Friday, June 14, 2013
Taklimat Program I-Trim
14 Jun 2013 (Jumaat): Hari ini telah berlangsung Taklimat yang berkaitan tentang Program Online I-Trim. Taklimat disampaikan oleh dua orang bekas pelajar Yayasan Selangor. Program ini disyorkan kepada murid-murid Tahun 6 bagi tujuan meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan UPSR.
Selain para pelajar Tahun 6, ibu bapa mereka juga turut hadir mendengar taklimat tersebut. Taklimat berlangsung di Dewan Bestari SK Binjai Jaya. Semoga semua pelajar Tahun 6 akan memanfaatkan program Tuisyen Rakyat 1 Malaysia ini. Dan seterusnya memperolehi kejayaan dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini.
Saturday, May 18, 2013
Sambutan Hari Guru SK Binjai Jaya 2013
Saturday, March 30, 2013
Kejohanan Ragbi MSSM - Selangor Teempat Ke-3
30 Mac 2013 (Sabtu) : Pagi ini telah berlangsung Kejohanan Ragbi MSSM bagi menentukan kedudukan tempat ke-3 dan ke-4 di antara Pasukan Negeri Selangor menentang Pasukan Negeri Melaka. Kejohanan yang berlangsung di Ipoh, Perak ini menyaksikan Selangor mengekalkan kedudukan tahun lepas, apabila menduduki tempat ke-3 selepas berjaya menewaskan negeri Melaka dengan try 25 - 17.
Kejohanan yang bermula pada 25 Mac 2013 berakhir pada 30 Mac 2013. Selangor memulakan misi pada tahun ini dengan menewaskan Kelantan 80 -10 pada perlawanan pertama. Pada perlawanan kedua pula Selangor telah menewaskan Perlis 42 - 5 seterusnya menewaskan Negeri Sembilan 55 - 10.
Pada Peringkat suku akhir Selangor berjaya menundukkan Johan 2012 Sabah 40 - 5. Namun langkah selangor disekat di peringkat separuh akhir apabila tunduk kepada pasukan Johor 20 - 22. Tahniah kepada semua pemain dan pengurusan pasukan Selangor lebih-lebih lagi kepada 4 pemain dari daerah Sabak Bernam. Semoga Selangor akan lebih cemerlang pada masa akan datang.
Monday, March 18, 2013
Kejohanan Olahraga MSSD Sabak Bernam 2013
18 Mac 2013 (Isnin): Hari ini telah berlansung Kejohanan Olahraga MSSD Sabak Bernam. Pertandingan berlangsung di Mini Stadium Sabak Bernam. SK Binjai Jaya turut menghantar 10 orang pelajar bagi menyertai pertandingan tersebut. Semoga mereka akan bertanding bersungguh-sungguh dan membawa pulang pingat pada tahun ini.
Wednesday, February 20, 2013
SK Binjai Jaya Johan Ragbi MSSD Sabak Bernam 2013
20 Februari 2013 (Rabu): Buat pertama kalinya SK Binjai Jaya berjaya menjadi johan Cup (pertama) dalam Kejohanan Ragbi Rimau MSSD Sabak Bernam 2013. Pada petang ini,Pasukan Binjai A berjaya menewaskan SK Pasir Panjang. Kejohanan pada tahun ini diadakan di SK Sungai Haji Dorani, Sungai Besar.
Pada tahun ini SK Binjai Jaya telah menghantar dua pasukan ke kejohanan tersebut. Bagi pasukan Binjai B, telah menjadi johan plate (kelima) dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua pemain, jurulatih Cikgu Nasri, pengurus pasukan Cikgu Shamsul Kamal dan PK Kokurikulum Cikgu Sarudin bin Mohd Hassim.
Saturday, February 9, 2013
Pengagihan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 2013
25 Januari 2013 (Jumaat): Majlis Pengagihan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM 100 Tahun 2013 telah diadakan di Dewan Seri Binjai, SK Binjai Jaya. Majlis disempurnakan oleh YB Hajah Noriah binti Kasnon. Seramai 391 pelajar layak untuk menerima bantuan pada tahun ini melibatkan jumlah wang sebanyak RM39100.00.
Turut hadir dan membantu pengagihan tersebut ialah En. Abu Hassan bin Dollah, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam.
Friday, February 1, 2013
Tiga Pingat Dibawa Pulang
1 Februari 2013 (Jumaat): SK Binjai Jaya berjaya membawa pulang tiga butir pingat pada tahun ini di Kejohanan Merentas Desa MSSD Sabak Bernam 2013. Kejohanan yang berlangsung di SMK Munshi Abdullah ini disertai oleh 47 buah sekolah rendah dalam daerah Sabak Bernam. SK Simpang Empat Bagan Nakhoda Omar telah diberi tanggungjawab sebagai tuan rumah pada kali ini. SK Binjai Jaya berjaya mendapat tempat ke-19 bagi kategori perempuan serta tempat ke-24 dan ke-25 bagi kategori lelaki. Tahniah diucapkan kepada semua wakil SK Binjai Jaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)






