Wednesday, August 28, 2013

Pertandingan Fisyen Pakaian Merdeka SK Binjai Jaya 2013

28 Ogos 2013 (Rabu) : Sempena nak menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan yang ke-56 ni, Unit Kokurikulum SK Binjai Jaya telah mengadakan Pertandingan Fisyen Pakaian Merdeka pada sesi kokurikulum pada petang Rabu.
Seronok juga melihat murid-murid menyediakan peserta dan memperagakan pakaian yang telah siap dipakaikan.
Apa-apa pun yang pentingnya penerapan semangat patriotik tu yang diutamakan.

Tuesday, August 27, 2013

Jamuan Aidil Fitri Peringkat SK Binjai Jaya 2013

27 Ogos 2013 (Selasa): Tengah hari ini telah berlangsung Jamuan Aidil Fitri Peringkat SK Binjai Jaya.
Semua guru dan kakitangan SK Binjai Jaya menikmati juadah yang disediakan oleh Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan. Alhamdulillah...kenyang.

Monday, August 19, 2013

Karnival Pendidikan Sains Teknologi (KASTEK) 2013

19 Ogos 2013 (Isnin): Hari ini telah berlangsung karnival Pendidikan Sains Teknologi (KASTEK) 2013 Peringkat Daerah Sabak Bernam bertempat di SMKA Simpang Lima. SK Binjai Jaya telah menghantar dua orang wakil ke karnival tersebut. Tahniah diucapkan keran wakil SK Binjai Jaya telah mendapat tempat pertama dalam aktiviti Sainstis Muda dan seterusnya mewakili Daerah Sabak Bernam ke Karnival Peringkat Negeri yang akan berlangsung pada 22 Ogos 2013 di SMK Dato' Harun Tanjung Karang, Selangor.

Friday, August 2, 2013

Majlis Persaraan Tuan Haji Nordin bin Daud

2 Ogos 2013 (Jumaat) : Pada pukul 11.00 pagi telah berlangsung Majlis Meraikan Persaraan Tuan Haji Nordin bin Daud salah seorang tenaga pengajar di SK Binjai Jaya. En.Mohd Soom bin Zahlan telah hadir bagi mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam.
SK Binjai Jaya amat terasa dengan persaraan ini kerana Cikgu Nordin merupakan seorang yang begitu tinggi komitmennya terhadap bidang pendidikan.
Semasa melangkah pulang, murid-murid turut bersalaman dengan beliau.
Tepat pukul 12.00 tengah hari Tuan Haji Nordin bin Daud merakamkan kad peragam waktu sebagai tanda berakhirnya khidmat beliau sebagai seorang pendidik selama 36 tahun. Semoga beliau terus maju jaya pada masa hadapan.

Majlis Khatam Al-Quran SK Binjai Jaya 1434 Hijrah

2 Ogos 2013 (Jumaat): Tepat pukul 10.00 pagi telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran Peringkat SK Binjai Jaya. Seramai 20 orang murid Tahun 5 terlibat dalam khatam tersebut dengan dipimpin oleh Ustaz Mohamad Salleh bin Jamari.
Majlis telah berlangsung di Dewan Seri Binjai SK Binjai Jaya. Program berlangsung dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada panitia Agama Islam di atas kejayaan melaksanakan ihya Ramadan pada tahun ini.

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan SK Binjai Jaya 2013

2 Ogos 2013 (Jumaat): Pagi ini telah diadakan satu perhimpunan khas bagi melaksanakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat SK Binjai Jaya.
Majlis Pelancaran disempurnakan oleh En. Ahmad bin Mohamad Yatim, Guru Besar SK Binjai Jaya. Antara acara yang dilaksanakn ialah nyanyian lagu-lagu patriotik oleh barisan guru dan murid-murid dan diklamasi sajak oleh murid.