Monday, October 28, 2013

Perkhemahan SK Binjai Jaya 2013

27 Oktober 2013 (Ahad): Hari ini merupakan hari terakhir aktiviti Perkhemahan SK Binjai Jaya 2013. Program yang bermula petang 25 Oktober 2013 (Jumaat) itu telah diadakan di Tapak Perkhemahan Pusat Konservasi Hidupan Liar, Sungai Dusun , Hulu Selangor.
Selepas taklimat, murid-murid diarahkan mendirikan khemah masing-masing. Seramai 63 orang pelajar Tahun 6 telah menyertai perkhemahan ini.
Penolong Kem Komandan En Mohd Arif bin Abu Suib menyampaikan taklimat untuk aktiviti dan peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang tiga hari perkhemahan.
Melakukan aktiviti Jungle Treking telah diadakan pada hari kedua perkhemahan. Peserta juga dapat melihat beberapa hidupan liar yang terdapat di pusat konservasi ini seperti buaya dan tapir.
Peserta juga dibawa melawat ke bilik pameran yang terdapat di pusat ini.
Merunut ke dalam hutan pada jam 2 pagi merupakan satu aktiviti yang tidak dapat dilupankan. Hampir semua peserta mengalami pengalaman pertama berjalan dikegelapan malam meredah hutan untuk merasa sendiri pengalaman di dalam hutan pada waktu dini hari. Aktiviti yang berisiko ini dikendalikan oleh 6 orang pegawai perhilitan yang berada di pusat ini.
Malam kebudayaan merupakan aktiviti wajib yang disertai oleh semua peserta. Perbagai persembahan dipertunjukkan. Guru-guru juga tidak ketinggalan menunjukkan bakat masing-masing.
Hari terakhir, peserta didedakan dengan ikhtiar hidup dimana mereka terpaksa memasak telur di dalam tanah dan membakar roti lilit. Perkhemahan kali ini amat berjaya dan memberi pengalaman-pengalaman baru kepada para peserta. Di samping memperolehi ilmu pengetahuan tentang alam semula jadi dan kepentingan memelihara flora dan fauna.

Sunday, October 27, 2013

Kejohanan Bola Sepak Tunas Cemerlang Bank Rakyat 2013

26 Oktober 2013 (Sabtu): Hari ini telah berlangsung Kejohanan Bola Sepak Tunas Cemerlang Bank Rakyat 2013. Pertandingan berlangsung di dua buah padang iaitu Padang SK Seri Utama dan Pandang SK Sekendi. Sebanyak 18 pasukan telah menyertai pertandingan pada tahun ini.
Pasukan SK Seri Makmur telah menjadi johan kumpulan dan seterusnya melangkah ke peringkat separuh akhir. Di peringkat separuh akhir, pasukan SK Seri Makmur telah berjaya menewaskan pasukan SK Panchang Bedena dengan jaringan 2-0.
Tahniah diucapkan kepada SK Sungai Nibong kerana berjaya menjadi johan pada kali ini. Dalam perlawanan akhir, SK Seri Makmur telah ditewaskan oleh SK Sungai Nibong dengan jaringan 2-1. Tahniah juga kepada anakku Muhammad Firdaus yang menjadi salah seorang pemain SK Seri Makmur.

Thursday, October 24, 2013

Kejohanan Futsal Asrama Desa Peringkat Negeri Selangor 2013

24 Oktober 2013 (Khamis): Hari ini telah berlangsung Kejohanan Futsal Asrama Desa Peringkat Negeri Selangor di Seksyen 16, Shah Alam. Pasukan Asrama Desa SK Binjai Jaya telah menghantar pemain pada kali ini.
Pada perlawanan pertama SK Binjai Jaya menewaskan SK Sungai Tengi 2-1, Pada perlawanan kedua SK Binjai Jaya menewaskan SK Dato' Keramat dengan jaringan 4-0, Manakala dalam perlawanan menentang SK Bagan Terap dan SK Asam Jawa, tiada jaringan yang dapat dihasilkan oleh kedua-dua pasukan. Pada akhir pertandingan SK Binjai Jaya telah memperolehi tempat ke-3 keseluruhannya. Tahniah diucapkan kepada semua pemain, jurulatih dan pengiring.

Sunday, October 20, 2013

JOTA 56 Peringkat Kebangsaan 2013

20 Oktober 2013 (Ahad): Sejak semalam, 19 Oktober 2013 telah diadak Jamboree On The Air atau ringkasnya JOTA kali ke-56 peringkat kebangsaan. Bagi negeri Selangor, Jamboree telah diadakan di SK Sungai Haji Dorani, Sungai Besar Selangor.
Alhamdulillah, Jamboree kali ini turut disertai oleh anak ketigaku Muhammad Firdaus. Semoga dia mendapat ilmu dan pengalaman yang berguna sepanjang mengikuti jamboree pada kali ini.

Wednesday, October 9, 2013

Pertandingan Futsal Peringkat Asrama SK Binjai Jaya 2013

9 Oktober 2013 (Rabu): Petang ini telah berlangsung Pertandingan Futsal antara penghuni Asrama Aspura SK Binjai Jaya. Sebanyak lima pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Pertandingan Fusal ini merupakan salah satu daripada aktiviti kokurikulum asrama desa SK Binjai Jaya. Pertandingan ini juga merupakan medan untuk memilih pemain bagi mewakili Asrama SK Binjai Jaya ke Pertandingan Futsal antara Asrama Harian Negeri Selangor yang bakal berlangsung pada 24 Oktober 2013 di Shah Alam.

Thursday, October 3, 2013

Sukan Tahunan SK Binjai Jaya 2013

3 Oktober 2013 (Khamis) : hari ini telah berlangsung Sukan Tahunan SK Binjai Jaya Tahun 2013. Perasmian pembukaan disempunakan oleh En. Mohd Yatim bin Paat, YDP PIBG SK Binjai Jaya.
Pelbagai acara telah dijalankan sepanjang berlangsungnya temasya tersebut. Kehadiran ibu bapa amat menggalakan. Ibu bapa turut serta mengambil acara dalam sukan tersebut.
Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Azhirizan bin Mohamad, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar, mewakili YB Tuan Budiman bin Mohd Zohdi, ADUN Kawasan Sungai Panjang. Rumah Biru telah menjadi juara pada tahun ini, diikuti rumah Kuning, Hijau dan Merah.