Saturday, September 29, 2012

Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-15 SK Binjai Jaya

29 September 2012 (Sabtu): Hari ini berlangsung Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-15 SK Binjai Jaya Tahun 2012. Acara bermula dengan perbarisan lintas hormat. Upacara perasmian pembukaan kejohanan disempurnakan oleh En. Mohd Yatim bin Paat, YDP PIBG SK Binjai Jaya.
Sebanyak 32 acara sukan telah dijalankan pada hari ini. Perasmian penutup temasya kali ini telah disempurnakan oleh Datuk Hajah Noriah binti Kasnon, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar. Temasya kali ini diungguli oleh Pasukan Rumah Kuning apabila berjaya menjadi johan keseluruhan dan juga merangkul johan dalam acara perbarisan. Unit Kokurikulum SK Binjai Jaya merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang telah bersama-sama menyumbang ke arah kejayaan temasya sukan pada tahun ini. Tanpa kerjasama daripada anda semua sudah tentu temasya ini tidak dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya.

Friday, September 28, 2012

Selamat Datang Cikgu Ahmad bin Mohamad Yatim2

24 September 2012 (Isnin): Pagi ini SK Binjai Jaya didatangi Guru Besar baharu iaitu Cikgu Ahmad bin Mohamad Yatim. Cikgu Ahmad merupakan Bekas Guru Besar SK Padang Jawa. Cikgu Ahmad bukan asing bagi warga SK Binjai Jaya kerana beliau sebelum ini pernah menjadi Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SK Binjai Jaya. Warga SK Binjai Jaya mengucapkan selamat datang kepada beliau dan terima kasih kerana sudi untuk menduduki kerusi yang telah dua bulan setengah tidak berpenghuni itu.

Monday, September 24, 2012

Lawatan Ke Negeri Indera Kayangan

21 September 2012 (Jumaat): Seramai lebih kurang 40 orang murid asnaf beserta 4 orang guru pengiring telah mengadakan lawatan ke negeri Perlis Indera Kayangan.
Rombongan bertolak dari SK Binjai Jaya pada petang 21 September dan pulang pada 23 September. Selama lebih kurang dua hari berada di utara, beberapa tempat telah dilawati.
Antara tempat yang dilawati ialah Gua Kelam, Taman Ular dan Kebun Anggur.
Semoga hasil lawatan ini dapat menambah pengetahuan dan pengalaman kepada mereka. Terima kasih diucapkan kepada Lembaga Zakat Selangor yang telah menaja lawatan tersebut.

Thursday, September 20, 2012

Sukan Tara SK Binjai Jaya 2012

20 September 2012 (Khamis): Hari ini telah berlangsung Sukan Tara di SK Binjai Jaya. Acara berlangsung pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.
Sebanyak 32 acara akhir telah dilangsungkan pada hari ini. Antaranya ialah lompat jauh, lari terus, lari berganti-ganti dan acara sukaneka.
Hadiah-hadiah disampaikan kepada para pemenang oleh Guru Penolong Kanan SK Binjai Jaya.
Kerjasama daripada semua warga SK Binjai Jaya telah menjadikan Sukan Tara ini berjalan dengan lancar sebagai mana yang dirancang.

Monday, September 10, 2012

Selamat Menghadapai UPSR 2012

Selamat Menghadapi UPSR 2012 buat semua calon UPSR 2012, khasnya kepada 82 orang calon UPSR SK Binjai Jaya. Semoga anda dipermudahkan oleh Allah SWT semasa menjawab soalan. Seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlang.

Thursday, September 6, 2012

Sambutan Hari Raya SK Binjai Jaya 20125

5 September 2012 (Rabu): Hari ini telah berlangsung sambutan hari raya aidil fitri peringkat SK Binjai Jaya. Satu jamuan hari raya telah diadakan di kantin sekolah. Majlis bermula pada pukul 4.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang.