Masih terdapat ralat yang tidak dapat untuk diperbetulkan kerana sebahagian besarnya berkaitan ketiadaan telefon rumah.
Hari ini 6 Julai 2010, seperti yang diarahkan oleh Unit Data SMM PPD Sabak Bernam, aku menghadirkan diri ke Unit Kemanusiaan PPD Sabak Bernam. Sesampai di sana, telah ada 7 , 8 orang guru data dari sekolah lain, di samping JU-JU Daerah juga telah ada.
Alhamdulillah pada penghantaran kali ini tidak banyak masalah terhadap data SK Seri Makmur. Nampaknya Semua JU sudah tidak begitu risau tentang data yang saya hantar. Mungkin mereka telah percaya terhadap hasil kerja saya.
Namun begitu, disket data saya terpaksa dipulangkan semula kerana ada beberapa perkara yang perlu diperbetulkan. Antaranya tentang masalah murid KWAPM yang saya tersalah klik. Di mana JU mahu KWAPM diklik pada bantuan persekolahan, tetapi saya klik pada bantuan AM. Begitu juga tentang wang RMT dan Kokurikulum yang masih kosong. Namun begitu semua masalah tersebut telah dapat saya selesaikan menjelang pukul 11.00 pagi.
Satu hal yang pelik berlaku, apabila sistem semak JU telah mengesan 17 kesilapan pada data saya, namun kesilapan tersebut tidak terdapat pada sistem semak di laptop saya. Kami cuba mencari punca masalah...akhirnya kami mengenal pasti puncanya iaitu program access yang digunakan oleh JU ialah Access 2003 manakala saya menggunakan Access 2007. Itulah sebabnya ada beberapa item yang tidak dapat dikesan sehingga menimbulkan ralat. Mujurlah ketua JU menggunakan Access 2007..dan..segalanya pun selesai.
Apa-apa pun saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan guru SK Seri Makmur...atas bantuan anda...data kita...saya pasti adalah data yang terbaik. Semoga anda semua terus memberi kerja sama kepada saya pada masa hadapan.
...dan bermulalah tugasan saya seterusnya iaitu membuat semakan bagi menghasilkan data yang terkini untuk memudahkan pemilihan murid yang layak mendapat bantuan tahun 2011 dan memasukkan data Tahun 1 2011.
1 comment:
tahniah dah siap...sekolah sy htr pun ade ralat jugak...
Post a Comment