Friday, February 24, 2012

Sambutan Maulidur Rasul SK Binjai Jaya 2012


Persatuan Agama Islam dengan kerja sama Panitia Agama Islam SK Binjai Jaya telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada 15 Februari 2012.


Majlis diadakan di Dewan Seri Binjai, SK Binjai Jaya. Pengarah Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) iaitu Tuan Haji Haniffuddin bin Roslan telah dijemput untuk menyampaikan ceramah.

Monday, February 20, 2012

Perkhemahan TKRS Peringkat Negeri Selangor 2012


Pada 13 hingga 16 Februari 2012 telah berlangsung Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Selangor. Perkhemahan tersebut diadakan di Pusat Kokurikulum Bagan Lalang, Sungai Pelek, Sepang, Selangor.

Seramai empat orang pelajar SK Binjai Jaya telah turut serta dalam perkhemahan tersebut bagi mewakili TKRS Sabak Bernam.

Pelajar tersebut ialah:
1. Mohamad Aidil Aqil bin Abdul Halim
2. Muhammad Nafiz Nazran bin Mohd Zamzam
3. Nurul Syasya Afrina binti Zuraimi
4. Nur Ainsyahida binti Abdul Aziz

Saturday, February 18, 2012

Muhyiddin : Guru Tidak Akan Naik Pangkat Secara Automatik


GEORGETOWN, 18 Feb - Kenaikan pangkat guru-guru tidak akan berlaku secara automatik sebaliknya mereka harus melalui proses temuduga dan sebagainya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kaedah kenaikan pangkat guru terbabit akan diputuskan setelah perbincangan antara Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan kerajaan selesai kelak.

"Berkaitan soal kebajikan guru kita sudah ambil kira. Tetapi apapun, keputusan muktamad belum tercapai kerana urusan ini telah kita bawakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam disamping perbincangan di peringkat wakil-wakil kesatuan dan CUEPACS, katanya pada pemberita selepas menghadiri majlis kenduri rakyat 1Malaysia di Kampung Permatang Tepi, Simpang Empat, dekat sini, Sabtu.

Katanya, isu kenaikan pangkat itu bagaimanapun dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar yang memetik sebanyak 15,000 guru lepasan ijazah yang belum menerima kenaikan gred akan menikmatinya sebaik semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diselesaikan April ini.

- BERNAMA

Thursday, February 16, 2012

Program Motivasi Ibu Bapa Pendidikan Khas, Protim dan Linus


16 Februari 2012 (Khamis): Pagi ini bertempat di Dewan Seri Binjai telah berlangsung Program Motivasi Ibu Bapa Penjaga Kelas Pendidikan Khas, Protim dan Linus.

Program ini dikendalikan oleh guru-guru dari Kelas Pendidikan Khas Intergrasi SK Binjai Jaya.

Encik Kama bin Syafie Ketua Pengarah Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Selangor telah menyampaikan ceramah di majlis tersebut.

Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberi lebih ilmu dan pengetahuan kepada ibu bapa murid terhadap hala tuju anak-anak OKU ini pada masa hadapan.

Wednesday, February 15, 2012

Dua Murid SK Binjai Jaya akan Mewakili Sabak Bernam


Dua orang murid SK Binjai Jaya akan mewakili Daerah Sabak Bernam dalam Kejohanan Badminton MSS Selangor. Kejohanan tersebut akan diadakan di daerah Klang.

Unit Kokurikulum mengucapkan tahniah kepada adik Muhammad Aidil Afi bin Ismail dan adik Muhammad Hamizan bin Ismadi.

Semoga anda akan bermain bersungguh-sungguh demi kejayaan Daerah Sabak Bernam. Selamat Berjuang.

Tuesday, February 14, 2012

Penyampaian Sijil Watikah Perlantikan Pengawas 2012


13 Februari 2012 (Isnin): Pagi ini berlangsung Program Penyampaian Sijil Watikah Perlantikan sebagai Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber.

Majlis berlangsung di dataran perhimpunan. En. Shakir bin Mohamed Johar GPK Kurikulum SK Binjai Jaya telah menyerpurkan majlis penyampaian watikah ini.


Di akhir majlis, para pengawas telah berikrar untuk menjalankan tugas dengan amanah.