Saturday, June 9, 2012
Ragbi MSSM : Selangor Tempat Ke-3
9 Jun 2012 (Sabtu):Selangor mengekalkan rekod 2011, apabila menduduki tempat ke-3 dalam Kejohanan Ragbi MSSM 2012 yang tamat hari ini. Dalam perlawanan menentukan tempat ke-3 pagi tadi, Selangor telah menewaskan Johor dengan try 12 - 10.Johan pada tahun ini disandang oleh Sabah apabila berjaya menewaskan Perak pada perlawanan akhir.
Pada peringkat Separuh akhir pula selangor gagal untuk menempatkan diri di perlawanan akhir, apabila tewas di tangan Perak dengan try 22 - 54. Manakala di peringkat suku akhir pula Selangor berjaya menundukkan Kedah dengan try 17 - 12.
Selangor berjaya menduduki tempat kedua kumpulan di belakang Kelantan apabila berjaya menewaskan Pulau Pinang 53 - 22 dan menundukkan Perlis 49 - 34. Namun Selangor tewas di tangan Kelantan 5 - 17.
Sekalang ucapan tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang terlibat terutama kepada jurulatih Selangor Cikgu Roslan Mohamad dan penolong jurulatih Cikgu Abd Nasri Samsudin yang sanggup berkorban cuti selama dua minggu semata-mata ingin mempastikan Selangor berjaya di peringkat kebangsaan. Begitu juga ucapan tahniah kepada 12 orang pemain yang telah bertungkus-lumus bagi mempastikan kejayaan untuk Selangor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment