Monday, November 29, 2010

Perkembangan Staf- Guru Tahun 1 2011


30 November 2011 Selasa: Guru-guru Tahun 1 SK Seri Makmur mengorak langkah proaktif dengan mengadakan program Perkembangan Staf. Aktiviti ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada semua guru yang bakal mengajar Tahun 1 2011 dengan kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).


Guru-guru yang telah mengikuti kursus yang telah dijalankan sebelum cuti persekolahan baru-baru ini, telah menyampaikan segala dapatan yang mereka perolehi sepanjang mengikuti kursus tersebut. Semua guru Tahun 1 telah hadir ke program yang diadakan di Makmal Komputer 1 SK Seri Makmur ini.


Kurikulum Standard Sekolah Rendah akan mula dilaksanakan kepada murid-murid Tahun 1 sesi persekolahan 2011. Bagi murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6, mereka masih menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (Semakan ) 2003.
Peserta baling kecil turut hadir. Tahniah kepada Pn Nuraini @ Anne Jusfina Jamaluddin, walaupun masih dalam cuti bersalin tetapi turut hadir bagi mendapatkan ilmu tentang KSSR.

Sunday, November 28, 2010

Tahniah Untuk Daus


Dah lama nak postkan ucapan tahniah ni, tapi masa tidak mengizinkan. Saya nak ucapkan tahniah kepada anak ke-3 saya Muhammad Firdaus yang telah berjaya dalam peperiksaan akhir tahunnya. Bukan apa, sekadar nak bagi dia lebih bersemangat dan bermotivasi untuk mengharung pelajaran pada tahun hadapan.

Semoga Daus akan terus belajar dengan bersungguh-sungguh dan berjaya dengan cemerlang pada masa hadapan. Tahun hadapan saingan semakin sengit kerana Daus akan berada di kelas yang pertama. Jadi kenalah belajar dari sekarang ya..



Untuk tahun ini Daus telah mendapat tempat pertama dalam kelasnya. Di samping itu, dia juga telah mendapat hadiah bagi mata pelajaran terbaik iaitu subjek Matematik dan Sains. Tahniah juga kerana mendapat hadiah untuk jawatan Ketua Kelas yang disandangnya.

Semoga Daus akan terus maju jaya di masa hadapan. Rajin dan Usaha tangga kejayaan. ...dan rajin-rajinlah sembahyang dan membaca al-Quran, ya.

Tuesday, November 23, 2010

Analisa UPSR 2010: SK Seri Makmur

Berikut adalah analisa bagi keputusan UPSR SK Seri Makmur 2010:

Bilangan Calon : 190 orang

Bilangan Calon Mendapat 5A : 44 orang

Bilangan Calon Mendapat 4A : 22 orang

Peratus Lulus : 85.79 %

Peratus Lulus Bahasa Melayu Pemahaman : 98.95 %

Peratus Lulus Bahasa Melayu Penulisan : 94.74 %

Peratus Lulus Bahasa Inggeris : 91.58 %

Peratus Lulus Matematik : 92.11 %

Peratus Lulus Sains : 98.95 %

Thursday, November 18, 2010

Hari Kecemerlangan 2010: SK Seri Makmur


16 November 2010; Selasa : SK Seri Makmur, Sungai Besar, Selangor telah mengadakan Hari Kecemerlangan bagi tahun 2010. Majlis ini diadakan di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, Selangor.

Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Masjid Makmuriah Sungai Besar. Diikuti ucapan oleh Guru Besar SK Seri Makmur iaitu Pn. Hjh Hasnah binti Maruan dan diikuti ucapan YDP PIBG SK Seri Makmur, En Halim bin Masri.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Abd Rahman bin Bakri, Ahli Parlimen Sabak Bernam. Kemudian, diikuti acara penyampaian hadiah kepada tokoh-tokoh SK Seri Makmur dan diikuti penyampaian sumbangan kepada 44 orang murid yang berjaya memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR 2010.

Acara salingan merupakan persembahan tarian daripada murid-murid Prasekolah dan nyanyian nasyid oleh murid-murid Tahun 6.

Murid-murid yang mendapat tempat pertama hingga ketiga bagi setiap kelas juga telah mendapat hadiah pada hari ini.

Antara rakaman yang sempat dibuat:
Antara tetamu jemputan.

Tokoh murid tahun 2010,Muhammad Aiman Nazmi bin Idris
Barisan tokoh-tokoh pelajar SK Seri Makmur 2010:Dari Kiri, Tokoh Murid, Muhammad Aiman Nazmi bin Idris,Tokoh Kurikulum (L),Ahmad Dzahin bin Zainol Azmi,Tokoh Kurikulum (P),Nur Izzati binti Md Nazir, Tokoh Kokurikulum,(L)Muhamad Aizat bin Zulaili,Tokoh Kokurikulum (P)Ainur Adina binti Mokhtar,Tokoh Murid Mithali (L) Mohamad Farhan bin Roslan, Tokoh Murid Mithali (P)Nur Hanis Sazana binti Isa Muddin dan Tokoh Murid Pendidikan Khas, Muhamad Ameerul Hakem bin Azmani.
44 orang murid yang mendapat 5A
Penyampian hadiah penghargaan oleh Pengurus Bank Rakyat Cawangan Sungai Besar kepada Guru Besar SK Seri Makmur di atas kejayaan SK Seri Makmur menggondol 9 hadiah Kualiti PPD Sabak Bernam.
Persembahan tarian oleh murid-murid Prasekolah SK Seri Makmur

Persembahan nasyid oleh murid-murid Tahun 6

Monday, November 15, 2010

Karnival Kokurikulum SK Seri Makmur 2010



10.11.2010 , Rabu : Telah berlangsung Karnival Kokurikulum peringkat SK Seri Makmur, Sungai Besar, Selangor. Program ini diadakan selama satu hari, bermula pukul 7.30 pagi.
Program ini diadakan di sekitar kawasan sekolah disertai oleh murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5.

Karnival ini dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan luar bilik darjah kepada semua ahli unit beruniform di sekolah ini. Sikap berdikari dan sentiasa mematuhi disiplin telah dititik beratkan sepanjang aktiviti berlangsung.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah:
Aktiviti Kawad kaki.
Aktiviti Kawad kaki.
Aktiviti Ikatan dan Simpulan.
Aktiviti Memasak.
Aktiviti Mendirikan Khemah.
Aktiviti Pertolongan Cemas

Saturday, November 13, 2010

UPSR 2010: Apa Yang Istimewanya....



Dalam kegembiraan semua warga SK Seri Makmur meraikan kejayaan 44 orang calon 5A dan 22 orang calon 4A dalam UPSR yang lepas, mungkin kita tidak perasan bahawa salah seorang calon UPSR SK Seri Makmur pada tahun ini adalah murid dari Kelas Pendidikan Khas.

Buat pertama kalinya, seorang murid dari Kelas Pendidikan Khas SK Seri Makmur telah didaftar bersama 189 orang calon yang lain untuk menduduki peperiksaan tersebut. Walaupun adik Muhammad Amirul Hakeem bin Azmani adalah murid dari Kelas Pendidikan Khas, tetapi dia telah berjaya lulus dalam peperiksaan tersebut dengan mendapat keputusan 3A, 2B. Tahniah diucapkan kepada Adik Amirul Hakeem di atas kejayaan anda.

Walaupun anda tidak mendapat 5A, namun anda juga menyumbang kepada peningkatan peratus sekolah ini daripada 76 % kepada 85.79 %. Tahniah daripada semua warga SK Seri Makmur. Teruskan usaha anda agar memperolehi kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang.

Wednesday, November 10, 2010

UPSR 2010: 44 Calon Memperolehi 5A


Sekali lagi SK Seri Makmur terus unggul dalam Peperiksaan UPSR. Di mana pada tahun ini seramai 44 orang calonnya telah memperolehi 5A dengan pencapaian 85.79 % yang lulus dalam peperiksaan tersebut.

Sekalung tahniah diucapkan kepada warga SK Seri Makmur di atas usaha gigih anda terutama guru-guru Tahun 6 yang bertungkus-lumus membimbing murid-murid.

Kepada murid-murid yang memperolehi 5A diucapkan tahniah. Bagi yang tidak memperolehi 5A, jangan berputus asa. Perjalanan anda masih jauh. Teruskan usaha anda...pasti kejayaan akan menjadi milik anda suatu hari nanti.
Guru Besar Pn Hjh Hasnah binti Marwan menyampaikan slip keputusan kepada salah seorang pelajar yang memperolehi 5A.
Guru-guru Tahun 6 tersenyum riang...menandakan kepuasan di hati ... hasil usaha selama ini membuahkan hasil.

Senarai murid yang mendapat 5A :

1. Adlina Izzati bt Mohd Ismail
2. Afiqah Hanani bt Kamaruddin
3. Ahmad Dzahin b Zainol Azmi
4. Aiman Haikal b Roslan
5. Ainur Adina bt Mokhtar
6. Cristina Soon Jia Wen
7. Haikal b Aliah
8. Hanis Ilyana bt Abdul Alim
9. Khairunnisa bt Mussari
10.Mohamad Farhan b Roslan
11.Mohamad Shafiq Hilman b Mohamad Sapuan
12.Mohd Idham bin Faizul
13.Muhammad Adib Na'im b Mohamed Mekkah
14.Muhammad Aiman Nazmi b Idris
15.Muhammad Izzul Irfan b Hanif
16.Muhammad Nabil Akmal b Halim
17.Muhammad Nabil b Sabar Adullah
18.Nor Amiera Syafiah bt Shamsul Kamal
19.Nur Anis Sofia bt Khairul Anuar
20.Nur Izzati bt Md Nazir
21.Nur Shafira bt Mohd Sayuti
22.Nurhanis Syazana bt Isa Muddin
23.Nurul Afiqah bt Ahmad Jaffri
24.Nurul Afiqah bt Masdzuki
25.Nurul Ain Nabila bt Ismail
26.Nurul Aufa Hidayah bt Mohamad Rozi
27.Nurul Syahida bt Abd Razak
28.Raihana bt Mohamad
29.Rusydina Aqilah bt Muhammad Rashdan
30.Siti Hawa bt Mohdar
31.Siti Khadijah bt Salihin
32.Tan Yee Voon
33.Tengku Nur'ain Nadia bt Tengku Shaiful Bahril
34.Aida Syahirah bt Suhaimi
35.Intan Nurfairuz bt Mat Daut
36.Mohamad Lokman b Idris
37.Nor Atikah bt Shamsuddin
38.Nurfatini bt Mohd Kamal
39.Nurhazwani bt Abu Seman
40.Nurshyma Asyikin bt Salleh
41.Nursyazwani bt Mohd Azraie
42.A'dlin Shahida bt Shahrul Akhyar
43.Mohamad Jafri b Mohamad Azlan
44.Nur Izzati Husna bt Osra