Monday, January 4, 2010

Hari Pertama Yang Meletihkan

Keletihan selepas sehari mengharungi pengalaman pertama persekolahan.

Hari ini merupakan hari pertama anak ketiga saya Muhammad Firdaus menjalani kehidupan sebagai pelajar secara formal. 6.30 pagi dia telah dibangunkan untuk bersiap -siap ke sekolah SRA Ehyaul Fallah.Sesi persekolahan di SRA ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 11.05 pagi...lebih kurang 3 jam.

Balik dari sekolah SRA, dia cuba menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh ustazah... tapi belum sempat siap, saya telah arahkannya untuk mandi dan bersiap untuk ke sekolah kebangsaan pula. Pada pukul 12.15, saya membawanya ke sekolah kebangsaan sekali dengan saya kerana saya mengajar sebelah petang...6.20 petang balik ke rumah..

Walaupun hampir pukul 7.00 petang, dia masih sempat mencapai basikalnya lalu bermain basikal bersama kekawannya. Malam, selepas makan...dia menyiapkan kerja sekolah SRA yang masih belum siap....alhamdulillah dia dapat menyiapkan kerja tersebut.

Dia mengambil buku-buku latihan dan buku teks, dan meminta saya menuliskan namanya pada buku tersebut...saya menunaikan permintaannya...lantas 'on' laptop..lalu mencetak namanya di kertas yang berpelekat...dan apabila siap...saya dapati Muhammad Firdaus dah terbongkang tak sedarkan diri di atas sofa ... nampak sangat letih dan penatnya dia mengharungi hari pertama persekolahan.

Semoga dia akan dapat membiasakan diri dengan situasi dan rutin kehidupan seperti ini....

No comments: