Friday, April 27, 2012
Tiga Jejaka Sabak Bernam Menguatkan Team Ragbi Rimau Selangor
Tiga orang pemain ragbi rimau Sabak Bernam bakal memperkuatkan Team Ragbi Rimau Negeri Selangor di Kejohanan Ragbi Rimau MSS Malaysia bertempat di Negeri Sembilan.
Mereka terdiri daripada Muhamad Nor Azam bin Sulaiman dari SK Binjai Jaya, Muhammad Zayat Nurhaziq bin Mohd Adli dari SK Sungai Haji Dorani dan Mohamad Aizal bin Ros Azelan dari SK Seri Utama.
Semoga Team Ragbi Rimau Negeri Selangor akan memperolehi Johan Cup. Berusaha, Berdoa dan Bertawwkal. InsyaAllah Berjaya.
Thursday, April 26, 2012
Ragbi Rimau : Sabak Bernam Juara Peringkat Negeri Selangor 2012
26 April 2012 (Khamis) : Kontinjen Ragbi Rimau Sabak Bernam telah membawa pulang pingat cup apabila muncul sebagai johan cup dalam Kejohanan Ragbi Rimau MSS Selangor 2012.
Kejohanan tersebut berlangsung selama dua hari, bermula 22 - 23 April 2012 di SMK Teknik, Sepang. Sebanyak 10 buah pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.
Dalam perlawanan akhir itu, Sabak Bernam telah berjaya menewaskan pasukan tuan rumah Sepang, dengan try 22 berbalas 15. Di peringkat separuh akhir pula Sabak Bernam menundukkan Gombak dengan try 27 - 20. Pada peringkat suku akhir Sabak Bernam menewaskan Hulu Langat dengan try 27 - 0.
Kehadiran En Baharudin Abd Majid, Penolong Penyelia Sukan PPD Sabak Bernam beberapa minit sebelum perlawanan bermula telah menaikkan semangat kontinjen Sabak Bernam.
Sunday, April 22, 2012
Kontinjen Ragbi Sabak Bernam Bertolak Ke Sepang
22 April 2012 (Ahad) : Lebih kurang pukul 11.15 pagi, Kontinjen Ragbi Rimau Sabak Bernam telah bertolak ke Sepang.
Mereka akan menyertai Kejohanan Ragbi Rimau MSS Selangor 2012 yang akan berlangsung di SMK Teknik Sepang. Kejohanan akan berlangsung selama dua hari bermula 23 - 24 April 2012.
Seramai 14 orang pemain telah dibawa. Mereka terdiri daripada empat orang pelajar dari SK Seri Utama, empat orang pelajar SK Pasir Panjang, tiga orang pelajar SK Binjai Jaya, dua orang pelajar SK Parit 13 dan seorang pelajar SK Sungai Haji Dorani.
SK Binjai Jaya telah diberi tanggungjawab sebagai pengurus pasukan ragbi ini. Unit Kokurikulum SK Binjai Jaya berharap mereka akan memperoleh kejayaan pada tahun ini.
Saturday, April 21, 2012
Kriket MSS Selangor: Lima Dari SK Binjai Jaya
21 April 2012 (Sabtu): Lima orang murid SK Binjai Jaya telah terpilih untuk mewakili Daerah Sabak Bernam ke Kejohanan Kriket MSS Selangor Tahun 2012.
Pada tahun ini, Daerah Klang telah menjadi tuan rumah. Kejohanan akan berlangsung dari 23 April hingga 27 April.
Unit Kokurikulum SK Binjai Jaya mengucapkan tahniah kepada kelima-lima murid tersebut. Semoga Sabak Bernam akan memperoleh kejayaan di sana nanti.
1. Muhammad Fazrul Amri bin Mohd Abdullah
2. Muhammad Auza'i Fitri bin Jamaluddin
3. Muhammad Shahnizan bin Samsuddin
4. Muhamad Nor Hamri bin Katemin
5. Muhammad Ariz Shah bin Mohd Halim Shah
Friday, April 20, 2012
Malam Terakhir Team Ragbi Rimau di SK Binjai Jaya
20 April 2012 (Jumaat): Malam terakhir Team Ragbi Rimau yang menetap di Asrama Desa SK Binjai Jaya dijamu dengan hidangan yang disediakan oleh para jurulatih.
Para jurulatih telah membakar ayam, ikan, udang, remis dan kerang sebagai makan malam untuk para pemain.
Suasana agak meriah dengan kehadiran semua jurulatih, warden asrama, tukang masak asrama, adik-adik di bahagian pembersihan dan juga empat orang pengawal keselamatan yang bertugas pada malam tersebut.
Kerjasama yang diberi oleh kalian amat dihargai. SK Binjai Jaya selaku tuan rumah memohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan dan kelemahan.
Thursday, April 19, 2012
Perlawanan Persahabatan Ragbi Rimau Sabak Bernam vs Kuala Selangor

19 April 2012 (Khamis) : Bagi memantapkan lagi pasukan Ragbi Rimau Sabak Bernam, satu inisiatf telah diambil dengan mengadakan perlawanan persahabatan antara pasukan Ragbi Rimau Kuala Selangor dan pasukan Ragbi Rimau Sabak Bernam.
Perlawanan berlangsung di PPD Kuala Selangor. Dalam perlawanan yang diadakan sebanyak empat sesi itu, Sabak Bernam telah berjaya menewaskan Kuala Selangor dalam keempat-empat perlawanan.
Semoga pasukan Ragbi Rimau Sabak Bernam mendapat pengalaman yang berguna bagi mengharungi Kejohanan Ragbi Rimau MSS Selangor yang bakal diadakan pada 23 dan 24 April 2012 di SMK Teknik Sepang.
SK Binjai Jaya yang menjadi pengurus bagi pasukan Sabak Bernam mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jurulatih daerah.
Tuesday, April 17, 2012
SK Binjai Jaya Ketiga Kriket MSSD Sabak Bernam
17 April 2012 (Selasa) : Selepas dua hari mengharungi pertandingan di Kejohanan Kriket MSSD Sabak Bernam 2012, SK Binjai Jaya berjaya memduduki tangga ketiga.
Pertandingan yang dikelolakan oleh SK Sapintas ini telah berlangsung di SBPI Sabak Bernam.
Unit Kokurikulum SK Binjai Jaya merakamkan ucapan tahniah untuk semua pemain dan jurulatih En. Mohd Halim Shah bin Miswan.
Subscribe to:
Posts (Atom)





