Sunday, October 28, 2012

Program Korban Taman Padu Permai 2012

28 Oktober 2012 (Ahad): Hari ini telah berlangsung Program Korban di Taman Padu Permai, Sungai Besar. Sebanyak tiga ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini. Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi itu telah selesai menjelang pukul 10.30 pagi. Dengan kerjasama yang diberikan oleh penduduk taman, program telah dapat dijalankan dengan lancar. Majlis berakhir dengan agihan daging korban kepada setiap ahli yang hadir dan sedikit jamuan sup tulang dan kari kambing menutup majlis korban pada tahun ini. Biro Agama Taman Padu Permai berharap program korban ini akan dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.

Wednesday, October 24, 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil AdhaS

Diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada para pengunjung sekalian.

Wednesday, October 10, 2012

Masih Tidak Dapat Dikesan !

Cik Izzati binti Saroni merupakan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) di Prasekolah SK Binjai Jaya, sehingga ke saat ini masih tidak dapat dikesan. Adalah menjadi harapan keluarganya, agar semua pelayar laman blog ini yang tahu di mana beliau berada atau mengesan di mana beliau berada agar dapat menghubungi keluarganya. Di sini saya sertakan maklumat yang saya salin dari facebook abang beliau. "Saya abang kepada Izzati Saroni nak minta sapa2 yang menjumpai Izzati, atau menghubungi.. atau tahu di mana dia sekarang... boleh tolong hubungi saya dengan segera... Dia hilang lebih dari 50 jam sejak jumaat 05.10.2012 dan langsung tidak dapat dihubungi... dia bersama 2 orang lelaki yang tak dikenali dalam lingkungan umur 25-30 tahun... Sila hubungi ibu kami Pn Umi : 0132357134 atau saya sendiri di 0123298640 / 019-4799807 (syafiq) jika ada sebarang info @ terjumpa @ dpt dihubungi untuk kami menjejaki.. Minta tolong sgt2... dan SHARE kepada semua kenalan IZZATI.."

Tuesday, October 2, 2012

Bertugas di Sekolah Baharu

2 Oktober 2012 (Selasa): Bermula hari ini, Pn. Hajah Hasimah binti Mokhtar GPK Hem SK Binjai Jaya telah memulakan tugasnya di SK Sungai Nibung sebagai GPK Hal Ehwal Murid. Semua warga SK Binjai Jaya mendoakan agar Pn. Hajah Hasimah dapat terus menjalankan tugas di sekolah baharu dengan baik dan cemerlang.