Monday, April 25, 2011

Motivasi Gemilang Tahun 4 dan 5 2011


SK Seri Makmur telah melaksanakan Program Motivasi Gemilang bagi murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5. Program yang dikendalikan oleh Unit Kaunseling SK Seri Makmur ini telah berlangsung selama dua hari iaitu 25 April 2011 untuk murid-murid Tahun 4 dan 26 April 2011 untuk murid-murid Tahun 5.



Program ini dilaksanakan dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 1.30 tengah hari. Penceramah undangan ialah En. Kamaruddin bin Kasim dari Saujana Motivasi Enterprise.



Saturday, April 23, 2011

LADAP & Mesyuarat Guru Ke-2 2011


23.4.2011 (Sabtu): Hari ini telah berlangsung Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP). LADAP pada hari ini disampaikan oleh dua orang guru SK Seri Makmur iaitu Pn Noreha binti Johari dan Pn. Siti Aishah binti Sariaat yang berkaitan dengan tajuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).Program ini diadakan di Dewan Mesyuarat Utama PPD Sabak Bernam.
Pn Siti Aishah binti Sariaat menyampaikan taklimat berkaitan PBS bagi Mata Pelajaran Sains.

Satu slot Motivasi Pagi turut diadakan pada hari ini. Seorang penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohd Ashraf Suarin Al-Muqri (Imam Masjid Kuala Selangor) telah memberi motivasi bagi menaikkan kembali semangat guru-guru SK Seri Makmur.
Ustaz Mohd Ashraf Suarin Al-Muqri sedang menyampaikan ceramah.

Selepas sesi berhenti rehat, Mesyuarat Guru SK Seri Makmur kali ke-2 2011 telah diadakan.




Saturday, April 2, 2011

Memori Indah Teratak Riverview (5)


Satu lagi aktiviti yang dikendalikan oleh pihak resort akan meninggalkan kenangan indah kepada para peserta. Aktiviti ini hanya dijalani oleh pelajar lelaki sahaja.

Setiap pelajar dikehendaki berguling dari tebing ke dalam kolam yang telah pun dipenuhi selut. Apabila jatuh sahaja ke dalam selut tersebut, sudah pasti para pelajar bagaikan pisang yang dicelup ke dalam tepung. Habis seluruh badan akan disaluti oleh lumpur.
Berguling dari atas tebing menuju ke kolam.
Beginilah keadaannya apabila sampai ke dalam kolam.

Gembira kerana berjaya melakukan aktiviti.




Tahniah kepada para peserta kerana berjaya mengharungi pelbagai aktiviti yang dikendalikan oleh pihak Teratak Riverview.

Friday, April 1, 2011

Memori Indah Teratak Riverview (4)


Melintas titian licin dan menyusup di bawah sarang labah-labah merupakan aktiviti yang tidak kurang mencabar. Namun dengan keyakinan yang ada dalam diri para peserta perkhemahan, mereka dapat menyempurnakan aktiviti tersebut dengan jayanya.

Untuk menyusup di bawah sarang labah-labah yang dibuat daripada kawat berduri bukanlah mudah. Tambahan pula paras air dan kawat berduri hanya dalam lingkungan 10 cm sahaja. Mungkin ramai di antara mereka yang menikmati rasa air lumpur.
Pelajar perempuan meniti untuk melintas kolam.

Merangkak di bawah sarang labah-labah.

Peserta lelaki menggunakan kaedah menelentang...hasilnya mereka lebih cepat sampai ke tempat yang dituju di samping masalah tersangkut pada duri kawat dapat dielakkan.


Keadaan titi yang telah licin, maka peserta lelaki terpaksa merangkak untuk menyeberang titi tersebut.