Tuesday, August 3, 2010

Taklimat Mengungsian Bangunan

En. Mohamad bin Ishak sedang menyampaikan taklimat.
3 Ogos 2010: Hari ini telah diadakan taklimat Mengungsian Bangunan. Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Mohamad bin Ishak, Ketua Bahagian Latihan, Balai Bomba Sungai Besar, Selangor.

Dalam taklimatnya, beliau menyampaikan prosedur yang perlu dilakukan semasa proses mengungsian bangunan. Penerangan yang panjang lebar itu diharap dapat memberikan kefahaman kepada semua warga SK Seri Makmur.

Beliau begitu berharap agar aktiviti mengungsian bangunan yang bakal dijalankan itu hanya akan berlangsung dalam jangka masa kurang daripada lima minit selepas loceng kecemasan dibunyikan. Beliau begitu berharap agar guru-guru dapat melakukan dengan bersungguh-sungguh. Berdasarkan pengalaman beliau, ramai guru yang bersambil lewa semasa aktiviti dijalankan. Hal ini memberi contoh yang kurang baik kepada murid-murid.

Semoga aktiviti yang bakal dilaksanakan besok akan berjalan dengan lancar.

* pengungsian bangunan = mengosongkan bangunan

No comments: