Monday, October 28, 2013

Perkhemahan SK Binjai Jaya 2013

27 Oktober 2013 (Ahad): Hari ini merupakan hari terakhir aktiviti Perkhemahan SK Binjai Jaya 2013. Program yang bermula petang 25 Oktober 2013 (Jumaat) itu telah diadakan di Tapak Perkhemahan Pusat Konservasi Hidupan Liar, Sungai Dusun , Hulu Selangor.
Selepas taklimat, murid-murid diarahkan mendirikan khemah masing-masing. Seramai 63 orang pelajar Tahun 6 telah menyertai perkhemahan ini.
Penolong Kem Komandan En Mohd Arif bin Abu Suib menyampaikan taklimat untuk aktiviti dan peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang tiga hari perkhemahan.
Melakukan aktiviti Jungle Treking telah diadakan pada hari kedua perkhemahan. Peserta juga dapat melihat beberapa hidupan liar yang terdapat di pusat konservasi ini seperti buaya dan tapir.
Peserta juga dibawa melawat ke bilik pameran yang terdapat di pusat ini.
Merunut ke dalam hutan pada jam 2 pagi merupakan satu aktiviti yang tidak dapat dilupankan. Hampir semua peserta mengalami pengalaman pertama berjalan dikegelapan malam meredah hutan untuk merasa sendiri pengalaman di dalam hutan pada waktu dini hari. Aktiviti yang berisiko ini dikendalikan oleh 6 orang pegawai perhilitan yang berada di pusat ini.
Malam kebudayaan merupakan aktiviti wajib yang disertai oleh semua peserta. Perbagai persembahan dipertunjukkan. Guru-guru juga tidak ketinggalan menunjukkan bakat masing-masing.
Hari terakhir, peserta didedakan dengan ikhtiar hidup dimana mereka terpaksa memasak telur di dalam tanah dan membakar roti lilit. Perkhemahan kali ini amat berjaya dan memberi pengalaman-pengalaman baru kepada para peserta. Di samping memperolehi ilmu pengetahuan tentang alam semula jadi dan kepentingan memelihara flora dan fauna.

No comments: