Friday, December 30, 2011

Anak Bungsuku Masuk Darjah Satu


30 November 2011 (Jumaat): Hari ini, anak bungsuku Muhammad Khairul Rasyid telah menjalani Orentasi Tahun 1 di SK Seri Makmur.

Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi telah berakhir pada pukul 11.30 pagi. Murid-murid Tahun 1 di tempatkan di kelas masing-masing manakala ibu bapa pula berkumpul di dewan untuk sesi taklimat daripada pihak pentadbir dan guru Tahun 1.

Sunday, December 25, 2011

Pembelian Buku SK Seri Makmur sesi 2012


Bagi ibu bapa / penjaga SK Seri Makmur yang ingin membeli buku anak-anak bolehlah melakukannya mulai dari 26 Disember 2011 (Isnin) hingga 29 Disember 2011 ( Khamis).

Anda boleh terus membuat pembelian di Dewan SK Seri Makmur. Dengan membeli buku-buku dengan lebih awal, maka proses P & P akan terus dapat dijalankan dengan lancar pada hari pertama persekolahan.

Thursday, December 15, 2011

SBPA: Cuepacs bantah, arah staf kerajaan tidak tandatangan borang opsyen

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.

“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.

Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.

Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.

“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.

Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.

Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.

Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.”

“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.

Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.

“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.

Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.

Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.

Saturday, December 10, 2011

Sifir Gaji Guru Bermula Januari 2012


Ini adalah sifir gaji guru yang saya perolehi daripada FB rakan. Kalau betul boleh ikut, kalau tak betul pun tak de hal lah. Tak rugi apa-apa.

Monday, December 5, 2011

Tarikh Bayaran Gaji Kakitangan AwamTahun 2012

Januari : 16 Januari 2012 (Isnin)

Februari : 23 Februari 2012 (Khamis)

Mac : 22 Mac 2012 (Khamis)

April : 25 April 2012 (Rabu)

Mei : 23 Mei 2012 (Rabu)

Jun : 25 Jun 2012 (Isnin)

Julai : 25 Julai 2012 (Rabu)

Ogos : 13 Ogos 2012 (Isnin)

September : 25 September 2012 (Selasa)

Oktober : 22 Oktober 2012 (Isnin)

November : 6 November 2012 (Selasa)

Disember : 18 Disember 2012 (Selasa)