Saturday, June 9, 2012

Ragbi MSSM : Selangor Tempat Ke-3

9 Jun 2012 (Sabtu):Selangor mengekalkan rekod 2011, apabila menduduki tempat ke-3 dalam Kejohanan Ragbi MSSM 2012 yang tamat hari ini. Dalam perlawanan menentukan tempat ke-3 pagi tadi, Selangor telah menewaskan Johor dengan try 12 - 10.Johan pada tahun ini disandang oleh Sabah apabila berjaya menewaskan Perak pada perlawanan akhir. Pada peringkat Separuh akhir pula selangor gagal untuk menempatkan diri di perlawanan akhir, apabila tewas di tangan Perak dengan try 22 - 54. Manakala di peringkat suku akhir pula Selangor berjaya menundukkan Kedah dengan try 17 - 12. Selangor berjaya menduduki tempat kedua kumpulan di belakang Kelantan apabila berjaya menewaskan Pulau Pinang 53 - 22 dan menundukkan Perlis 49 - 34. Namun Selangor tewas di tangan Kelantan 5 - 17. Sekalang ucapan tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang terlibat terutama kepada jurulatih Selangor Cikgu Roslan Mohamad dan penolong jurulatih Cikgu Abd Nasri Samsudin yang sanggup berkorban cuti selama dua minggu semata-mata ingin mempastikan Selangor berjaya di peringkat kebangsaan. Begitu juga ucapan tahniah kepada 12 orang pemain yang telah bertungkus-lumus bagi mempastikan kejayaan untuk Selangor.

Thursday, June 7, 2012

Kejohanan Ragbi MSSM 2012

Kejohanan Ragbi MSSM 2012 sedang berlangsung dari 4 Jun 2012 hingga 9 Jun 2012. Pada tahun ini Negeri Sembilan telah menjadi tuan rumah peringkat kebangsaan. Empat orang pemain dari daerah Sabak Bernam turut terpilih mewakili negeri Selangor pada tahun ini. Semoga pasukan ragbi negeri Selangor akan memperolehi kejayaan yang cemerlang pada tahun ini.

Saturday, May 26, 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Sabak Bernam 2012

25 Mei 2012 (Jumaat): Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Sabak Bernam telah berlangsung pada 25 Mei 2012 di Politeknik Sultan Idris Shah, Sungai Lang, Sabak Bernam. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Haji Noh bin Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang. Tuan haji Bajuri bin Haji Abdullah dan Puan Hajah Sariah binti Sidek telah dipilih sebagai tokoh guru peringkat daerah Sabak Bernam pada tahun 2012. Tahniah untuk kedua-duanya terutama kepada Puan Hajah Sariah, yang merupakan bekas Guru Besar saya di SK Seri Makmur sebelum beliau bersara pada 1 Jun 2010.

Monday, May 21, 2012

Program Kepimpinan Untuk Pemimpin Sekolah Pintar 2012

Alhamdulillah, hari kedua kursus, kami dibawa oleh Pintar Foundation ke Sekolah Berprestasi Tinggi SK Setiawangsa, Kuala Lumpur sebagai Lawatan Penanda Aras.
Kami disambut oleh Guru Besar Cemerlang SK Setiawangsa, En. Ruslan bin Madon. Kemudian beliau telah memberi taklimat tentang kejayaan sekolah dan cara-cara beliau mentadbir sekolah. Selepas itu, kami dibawa melawat ke sekitar sekolah.
Banyak pengetahuan dan pengalaman yang kami perolehi sepanjang lawatan tersebut.
Semoga apa yang kami perolehi di sini, akan cuba diaplikasikan apabila pulang ke sekolah nanti.

Sunday, May 20, 2012

Kem Dengarlah Adikku

Hanya ucapan ribuan terima kasih yang dapat kami warga SK Binjai Jaya ucapkan kepada semua 27 orang mahasiswa UKM Eksekutif Hujung Minggu, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan kerana sudi memilih SK Binjai Jaya sebagai tempat menjalankan program.
Pada 19 - 20 Mei 2012, mereka telah melaksanakan Program Kem Dengarlah Adikku ; Selangkah Menuju Kejayaan di SK Binjai Jaya. Seramai 80 orang murid Tahun 5 dan Tahun 6 telah terlibat dalam program tersebut.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang dua hari satu malam mereka berkampung di SK Binjai Jaya. Kebanyakan aktiviti menekankan keyakinan diri di kalangan murid terlibat.
Pada hari kedua, ibu bapa murid turut dipanggil bagi mengisi slot murid bersama ibu bapa.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YDP PIBG Sk Binjai Jaya, iaitu En. Mohd Yatim bin Paat.
Majlis di akhiri dengan jamuan makan tengah hari di kantin asrama.
Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas budi baik anda semua. Semoga program ini dapat memberi impak yang positif kepada anak-anak SK Binjai Jaya. Semoga segala keringat dan wang ringgit yang anda curahkan tidak dipersia-siakan oleh mereka.

Wednesday, May 16, 2012

Hari Guru SKBinjai Jaya 2012

16 Mei 2012 (Rabu): Seperti sekolah-sekolah lain di seluruh Malaysia, SK Binjai Jaya turut menyambut Hari Guru pada pagi ini. Acara dimulakan dengan perhimpunan di tapak perhimpunan. Ucapan disampaikan oleh Ketua Murid SK Binjai Jaya, YDP PIBG SK Binjai Jaya, oleh En. Mohd Yatim bin Paat.
Kemudian diikuti ucapan GPK Kurikulum, En. Shakir bin Mohamed Johar dan Pembacaan Perutusan daripada Pengarah Pelajaran Negeri Selangor oleh Pn. Hajah Hasimah binti Mokhtar.
Acara sukaneka turut diadakan sejurus acara perhimpunan selesai. Antara Acara sukaneka ialah boling padang, perlawanan bola sepak dan perlawanan bola jaring. Sambutan hari guru diteruskan dengan mendengar ucapan secara langsung dari televisyen oleh Timbalan Perdana Menteri.

Friday, May 4, 2012

Pemain Terbaik Ragbi Rimau MSS Selangor 2012

SK Binjai Jaya telah berhasil melahirkan pemain terbaik negeri Selangor. Di Kejohanan Ragbi Rimau MSS Selangor yang berlangsung di SMK Teknik Sepang, Muhamad Nor Azam bin Sulaiman dari Sabak Bernam telah terpilih sebagai pemain terbaik di kejohanan kali ini. Murid Tahun 6 SK Binjai Jaya ini telah terpilih dari kalangan 120 orang yang bermain pada kejohanan kali ini. Unit Kokurikulum SK Binjai Jaya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Azam.