memerah otak, maka terhasillah pelbagai persembahan yang berbagai rupa ban bentuk.

Kepelbagaian itu menambahkan lagi pengetahuan kami. Semakin jelas konsep P&P Bestari sebagaimana yang diharapkan oleh para pensyarah. Semoga selepas ini kami dapat mengaplikasikan segala ilmu yang ditimba demi memajukan anak didik kita.

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada para peserta Kursus Bestari Kohort 3 2009.
IPGM Kampus Bahasa Meelayu, Kuala Lumpur.

Kepada semua pensyarah diucapkan "Terima Kasih Daun Keladi" terutama kepada En. Mohd Yusuf bin Shamsuddin...pensyarah yang menyelaras kami semua.

Saturday, October 10, 2009

Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Taman Padu Permai



11.10.2009: Ahad - Majlis Rumah Terbuka Hari raya Aidil Fitri telah diadakan di Taman Padu permai, Sungai Besar. Majlis ini diadakan di Perkarangan Balai Raya Taman Padu Permai.

Majlis seumpama ini akan mengeratkan lagi perhubungan antara penduduk. Maklumlah sebahagian besar penghuni taman ini adalah pekerja di sektor kerajaan dan swastayang sentiasa sibuk dengan tugas masing-masing. Sudah tentu majlis seperti inilah peluang untuk mereka bertemu dan berkenal-kenalan.

Kehadiran penduduk agak memberangsangkan. Terdapat juga penduduk keturunan Cina dan India turut hadir.

Antara rakaman berkaitan:




Inilah tugas rutin saya setiap tahun... melayan kanak-kanak yang hendakkan aiskrim.





Friday, October 9, 2009

Perkhemahan SK Seri Makmur 2009



9 Oktober 2009 - Jumaat, - Aktiviti perkhemahan SK Seri Makmur telah diadakan pada 9 Oktober 2009 hingga 10 Oktober 2009. Perkhemahan yang mengambil masa dua hari satu malam itu disertai oleh lebih kurang 220 orang murid Tahun 6 SK Seri Makmur.

Perkhemahan ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat kerja sama dalam satu pasukan, memupuk kepimpinan dalam jiwa murid-murid, mengasah bakat semula jadi serta mengamalkan sikap bertanggungjawab.

Perbagai aktiviti telah dirancang sepanjang perkhemahan ini. Antaranya ialah Malam Bakat, Qiamullail, Kawad Kaki, Ikatan, Kraftangan, Memasak dan Sukaneka.

Antara gambar berkaitan :

















Wednesday, October 7, 2009

Pameran Pendidikan Seni Visual


Belajar mencanting batik

8.10.2009 - Khamis, Satu pameran telah diadakan di IPGM Kampus Bahasa Melayu.Pameran yang dikenali dengan nama 'Pameran Pendidikan Seni Visual 2009', ini bertemakan "Kreativiti Menjana Insan Berkualiti". Pameran ini dianjurkan oleh PPISMP 3D, 3G, 3H, 1E, KPLI dan KDPM Sem. 3.

Pameran ini berlansung selama tiga hari bermula dari 8 Oktober 2009 hingga 10 Oktober 2009.Ianya dirasmikan oleh Puan Jamaliah binti Mohd salleh Timbalan Pengarah IPGM Kampus Bahasa Melayu.

Semua pelajar IPGM Kampus Bahasa Melayu bolehlah melawat pameran ini demi menambah ilmu keguruan kita.

Gambar-gambar berkaitan:



Mencuba menganyam ketupat





Topeng


Anyaman Kelarai