Wednesday, March 30, 2011

Memori Indah Teratak Riverview (3)


Aktiviti memanjat tebing merupakan aktiviti yang paling mencabar. Kekuatan stamina dan tubuh badan yang cergas amat penting untuk berjaya naik kepuncak. Dalam kumpulan seramai 20 orang, mereka perlu naik dari dalam kolam ke atas tebing tinggi.

Semangat kerjasama dan strategi yang betul perlu digunakan agar semua ahli kumpulan dapat naik ke tempat yang ditetapkan. Hasil usaha keras, semua kumpulan telah berjaya naik ke atas. Tahniah... kata orang tua-tua "Usaha Tangga Kejayaan".
Berendam di dalam kolam.
Memanjat tebing untuk naik ke atas.
Peserta pertama hampir berjaya menuju puncak.
Peserta di atas membantu menarik kawan di bawah.
Peserta di bawah menolak kawan naik ke atas.

Dari sudut atas.
Semangat kerjasama sangat penting untuk berjaya.

Usaha gigih akan membuahkan hasil.
Mendaki tebing setinggi 5 meter.
Gunakan strategi yang betul...
Kepuasan terpancar di wajah..apabila peserta terakhir setiap kumpulan berjaya sampai ke puncak.

Bagi peserta perempuan...mereka akan menggunakan bantuan tali untuk mendaki.

Tuesday, March 29, 2011

Memori Indah Teratak Riverview (2)


Selepas mengharungi air di dalam kolam, para peserta telah melakukan aktiviti mengelungsur di tebing bukit.



Monday, March 28, 2011

Memori Indah Teratak Riverview (1)


Antara aktiviti yang dikendalikan oleh pihak resort kepada para peserta ialah aktiviti berhalangan. Aktiviti ini banyak menggunakan unsur air. Sesampai di tempat aktiviti murid-murid dikehendaki meranduk air di dalam kolam buatan.
Memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti.
Murid mula mengharung air di kolam yang disediakan.


Perkhemahan Motivasi Tahun 6 2011


Perkhemahan Motivasi Tahun 6 2011 SK Seri Makmur telah berlangsung pada 25 Mac 2011 hingga 27 Mac 2011. Perkhemahan ini diadakan di Teratak RiverView, Tanjung Malim, Perak. Seramai 151 murid telah menyertai perkhemahan di samping 40 orang guru turut serta dalam menjayakan aktiviti luar dari kawasan sekolah ini.

Perkhemahan ini diadakan bagi memberi pengalaman baru kepada murid-murid yang mungkin tidak pernah dialami sepanjang hidup mereka. Semoga pengalaman yang diperolehi sepanjang tiga hari tersebut akan terus menjadi memori indah yang tidak akan dilupakan sepanjang kehidupan mereka.

Di samping aktiviti biasa seperti kawad, ikatan dan simpulan, pertolongan cemas dan masakan,serta malam kebudayaan terdapat juga aktiviti yang belum pernah dialami oleh mereka seperti aktiviti keselamatan di air dan aktiviti menempoh halangan . Mari lihatlah aktiviti sepanjang perkhemahan tersebut.
Mendirikan khemah setelah tiba di Teratak Riverview.

Latihan asas kawad turut diadakan.
Bersenam di awal pagi.
Ikatan dan simpulan merupakan aktiviti biasa yang dilakukan semasa perkhemahan.
Aktiviti keselamatan di air merupakan pengalaman baru bagi kebanyakan ahli perkhemahan. Dua orang jurulatih yang mempunyai tauliah telah membantu mengendalikan aktiviti yang agak berbahaya ini.
Malam Kebudayaan mengisi jadual malam kedua.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh GPK Kokurikulum, Datin Siti Aminah Hay binti Abdullah.

Thursday, March 10, 2011

Teratak Riverview....Kami Datang Lagi


Satu perkhemahan khas untuk murid-murid Tahun 6 SK Seri Makmur akan diadakan di Teratak Riverview. Perkhemahan tersebut akan berlangsung dari 25 Mac 2011 hingga 27 Mac 2011.

Dijangka seramai 153 orang murid Tahun 6 akan menyertai perkhemahan tersebut dengan ditemani 30 orang guru. Ini bermakna, Teratak Riverview menjadi pilihan untuk kali kedua warga SK Seri Makmur menjalankan aktiviti perkhemahan selepas tahun 2010 Teratak Riverview menjadi lokasi perkhemahan untuk murid - murid Tahun 6.

Semoga segala aktiviti dan perancangan yang diatur akan memberi impak sebagai yang diharapkan. Dan segala urusan dipermudahkan oleh Allah swt dan semua peserta akan beroleh keselamatan sepanjang berada di sana.

Thursday, March 3, 2011

Jadual Ujian Bulan Mac 2011

Tahap 1

Isnin 7.3.2011
2.00 - 3.15 - Bahasa Melayu Penulisan
5.20 - 6.20 - Pendidikan Jasmani Kesihatan

Selasa 8.3.2011
2.15 - 3.05 - Basaha Inggeris Paper 1
4.00 - 5.15 - Bahasa Inggeris Paper 2

Rabu 9.3.2011
1.00 - 1.40 - Matematik Kertas 2
2.25 - 3.25 - Matematik Kertas 1
4.00 - 5.00 - Pendidikan Islam / Moral

Khamis 10.3.2011
2.15 - 3.15 - Bahasa Arab
4.00 - 5.15 - Sains

Jumaat 11.3.2011
2.15 - 4.15 - Pendidikan Seni Visual