Wednesday, March 28, 2012

SKBJ vs SKSM



28 Mac 2012 (Rabu): Petang tadi telah berlangsung perlawanan persahabatan bola sepak di antara SK Binjai Jaya menentang SK Seri Makmur.

Dalam perlawanan tersebut , SK Seri Makmur telah berjaya mengalahkan SK Binjai Jaya dengan jaringan 3 - 1. Tahniah kepada kedua-dua pasukan yang telah bermain dengan cemerlang.

Monday, March 19, 2012

Pelancaran Program Membaca Dan Menghafaz Surah Yaasin


19 Mac 2012 (Isnin): Pagi ini bertempat di Dataran Perhimpunan SK Binjai Jaya telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Membaca dan Menghafaz Surah Yaasin bagi tahun 2012. Majlis disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Latif bin Yaakop, Guru Besar SK Binjai Jaya.

Program membaca dan menghafaz surah Yaasin ini akan dilaksanakan sepanjang tahun 2012. Di mana murid-murid dari Tahun 4 Hidrogen, Tahun 5 Hidrogen dan Tahun 6 Hidrogen telah dipilih untuk melaksanakannya. Sesi membaca dan menghafaz Surah Yaasin akan dijalankan setiap pagi selama 15 ke 20 minit sebelum sesi pembelajaran bermula.

Dengan terlaksanakan program ini, diharap dapat menanamkan semangat serta menggalakkan murid-murid supaya gemar membaca al-Quran khususnya Surah Yaasin. Disamping itu apa yang diharap program ini juga akan dapat mempertingkatkan mutu bacaan al-Quran di kalangan murid murid serta membentuk sahsiah dengan pembudayaan membaca al-Quran.

Apa yang diharapkan, menjelang akhir tahun 2012, akan lahirlah di sekolah ini murid-murid yang menghafaz Surah Yaasin.

Monday, March 12, 2012

Bukit Gambang Water Park...Best Jugak


Hari ini saya membawa dua orang anak bermandi-manda di Bukit Gambang Water Park, Kuantan Pahang.

Oleh kerana sekarang musim cuti sekolah, maka keadaannya agak sesak. Namun Muhammad Firdaus dan Muhammad Khairul Rasyid sungguh gembira bermandi-manda. Selama tiga jam berendam seperti tidak mencukupi.Tapi masa agak cemburu, percutian terpaksa dipendekkan atas keperluan tugas.

Balik dari Gambang, terus berkemas dan pulang semula ke Sungai Besar, Selangor.

Wednesday, March 7, 2012

Peperiksaan Kali Ke-1 2012 SK Binjai Jaya


Peperiksaan Kali Pertama SK Binjai Jaya telah berlangsung dari 5 Mac 2012 hingga 8 Mac 2012.

Semua murid dari Tahun 3 hingga Tahun 6 telah menduduki peperiksaan tersebut. Bagi murid Tahun 1 dan Tahun 2 yang melaksanakan KSSR, mereka tidak terlibat di dalam peperiksaan tersebut.

Semoga semua murid SK Binjai Jaya yang menduduki peperiksaan pada minggu ini akan memperolehi keputusan yang cemerlang, insyaAllah.