Friday, February 24, 2012

Sambutan Maulidur Rasul SK Binjai Jaya 2012


Persatuan Agama Islam dengan kerja sama Panitia Agama Islam SK Binjai Jaya telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada 15 Februari 2012.


Majlis diadakan di Dewan Seri Binjai, SK Binjai Jaya. Pengarah Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) iaitu Tuan Haji Haniffuddin bin Roslan telah dijemput untuk menyampaikan ceramah.

Monday, February 20, 2012

Perkhemahan TKRS Peringkat Negeri Selangor 2012


Pada 13 hingga 16 Februari 2012 telah berlangsung Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Selangor. Perkhemahan tersebut diadakan di Pusat Kokurikulum Bagan Lalang, Sungai Pelek, Sepang, Selangor.

Seramai empat orang pelajar SK Binjai Jaya telah turut serta dalam perkhemahan tersebut bagi mewakili TKRS Sabak Bernam.

Pelajar tersebut ialah:
1. Mohamad Aidil Aqil bin Abdul Halim
2. Muhammad Nafiz Nazran bin Mohd Zamzam
3. Nurul Syasya Afrina binti Zuraimi
4. Nur Ainsyahida binti Abdul Aziz

Saturday, February 18, 2012

Muhyiddin : Guru Tidak Akan Naik Pangkat Secara Automatik


GEORGETOWN, 18 Feb - Kenaikan pangkat guru-guru tidak akan berlaku secara automatik sebaliknya mereka harus melalui proses temuduga dan sebagainya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kaedah kenaikan pangkat guru terbabit akan diputuskan setelah perbincangan antara Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan kerajaan selesai kelak.

"Berkaitan soal kebajikan guru kita sudah ambil kira. Tetapi apapun, keputusan muktamad belum tercapai kerana urusan ini telah kita bawakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam disamping perbincangan di peringkat wakil-wakil kesatuan dan CUEPACS, katanya pada pemberita selepas menghadiri majlis kenduri rakyat 1Malaysia di Kampung Permatang Tepi, Simpang Empat, dekat sini, Sabtu.

Katanya, isu kenaikan pangkat itu bagaimanapun dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar yang memetik sebanyak 15,000 guru lepasan ijazah yang belum menerima kenaikan gred akan menikmatinya sebaik semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diselesaikan April ini.

- BERNAMA

Thursday, February 16, 2012

Program Motivasi Ibu Bapa Pendidikan Khas, Protim dan Linus


16 Februari 2012 (Khamis): Pagi ini bertempat di Dewan Seri Binjai telah berlangsung Program Motivasi Ibu Bapa Penjaga Kelas Pendidikan Khas, Protim dan Linus.

Program ini dikendalikan oleh guru-guru dari Kelas Pendidikan Khas Intergrasi SK Binjai Jaya.

Encik Kama bin Syafie Ketua Pengarah Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Selangor telah menyampaikan ceramah di majlis tersebut.

Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberi lebih ilmu dan pengetahuan kepada ibu bapa murid terhadap hala tuju anak-anak OKU ini pada masa hadapan.

Wednesday, February 15, 2012

Dua Murid SK Binjai Jaya akan Mewakili Sabak Bernam


Dua orang murid SK Binjai Jaya akan mewakili Daerah Sabak Bernam dalam Kejohanan Badminton MSS Selangor. Kejohanan tersebut akan diadakan di daerah Klang.

Unit Kokurikulum mengucapkan tahniah kepada adik Muhammad Aidil Afi bin Ismail dan adik Muhammad Hamizan bin Ismadi.

Semoga anda akan bermain bersungguh-sungguh demi kejayaan Daerah Sabak Bernam. Selamat Berjuang.

Tuesday, February 14, 2012

Penyampaian Sijil Watikah Perlantikan Pengawas 2012


13 Februari 2012 (Isnin): Pagi ini berlangsung Program Penyampaian Sijil Watikah Perlantikan sebagai Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber.

Majlis berlangsung di dataran perhimpunan. En. Shakir bin Mohamed Johar GPK Kurikulum SK Binjai Jaya telah menyerpurkan majlis penyampaian watikah ini.


Di akhir majlis, para pengawas telah berikrar untuk menjalankan tugas dengan amanah.

Monday, February 13, 2012

Penyampaian Sijil dan Pingat Kejohanan Badminton 2012


13 Februari 2012 (Isnin): Pagi ini, semasa Perhimpunan Mingguan, telah diadakan penyampaian sijil dan pingat kepada murid-murid yang mewakili sekolah dalam Kejohanan Badminton MSSD Sabak Bernam tahun 2012.

Penyampaian sijil dan pingat telah disempurnakan oleh En. Shakir bin Mohamed Johar, GPK Kurikulum SK Binjai Jaya.

Dalam Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Sabak Bernam itu, SK Binjai Jaya telah menjadi johan bagi kategori Lelaki Rendah dan Beregu Lelaki bawah 12 tahun.

Unit Kokurikulum SK Binjai Jaya mengucapkan tahniah kepada dua orang murid tersebut iaitu adik Muhammad Aidil Afi bin Ismail dan adik Muhammad Hamizan bin Ismadi.
Semoga kejayaan ini bakal membakar semangat kepada pasukan elit SK Binjai Jaya untuk terus berjaya dalam kejohanan yang bakal disertai.

Thursday, February 9, 2012

Majlis Persaraan En. Abdul Halim bin Ismail


9 Februari 2012 (Khamis) : Pagi ini telah berlangsung Majlis Persaraan Encik Abdul Halim bin Ismail. Majlis diadakan di Dewan Seri Binjai, SK Binjai Jaya.

Majlis bermula dengan acara bacaan Surah Yassin di Surau Al Hidayah, SK BInjai Jaya diikuti dengan jamuan yang diadakan di Dewan Makan Asrama SK Binjai Jaya.

Acara diteruskan dengan ucapan oleh YDP PIBG SK Binjai Jaya, diikuti ucapan En. Shakir bin Mohamed Johar GPK Kurikulum yang mewakili Guru Besar yang tidak dapat hadir kerana masih dirawat di Wad Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam.

Yang diraikan telah didudukkan di atas pelamin semasa biodata En. Abdul Halim dibacakan. Seterusnya ucapan yang diraikan, En. Abdul Halim bin Ismail.

En. Abdul Halim merupakan guru yang paling lama berkhidmat di SK Binjai Jaya iaitu selama 27 tahun. SK Binjai Jaya merupakan sekolah kedua beliau sepanjang perkhidmatan sebagai seorang pendidik selama 32 tahun.

Selepas acara penyampaian hadiah, En. Abdul Halim bersalaman dengan warga SK Binjai Jaya sehingga ke pintu pagar utama sekolah.


Selamat Bersara diucapkan kepada En. Abdul Halim bin Ismail. Jasa dan pengorbanan cikgu tetap dalam ingatan dan sentiasa dikenang. Semoga cikgu terus bahagia bersama keluarga tercinta.

Wednesday, February 8, 2012

Badminton Membuktikan : Binjai Jaya Boleh


Pada 2 dan 3 Februari telah berlangsung Kejohanan Badminton MSSD Sabak Bernam. SK Khir Johari telah menjadi tuan rumah dalam kejohanan tersebut.

SK Binjai Jaya telah menghantar dua orang pemain perseorangan lelaki bawah 12 tahun iaitu adik Muhammad Aidil Afi bin Ismail dan adik Muhammad Hamizan bin Ismadi.

Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Aidil Afi bin Ismail kerana telah berjaya menjadi johan dalam Kejohanan tersebut manakala adik Muhammad Hamizan bin Ismadi terkandas di peringkat suku akhir.

Pada peringkat bergu pula, SK Binjai Jaya telah menghantar dua bergu lelaki iaitu pasangan adik Muhammad Aidil Afi dan Muhammad Hamizan dan satu lagi kumpulan bergu SK Binjai Jaya diberi kepercayaan kepada adik Muhammad Arif Iman bin Mat Said dan Muhammad Hamzah bin Ismadi.

Sekali lagi diucapkan tahniah kepada pasangan bergu Muhammad Aidil Afi dan Muhammad Hamizan kerana muncul sebagai johan dalam kejohanan tersebut.

Unit Kokurikulum SK Binjai Jaya mengucapkan sekalung tahniah kepada anda semua kerana telah mengharumkan nama SK Binjai Jaya sekali gus menyumbangkan pingat kedua dan ketiga untuk SK Binjai Jaya pada tahun 2012 ini.

Binjai Hebat.

Friday, February 3, 2012

Keluaran Sulung: Buletin Kokurikulum


3 Februari 2012 (Jumaat): Hari ini dengan rasminya keluaran sulung "Buletin Kokurikulum SK Binjai Jaya" telah diedarkan kepada semua GPK dan kelas-kelas.

Penerbitan buletin yang isi dengan aktiviti Kokurikulum SK Binjai Jaya sepanjang bulan Januari merupakan satu percubaan oleh Unit Kokurikulum untuk menyebarkan segala maklumat tentang aktiviti kokurikulum kepada warga sekolah.

Berita-berita yang siarkan berkait rapat dengan penyertaan murid-murid di Kejohanan Peringkat MSSD Sabak Bernam. Berita kejayaan murid itu diharap dapat dijadikan pembakar semangat kepada para pelajar yang lain untuk turut terlibat dan berusaha bersungguh-sungguh demi menaikkan nama sekolah.

Di samping itu, Buletin ini juga merupakan satu penghargaan Unit Kokurikulum kepada murid yang menyumbang tenaga demi kejayaan sekolah.

Binjai Hebat.