Thursday, September 20, 2012

Sukan Tara SK Binjai Jaya 2012

20 September 2012 (Khamis): Hari ini telah berlangsung Sukan Tara di SK Binjai Jaya. Acara berlangsung pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.
Sebanyak 32 acara akhir telah dilangsungkan pada hari ini. Antaranya ialah lompat jauh, lari terus, lari berganti-ganti dan acara sukaneka.
Hadiah-hadiah disampaikan kepada para pemenang oleh Guru Penolong Kanan SK Binjai Jaya.
Kerjasama daripada semua warga SK Binjai Jaya telah menjadikan Sukan Tara ini berjalan dengan lancar sebagai mana yang dirancang.

Monday, September 10, 2012

Selamat Menghadapai UPSR 2012

Selamat Menghadapi UPSR 2012 buat semua calon UPSR 2012, khasnya kepada 82 orang calon UPSR SK Binjai Jaya. Semoga anda dipermudahkan oleh Allah SWT semasa menjawab soalan. Seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlang.

Thursday, September 6, 2012

Sambutan Hari Raya SK Binjai Jaya 20125

5 September 2012 (Rabu): Hari ini telah berlangsung sambutan hari raya aidil fitri peringkat SK Binjai Jaya. Satu jamuan hari raya telah diadakan di kantin sekolah. Majlis bermula pada pukul 4.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang.

Friday, August 31, 2012

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke-55

31 Ogos 2012 (Jumaat): Selamat menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-55. Semoga Malaysia terus aman, maju dan makmur.
Logo Kemerdekaan Kerajaan Barisan Nasional.
Logo Kemerdekaan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Sebagai rakyat, kita perlu setia kepada negara kita. Kerajaan boleh bertukar, namun negara kita tetap satu. Yang penting kita perlu memberi kerja sama kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat demi memaju dan memakmurkan negara dan negeri tercinta.

Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Majlis Khatam Al-Quran SK Binjai Jaya

15 Ogos 2012 (Rabu) : Pagi ini telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan kepada anak-anak yatim SK Binjai Jaya. Murid - murid Tahun 5 Hidrogen telah terlibat dalam majlis khatam al-Quran ini. Majlis diadakan di Dewan Bestari SK Binjai Jaya.