Friday, August 31, 2012
Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke-55
31 Ogos 2012 (Jumaat): Selamat menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-55. Semoga Malaysia terus aman, maju dan makmur.
Logo Kemerdekaan Kerajaan Barisan Nasional.
Logo Kemerdekaan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
Sebagai rakyat, kita perlu setia kepada negara kita. Kerajaan boleh bertukar, namun negara kita tetap satu. Yang penting kita perlu memberi kerja sama kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat demi memaju dan memakmurkan negara dan negeri tercinta.
Wednesday, August 15, 2012
Majlis Khatam Al-Quran SK Binjai Jaya
15 Ogos 2012 (Rabu) : Pagi ini telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan kepada anak-anak yatim SK Binjai Jaya. Murid - murid Tahun 5 Hidrogen telah terlibat dalam majlis khatam al-Quran ini. Majlis diadakan di Dewan Bestari SK Binjai Jaya.
Thursday, August 9, 2012
Tuesday, July 31, 2012
Latihan Kebakaran Siri 1 SK Binjai Jaya
31 Julai 2012 (Selasa): Pagi ini tepat jam 8.15 pagi deringan loceng panjang menandakan amaran kecemasan sedang berlaku di kawasan sekolah SK Binjai Jaya. Semua warga SK Binjai Jaya memberhentikan segala aktiviti rutin seharian.
Dalam keadaan beratur, murid-murid serta warga SK Binjai Jaya menuju ke padang sekolah mengikut laluan kecemasan yang telah ditetapkan. Alhamdulillah, dalam jangka masa yang telah ditetapkan, semua murid, guru dan pekerja sekolah telah berada di kawasan padang.Setelah mendapat laporan bilangan murid dan guru, guru dari Unit Keselamatan dan Kecemasan sekolah yang diketuai oleh En. Makhyuddin bin Abd Kahar telah menyampaikan taklimat.
Latihan kebakaran pada pagi ini, telah mencapai objektifnya, namun begitu diharap masa yang diambil untuk murid-murid mengongsian bangunan akan lebih cepat pada masa hadapan.
Wednesday, July 25, 2012
Bonus Setengah Bulan Gaji akan Dibayar 9 Ogos 2012
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana menteri yang juga menteri kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan hari ini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.
Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara. - Bernama
Monday, July 23, 2012
Kempen Kibar Jalur Gemilang
17 Julai 2012 (Selasa): Telah berlangsung Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat SK Binjai Jaya. En. Shakir bin Mohamed Johar, GPK Kurikulum SK Binjai Jaya telah melancarkan kempen tersebut.
Acara dimulakan dengan bacaan doa diikuti nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor. Kemudian diikuti ucapan oleh En. Shakir bin Mohamed Johar. Sejurus selepas pelancaran, murid-murid dan guru menyanyikan tiga buah lagu patriotik dan diikuti deklamasi sajak bertemakan perjuangan oleh dua orang murid Tahun 5 Hidrogen.
Subscribe to:
Posts (Atom)


