Sunday, April 15, 2012

Bermain Boling di MegaLanes Kuala Selangor


15 April 2012 (Ahad) Hari ini Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Binjai Jaya telah berjaya menganjurkan pertandingan boling. Sebanyak 17 pasukan telah bersaing bagi merebut hadiah yang berupa wang tunai dan hamper.

Pertandingan yang bermula pukul 2.30 petang telah berakhir dua jam kemudian. Di samping dapat berhibur, aktiviti ini juga dapat merapatkan lagi hubungan antara kakitangan SK Binjai Jaya.

Tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Kelab Guru di atas usaha ini.

Saturday, April 14, 2012

Bantuan Khas Perdana Menteri Kepada PIBG


13 April 2012 (Jumaat) : Pagi ini bertempat di D'Muara Dorani Resort, Sungai Haji Dorani telah berlangsung Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Khas Perdana Menteri kepada PIBG.

Sebanyak 24 buah PIBG dalam Parlimen Sungai Besar telah menerima sumbangan tersebut. Cek-cek disampaikan kepada YDP PIBG oleh YB Datuk Hajah Noriah binti Kasnon , Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar.

Setiap PIBG menerima sebanyak RM3000.00

Tuesday, April 10, 2012

Kejohanan Bola Sepak MSSD Sabak Bernam 2012


10 April 2012 (Selasa): Bermula semalam 9 April 2012, Kejohanan Bola Sepak MSSD Sabak Bernam 2012 telah membuka tirainya. SK Binjai Jaya turut menghantar Team Bola Sepak ke kejohanan tersebut.

Seramai 18 orang pemain telah berjuang untuk menaikkan nama sekolah. Setelah dua hari turun ke SK Sungai Nibong,Sekinchan akhirnya SK Binjai Jaya akur dengan kehebatan sekolah-sekolah saingannya.

Dalam perebutan tempat ke suku akhir, SK Binjai Jaya gagal menundukkan saingnya apabila tewas kepada SK Sungai Leman. Dengan kedudukan tempat ketiga kumpulan maka berakhirlah cabaran SK Binjai Jaya dalam kejohanan Bola Sepak MSSD Sabak Bernam 2012.

Saturday, April 7, 2012

Gotong - Royong SK Binjai Jaya 2012


7 April 2012 (Sabtu) : Program Gotong -royong telah dijalankan di SK Binjai Jaya. Program yang dirancang oleh PIBG dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid berjaya dilaksanakan dengan teratur dan lancar.

Ibu bapa dan guru-guru dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi melancarkan kerja-kerja yang ingin dilaksanakan.


Menjelang pukul 11.30 pagi, kerja-kerja telah dapat diselesaikan. Tahniah kepada ibu bapa dan guru-guru yang dapat meluangkan masa untuk bersama menjayakan aktiviti ini.

Wednesday, April 4, 2012

Kejohanan Ragbi Rimau MSSD Sabak Bernam 2012


4 April 2012 (Rabu) : SK Binjai Jaya telah dipilih sebagai penganjur Kejohanan Ragbi Rimau MSSD Sabak Bernam 2012. Kejohanan berlangsung selama dua hari iaitu bermula dari 3 April 2012 hingga 4 April 2012.

Sebanyak tujuh pasukan telah menyertai kejohanan tersebut. Perasmian penutup kejohanan disempurnakan oleh YB Dr. Haji Mohamad Khir bin Toyo, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Sungai Panjang.

Pada tahun ini SK Seri Utama telah muncul sebagai johan cup. Naib johan cup disandang oleh SK Pasir Panjang setelah tewas kepada SK Seri Utama pada perlawanan akhir. Bagi tempat ketiga cup dan keempat cup disandang oleh SK Binjai Jaya dan SK Parit 13.

SK Sungai Haji Dorani menjadi johan plate setelah berjaya menewaskan SK Parit 4. Manakala SK Seri Makmur berjaya menjadi johan bowl.

Unit Kokurikulum SK Binjai Jaya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan dan menjayakan kejohanan tersebut.

Wednesday, March 28, 2012

SKBJ vs SKSM



28 Mac 2012 (Rabu): Petang tadi telah berlangsung perlawanan persahabatan bola sepak di antara SK Binjai Jaya menentang SK Seri Makmur.

Dalam perlawanan tersebut , SK Seri Makmur telah berjaya mengalahkan SK Binjai Jaya dengan jaringan 3 - 1. Tahniah kepada kedua-dua pasukan yang telah bermain dengan cemerlang.