Saturday, January 23, 2010

Program Motivasi dan Ramah Mesra Ibu Bapa Tahun 6 2010



Hari ini 23 Januari 2010 (Sabtu)telah berlangsung kegiatan yang melibatkan ibu bapa dan penjaga murid-murid Tahun 6 SK Seri Makmur. Majlis yang diberi nama "Program Ramah Mesra Ibu Bapa / Penjaga Tahun 6 / 2010" telah diisi dengan ceramah motivasi.

Proram ini dilaksanakan sebagai salah satu aktiviti bagi meningkatkan pencapaian murid-murid Tahun 6 dalam UPSR 2010. Untuk melahirkan pelajar yang bermotivasi dan cemerlang kerja sama daripada ibu bapa amat penting. Justeru itu, pihak Jawatankuasa Pelaksana telah menjemput seorang ahli motivasi dari Institut Aminuddin Baki iaitu En. Dawi bin Ithnin Ketua Jabatan Hal Ehwal Murid dan kaunseling di IAB.

Intisari ceramah beliau banyak berkisar tentang kaedah yang perlu digunakan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Di mana kita sebagai ibu bapa perlulah mendidik anak mengikut zamannya. Hal ini demikian, anak-anak zaman ini telah terdedah dengan begitu meluas dalam bidang teknologi dan ICT.

Untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, strategi jangka pendek dan jangka panjang perlu dilaksanakan. Beliau begitu menekankan tentang kerja sama antara ibu bapa dan pihak sekolah. Tindakan di rumah dan di sekolah perlu selari agar tidak mengelirukan anak-anak. Beliau juga menekankan agar anak-anak diberi "tekanan" agar meningkatkan daya usaha mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.

Kepada ibu bapa, beliau menyarankan agar melakukan tiga perkara ini: buatlah apa yang patut dibuat, berusahalah apa yang patut diusahakan dan berdoalah apa yang patut didoakan.

Beliau juga menyarakan agar kaedah ganjaran dan denda digunakan dalam mendidik anak-anak. Merotan adalah kaedah mendenda yang selari dengan kehendak Islam. Dalam memberi pujian pula, beliau menyarankan agar ibu bapa menggunakan kaedah jarak intim berbanding menggunakan jarak sosial semasa berkomunikasi dengan anak-anak.Bagi melakukan dendaan pula beliau lebih suka agar sikap negatif anak-anak itu digarap agar melahirkan natijah yang positif. Beliau memberi contoh tentang masalah anaknya yang suka merokok di asrama sekolah. Di mana beliau telah membenarkan anaknya merokok di rumah tetapi dengan syarat menjadi perokok yang berjaya. Kaedah beliau itu telah melahir anak yang merokok sehingga kini tetapi dalam masa yang sama menjadi seorang jurutera.

Beliau juga menekankan agar ibu bapa melaksanakan kaedah dengar, lihat, buat dan uji kepada anak-anak.
Dengar - bertanya kepada anak apa yang dipelajari hari ini. Biar anak bercerita tentang apa yang dipelajari. Ini membuatkan mereka dapat mengeluarkan semula apa yang telah mereka pelajari.
Lihat- lihat fizikal anak-anak. Kalau pakaian atau rambutnya tidak terurus itu melambangkan emosi mereka.Untuk mendapatkan fokus di bilik darjah beliau menyarankan agar anak-anak tidak dibenarkan bermain sehingga letih dan tidak tidur terlalu lewat. Anak-anak yang letih dan tidak cukup tidur tidak akan dapat memberi fokus terhadap P&P.
Buat- beri latih tubi kepada anak-anak.
Uji- biar anak bercakap tentang apa yang telah dipelajari. Idea-idea yang mereka keluarkan menunjukkan kefahaman mereka terhadap apa yang mereka pelajari.

Semoga aktiviti ini dapat meningkatkan kefahaman kepada ibu bapa dalam membimbing anak-anak ke arah kecemerlangan.

En. Dawi bin Ithnin Ketua Jabatan Hem Dan kaunseling IAB sedang menyampaikan ceramah

Antara ibu bapa yang hadir

SK Seri Makmur Diserang....

Fuh yooo..baca tajuk je dah rasa kecut. Bukan apa...sebenarnya pada pagi Jumaat yang hening itu bersamaan 22 Januari 2010..SK Seri Makmur telah diserang oleh segerombolan Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam.

Baru saja saya ingin menyelak akbar Sinar...telefon berdecit... Cikgu pesanan dari Puan Hajjah Rohaini GPK HEM...datang segera ke sekolah kerana Pegawai PPD hendak pantau Data SMM. Tanpa berfikir panjang, lantas saya pun mencapai Thumbdrive data smm dan terus bermotosikal ke sekolah. Ingatkan nak copy data ke Laptop GPK Hem...tapi hampeh betul ...laptop kokak tu tak boleh baca program...grrrrmmmmnya...

Terus balik..ambil laptop...tukar baju Tshirt ke baju kemeja...dari kasut capal ke kasut kulit....kena pakai baju rasmi...nak mengadap PPD. Sesampai je di bilik guru..pegawai PPD bahagian data terus panggil...mengadaplah saya dengan pegawai yang memang dah lama saya kenal iaitu En. Zakiuddin bin Abdul Hamid. Saya ditanya beberapa soalan yang berkaitan dengan data smm. Tak sampai lima minit dah selesai....he...he..LEPAS...LEGA...

Lepas tu sembang kami lebih tertumpu kepada aktiviti pengakap...hemmmm...maklumlah kami berdua adalah Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sabak Bernam. Tumpuan cerita lebih kepada kesibukan tugas yang menyebabkan kami tiada masa untuk menumpukan kepada aktiviti NGO itu. Ada kemungkinan kami akan mengundurkan diri daripada jawatan tersebut dan memberi peluang kepada muka-muka baru, dengan harapan Pergerakan Pengakap akan lebih aktif melaksanakan pelbagai aktiviti....

Friday, January 15, 2010

Kem Kepimpinan Pelajar 2010



Hari ini, 16 Januari 2010 (Sabtu) telah dilaksanakan Program "Kem Kepimpinan Pelajar 2010" di SK Seri Makmur. Aktiviti ini melibatkan murid-murid pengawas sekolah dan pengawas Pusat Sumber dari Tahun 3 hingga Tahun 6. Program yang dilaksanakan selama satu hari ini dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Pusat Sumber Sekolah dan Badan Disiplin.

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri, bersedia menerima amanah sebagai pemimpin dengan penuh keyakinan, boleh bertolak ansur dan mampu membimbing rakan, lebih bertanggungjawab dan berpengalaman serta dapat menyerlahkan bakat kepimpinan.

Beberapa fasilitator yang terdiri dikalangan guru-guru SK Seri Makmur telah dijemput untuk memberikan input-input yang sesuai dengan objektif dan matlamat program pada hari ini.

Semoga program yang dirancang ini akan mendapat mencapai matlamatnya. Selamat menjalani aktiviti kepada semua peserta....

Antara aktiviti yang sempat dirakam:

En Mohd Azmi bin Mohd Zin Mengetuai Tarian Poco-poco

Murid perempuan begitu semangat berpoco-poco.

Murid-murid menjalani aktiviti Senamrobik dan Tarian Poco-poco

Pn Zarina Mohamad menyampaikan ceramah berkaiatan PSS

En Azman menyampaikan ceramah berkaitan peraturan dan disiplin

bersemangat mencatat nota.

Pn Siti Aisyah Sariaat.salah seorang fasilitator

Pn Zalipah Omar dan En Ahmad Azman Johar mengendalikan aktiviti LDK

Aktiviti Dalam Kumpulan- Memupuk sikap kerjasama dan bertolak ansur

Kerjasama, kebertanggungjawapan,dan amanah diterap dengan cara membawa telur di atas surat khabar dengan mata tertutup.

Saturday, January 9, 2010

Selamat Datang Rakan-rakan Seperjuangan...

Selamat datang ke dunia pendidikan buat semua rakan guru yang baru melapor diri ke SK Seri Makmur.Seramai 11 orang guru lepasan KPLI telah melaporkan diri pada minggu pertama persekolahan. 3 daripada mereka adalah khas untuk kelas pemulihan...hemm nampaknya meriahlah bilik pemulihan khas pada tahun ini.

Justeru, disebabkan bilangan guru yang mencukupi di sekolah ini, maka guru-guru baru tidak mendapat jadual waktu untuk mengajar. Bagi memanfaatkan tenaga mereka...ha merekalah yang akan mengisi kekosongan guru yang tidak dapat hadir ke sekolah. sudah tentu kelas-kelas ganti akan lebih ceria..sah mereka akan masuk jika diberi kelas ganti kan..kan. Maklumlah penyapu baru....semangat tengah membara... segala ilmu pedagogi kalau boleh nak dipraktikkan ....he..he..he..

Sebelum ini sudah ada 3 orang guru yang masuk...bagi menggantikan 3 orang yang yang berpindah.. So...sudah ada 14 guru baru yang masuk ke sekolah ini. Entahlah nampaknya pada awal tahun 2010 ini keadaan bukan sahaja dilihat agak kelam kabut... tetapi lebih daripada itu. Bukan sahaja guru besar yang pening kepala, nampaknya PPD pun pening kepala. Yalah...kalau dah ramai sangat guru yang terapung macam tu... nampak macam tak ada perancangan je....

Bagi rakan-rakan yang tersenarai untuk dipindahkan secara paksa tu.... masih ternanti-nanti. Setakat hari ini, surat masih belum keluar.... tambah terseksa jiwa.. ..Kita belum pergi...pengganti dah tak sabar-sabar nak ambil tempat kita...
syabar je lah.....

Monday, January 4, 2010

Hari Pertama Yang Meletihkan

Keletihan selepas sehari mengharungi pengalaman pertama persekolahan.

Hari ini merupakan hari pertama anak ketiga saya Muhammad Firdaus menjalani kehidupan sebagai pelajar secara formal. 6.30 pagi dia telah dibangunkan untuk bersiap -siap ke sekolah SRA Ehyaul Fallah.Sesi persekolahan di SRA ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 11.05 pagi...lebih kurang 3 jam.

Balik dari sekolah SRA, dia cuba menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh ustazah... tapi belum sempat siap, saya telah arahkannya untuk mandi dan bersiap untuk ke sekolah kebangsaan pula. Pada pukul 12.15, saya membawanya ke sekolah kebangsaan sekali dengan saya kerana saya mengajar sebelah petang...6.20 petang balik ke rumah..

Walaupun hampir pukul 7.00 petang, dia masih sempat mencapai basikalnya lalu bermain basikal bersama kekawannya. Malam, selepas makan...dia menyiapkan kerja sekolah SRA yang masih belum siap....alhamdulillah dia dapat menyiapkan kerja tersebut.

Dia mengambil buku-buku latihan dan buku teks, dan meminta saya menuliskan namanya pada buku tersebut...saya menunaikan permintaannya...lantas 'on' laptop..lalu mencetak namanya di kertas yang berpelekat...dan apabila siap...saya dapati Muhammad Firdaus dah terbongkang tak sedarkan diri di atas sofa ... nampak sangat letih dan penatnya dia mengharungi hari pertama persekolahan.

Semoga dia akan dapat membiasakan diri dengan situasi dan rutin kehidupan seperti ini....

Friday, January 1, 2010

Berwajah Baru

PC baru...masih dara...plastik pun masih belum tanggal.

Tak sabar rasanya untuk memulakan sesi persekolahan...apa tidaknya, kami akan dapat menggunakan Makmal Komputer yang telah diperbaharui.

Bermula dengan pemasangan pelayan, diikuti dengan pemasangan CCTV, dan baru-baru ini PC pula telah siap dipasang. Sebanyak 42 buah PC baru sedia untuk berkhidmat kepada warga SKSM.

Dalam lawatan saya beberapa hari yang lepas, juruteknik iaitu En. Zool Helmi yang kecil molek dan ciut itu sibuk pula memanjat tangga untuk mengecat dinding.

Ahhh...bumbung juga turut diganti...dengan alasan terlalu berat dan boleh runtuh, bumbung telah diganti dengan zink...lebih ringan dan nampak lebih selamat.

Cuma....PC nya masih beroperasi menggunakan Windows XP...harapan saya agar PC menggunakan Windows 7, nampaknya tak kesampaian...tak apalah janji boleh guna thumbdrive.

Ok...harapan saya kepada guru-guru dan pelajar SKSM, gunakan kemudahan ini dengan sebaik yang boleh....gunalah dengan cara yang betul. Semoga harapan kementerian untuk membestarikan P&P akan berjaya...tambahan pula Ustaz Nizam sebagai penyelaras bestari dah tak sabar-sabar lagi nak buat perkembangan staf hasil dapatannya berkursus bestari tahun lepas.....he...he...he.

En. Zool Helmi Juruteknik Komputer berkerja keras untuk menyiapkan tugas mengecat di dalam makmal....cayalah zool, sibuk rupanya...patutlah blog dah lama tak update.

Bumbung yang baru diganti dengan zink...