Wednesday, November 23, 2011

Selamat Datang En. Harun bin Saib


Bagai sirih pulang ke gagang, itulah perumpamaan yang boleh diberi kepada En Harun bin Saib yang kini kembali ke pangkuan SK Seri Makmur. Beliau yang pernah berkhidmat sebagai guru penolong di SK Seri Makmur telah kembali semula ke pangkuan SKSM sebagai GPK Hal Ehwal Murid mulai 1 November 2011. Sebelum ini beliau bertugas sebagai GPK Kokurikulum di SK Seri Utama,Sungai Besar, Selangor. Tahniah dan teruskan kecemerlangan anda di SK Seri Makmur.

Tahniah juga diucapkan kepada bekas GPK Hal Ehwal Murid SK Seri Makmur Pn. Hajjah Rohaini binti Yaacob yang ditukarkan bidang tugasnya dari GPK HEM kepada GPK Kurikulum di SK Seri Makmur bagi menggantikan tugas yang ditinggalkan En. Mohd Thani bin Darus yang telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di SK Seri Cempaka, Sungai Apong, Sungai Air Tawar, Selangor. Semoga anda berdua terus cemerlang dan dapat memacu SK Seri Makmur mencapai Visinya "SK Seri Makmur Gemilang 2013".

Tuesday, November 22, 2011

Lawatan Ke Melaka


21 Nov. 2011 (Isnin) : Satu program lawatan sambil belajar ke negeri Melaka telah dianjurkan oleh SK Seri Makmur. Lawatan ini disertai oleh murid-murid yang termasuk dalam kategori asnaf. Lawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh Pusat Zakat Selangor.


Sebanyak dua buah bas digunakan untuk membawa murid-murid ke Melaka. Di antara tempat-tempat yang dilawati ialah Perigi Hang Tuah, Bangunan A Famosa dan sekitarnya, menyusuri sungai Melaka dengan menaiki bot yang disediakan, Muzium Samudera, Muzium TLDM dan tidak ketinggalan murid-murid diberi peluang menaiki Menara Taming Sari untuk melihat persekitaran Bandar Melaka dari ketinggian 110 meter.


Sebelum pulang, mereka juga melawat Muzium Lebah dan Taman Rama-rama. Semua murid kelihatan ceria walaupun agak keletihan.

Nama Melaka berasal daripada nama pokok Melaka


Menara Taming Sari menjadi tarikan kepada pelancong. Pelancong dapat melihat persekitaran bandar Melaka dari ketinggian 110 meter.

Friday, November 18, 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan 2011 SK Seri Makmur


17 Nov. 2011 (Khamis): Hari ini telah berlangsung Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi tahun 2011.

Seperti biasa, majlis dimulakan dengan ucapan daripada Tuan Guru Besar, YDP Pibg dan seterusnya ucapan perasmian oleh Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam yang diwakili oleh Tn Hj Azman bin Mashuri.


Penyampaian hadiah dimulakan dengan penyampaian sijil kepada murid-murid Prasekolah, diikuti anugerah kepada tokoh-tokoh sekolah. Akhirnya penyampian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam setiap kelas.



Tokoh Pelajar Mithali


Tokoh Pelajar Cemerlang Akademik


Tokoh Pelajar Cemerlang Kokurikulum

Thursday, November 17, 2011

UPSR 2011: 23 Calon Mendapat 5 A


17 Nov. 2011 (Khamis): Selesai Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi tahun 2011, Keputusan UPSR telah diumumkan oleh salah seorang guru Tahun 6 iaitu Pn Hjh Siti Aishah binti Saariat.

Pada tahun ini seramai 23 orang murid telah memperolehi pencapaian 5A. Walaupun keputusan menurun jika dibandingkan dengan tahun 2010, namun ia masih antara yang terbaik di daerah Sabak Bernam.

Tahniah diuacapkan kepada yang cemerlang. Bagi murid yang tidak mendapat 5A, UPSR bukan pengakhir bagi usaha anda. Masih banyak peluang masih menunggu anda di hadapan.

Senarai penuh murid yang memperolehi 5A:

1. Amir Zaqwan bin Mastor
2. Anis Amirah binti Saian
3. Asfa Nurizzah binti Zin Azman
4. Azhan Amsyar bin Kamaruddin
5. Irdina Alia binti Mohamad Rosli
6. Mohammad Amirul Luqman bin Shamshi
7. Muhamad Zakwan bin Warisan
8. Muhammad Imran bin Salih Kamil
9. Najid Sofiy bin Khirul Anuar
10.Nur Aini Izzati binti Mohd Sobari
11.Nur Atiqah binti Maskuri
12.Nur Fazlin binti Mohd Tunmizi
13.Nur Haziqah binti Mohd Khusaini
14.Nur Humairah binti Romaizi
15.Nur Suhailah binti Rosli
16.Nur'Ain Syakirah binti Mohammad Asri
17.Nurfatin Farhanis binti Rosman
18.Nurin Nisa binti Mohd Noor Izhar
19.Nurul Ain Ashiqin binti Samsul
20.Nurul Athira Zawani binti Hairulazli
21.Nurul Khairunnisa binti Mohd Ghaus
22.Siti sarah binti Mohdar
23.Muhammad Hazeeq bin Abdul Wahid

Wednesday, November 16, 2011

Semak Keputusan UPSR Melalui MySMS 15888

PUTRAJAYA – Para calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) boleh membuat semakan keputusan peperiksaan mereka menerusi sistem pesanan ringkas mySMS 15888 mulai pukul 10 pagi Khamis.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, perkhidmatan itu akan diaktifkan sehingga 12 tengah malam 23 Nov.

Pengumuman rasmi analisis keputusan UPSR akan dibuat di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Pelajaran, Parcel E di Putrajaya pukul 9 pagi Khamis. – BERNAMA

Tuesday, November 15, 2011

Majlis Perpisahan Tn Hj Mohd Thani dan Pn Hjh Zalinah


15 Nov 2011 (Selasa): Hari ini telah berlangsung Majlis Perpisahan bagi dua orang guru SK Seri Makmur, iaitu Tuan Haji Mohd Thani bin Darus dan Pn Hajjah Zalinah binti Hassan.

Mereka berdua telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar dan GPK Kokurikulum. Majlis tetap meriah walaupun tanpa kehadiran Tn Hj Mohd Thani yang mengiringi Tuan Guru Besar ke taklimat Bantuan Wang Khas Awal Tahun RM100 di PPD Sabak Bernam.

Bantuan Khas Awal Persekolahan RM 100.00

Dimaklumkan bahawa Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan Tahun 2012 bagi SK Seri Makmur, Sungai Besar, Selangor akan diadakan pada masa dan tarikh seperti berikut:

Tahun1, Tahun 2, dan Tahun 3

Tarikh : 16.11.2011 (Rabu)
Masa : 8.15 pagi
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Seri Makmur


Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6

Tarikh : 18.11.2011 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Seri Makmur


Ibu Bapa / Penjaga murid diminta hadir pada masa dan tarikh seperti yang ditetapkan.

Wakil Tidak Dibenarkan.

Sekian, terima kasih.

Monday, November 14, 2011

Tahniah Buat Dua Rakan Guru SK Seri Makmur

Tahniah diucapkan kepada dua orang guru SK Seri Makmur kerana telah dinaikkan pangkat.

Tuan Haji Mohd Thani bin Darus GPK Kurikulum SK Seri Makmur telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di SK Seri Cempaka, Sungai Apong, Sungai Air Tawar, Selangor.

dan... Puan Hajjah Zalina binti Hassan yang telah dinaikkan pangkat sebagai GPK Kokurikulum di SK Sungai Haji Dorani, Sungai Besar Selangor.

Semoga anda berdua terus cemerlang di tempat baharu.

Wednesday, November 9, 2011

Keputusan UPSR 2011 Diumumkan Pada 17 Nov. 2011

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH

TAHUN 2011

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 17 November 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 497,691 orang calon telah menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan

Kementerian Pelajaran Malaysia

9 November 2011

Monday, November 7, 2011

Program Ibadat Korban Taman Padu Permai 2011


7 November 2011 (Isnin): Program Ibadah Korban telah dilaksanakan di Taman Padu Permai. Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi telah diadakan di balai raya Taman Padu Permai.

Sebanyak lima ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini. Alhamdulillah program telah berjalan dengan lancar dalam keadaan hujan yang renyai.

Kerjasama daripada penduduk taman telah berjaya menyelesaikan ibadah korban ini menjelang pukul 10.30 pagi.

Semoga program seperti ini akan diteruskan pada tahun akan datang.

Wednesday, November 2, 2011

Cuti Sempena Aidil Adha 2011

Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha, SK Seri Makmur akan bercuti pada 7 Nov. 2011 (Isnin) hingga 8 Nov. 2011 (Selasa).

Sekolah akan berjalan seperti biasa pada 9 Nov. 2011 (Rabu).

Selamat Hari Raya Aidil Adha dan Selamat Bercuti. Berhati-hati di jalan raya.

Anak-anak Melawat KL


1 Nov. 2011 (Selasa): Hari ini keempat-empat anak bujangku telah pergi melawat ke Kuala Lumpur. Tiga orang hanya menjadi peneman kepada anak bungsu yang mengikuti lawatan anjuran Tadika Kemas Parlimen Sungai Besar.

Oleh kerana hanya lima orang murid sahaja yang mengikuti lawatan, jadi banyak kerusi kosong lagi dalam bas tersebut. Kesempatan itu digunakan oleh saya bagi menambah ilmu dan pengalaman untuk anak-anak. Nak harap saya yang membawa mereka..emmm, entahlah.

Antara tempat yang dilawati ialah Pusat Sains Negara, Muzium Negara dan Desa Water Park.

Nampaknya lawatan tersebut berjaya kerana semua mereka ceria semasa pulang ke rumah.