Monday, April 30, 2012

Meraikan Kejayaan di Restoran Sate Kajang

Bagi meraikan kejayaan Pasukan Ragbi Rimau Sabak Bernam yang telah mencul sebagai johan pada tahun ini, mereka telah dibawa menikmati sate kajang.
Selain daripada jurulatih dan pegawai pengiring, turut serta pada malam itu ialah En. Baharuddin bin Abd Majid, Penolong Penyelia Sukan PPD Sabak Bernam.
Kepuasan dan kekenyangan..alhamdulillah. Selepas itu , mereka dibawa bersantai menikmati keindahan malam di Putrajaya.

Friday, April 27, 2012

Tiga Jejaka Sabak Bernam Menguatkan Team Ragbi Rimau Selangor

Tiga orang pemain ragbi rimau Sabak Bernam bakal memperkuatkan Team Ragbi Rimau Negeri Selangor di Kejohanan Ragbi Rimau MSS Malaysia bertempat di Negeri Sembilan.
Mereka terdiri daripada Muhamad Nor Azam bin Sulaiman dari SK Binjai Jaya, Muhammad Zayat Nurhaziq bin Mohd Adli dari SK Sungai Haji Dorani dan Mohamad Aizal bin Ros Azelan dari SK Seri Utama.
Semoga Team Ragbi Rimau Negeri Selangor akan memperolehi Johan Cup. Berusaha, Berdoa dan Bertawwkal. InsyaAllah Berjaya.

Thursday, April 26, 2012

Ragbi Rimau : Sabak Bernam Juara Peringkat Negeri Selangor 2012

26 April 2012 (Khamis) : Kontinjen Ragbi Rimau Sabak Bernam telah membawa pulang pingat cup apabila muncul sebagai johan cup dalam Kejohanan Ragbi Rimau MSS Selangor 2012.
Kejohanan tersebut berlangsung selama dua hari, bermula 22 - 23 April 2012 di SMK Teknik, Sepang. Sebanyak 10 buah pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.
Dalam perlawanan akhir itu, Sabak Bernam telah berjaya menewaskan pasukan tuan rumah Sepang, dengan try 22 berbalas 15. Di peringkat separuh akhir pula Sabak Bernam menundukkan Gombak dengan try 27 - 20. Pada peringkat suku akhir Sabak Bernam menewaskan Hulu Langat dengan try 27 - 0.
Kehadiran En Baharudin Abd Majid, Penolong Penyelia Sukan PPD Sabak Bernam beberapa minit sebelum perlawanan bermula telah menaikkan semangat kontinjen Sabak Bernam.

Sunday, April 22, 2012

Kontinjen Ragbi Sabak Bernam Bertolak Ke Sepang

22 April 2012 (Ahad) : Lebih kurang pukul 11.15 pagi, Kontinjen Ragbi Rimau Sabak Bernam telah bertolak ke Sepang. Mereka akan menyertai Kejohanan Ragbi Rimau MSS Selangor 2012 yang akan berlangsung di SMK Teknik Sepang. Kejohanan akan berlangsung selama dua hari bermula 23 - 24 April 2012.
Seramai 14 orang pemain telah dibawa. Mereka terdiri daripada empat orang pelajar dari SK Seri Utama, empat orang pelajar SK Pasir Panjang, tiga orang pelajar SK Binjai Jaya, dua orang pelajar SK Parit 13 dan seorang pelajar SK Sungai Haji Dorani. SK Binjai Jaya telah diberi tanggungjawab sebagai pengurus pasukan ragbi ini. Unit Kokurikulum SK Binjai Jaya berharap mereka akan memperoleh kejayaan pada tahun ini.

Saturday, April 21, 2012

Kriket MSS Selangor: Lima Dari SK Binjai Jaya

21 April 2012 (Sabtu): Lima orang murid SK Binjai Jaya telah terpilih untuk mewakili Daerah Sabak Bernam ke Kejohanan Kriket MSS Selangor Tahun 2012. Pada tahun ini, Daerah Klang telah menjadi tuan rumah. Kejohanan akan berlangsung dari 23 April hingga 27 April. Unit Kokurikulum SK Binjai Jaya mengucapkan tahniah kepada kelima-lima murid tersebut. Semoga Sabak Bernam akan memperoleh kejayaan di sana nanti. 1. Muhammad Fazrul Amri bin Mohd Abdullah 2. Muhammad Auza'i Fitri bin Jamaluddin 3. Muhammad Shahnizan bin Samsuddin 4. Muhamad Nor Hamri bin Katemin 5. Muhammad Ariz Shah bin Mohd Halim Shah

Friday, April 20, 2012

Malam Terakhir Team Ragbi Rimau di SK Binjai Jaya


20 April 2012 (Jumaat): Malam terakhir Team Ragbi Rimau yang menetap di Asrama Desa SK Binjai Jaya dijamu dengan hidangan yang disediakan oleh para jurulatih.


Para jurulatih telah membakar ayam, ikan, udang, remis dan kerang sebagai makan malam untuk para pemain.


Suasana agak meriah dengan kehadiran semua jurulatih, warden asrama, tukang masak asrama, adik-adik di bahagian pembersihan dan juga empat orang pengawal keselamatan yang bertugas pada malam tersebut.


Kerjasama yang diberi oleh kalian amat dihargai. SK Binjai Jaya selaku tuan rumah memohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan dan kelemahan.

Thursday, April 19, 2012

Perlawanan Persahabatan Ragbi Rimau Sabak Bernam vs Kuala Selangor


19 April 2012 (Khamis) : Bagi memantapkan lagi pasukan Ragbi Rimau Sabak Bernam, satu inisiatf telah diambil dengan mengadakan perlawanan persahabatan antara pasukan Ragbi Rimau Kuala Selangor dan pasukan Ragbi Rimau Sabak Bernam.

Perlawanan berlangsung di PPD Kuala Selangor. Dalam perlawanan yang diadakan sebanyak empat sesi itu, Sabak Bernam telah berjaya menewaskan Kuala Selangor dalam keempat-empat perlawanan.

Semoga pasukan Ragbi Rimau Sabak Bernam mendapat pengalaman yang berguna bagi mengharungi Kejohanan Ragbi Rimau MSS Selangor yang bakal diadakan pada 23 dan 24 April 2012 di SMK Teknik Sepang.

SK Binjai Jaya yang menjadi pengurus bagi pasukan Sabak Bernam mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jurulatih daerah.

Tuesday, April 17, 2012

SK Binjai Jaya Ketiga Kriket MSSD Sabak Bernam


17 April 2012 (Selasa) : Selepas dua hari mengharungi pertandingan di Kejohanan Kriket MSSD Sabak Bernam 2012, SK Binjai Jaya berjaya memduduki tangga ketiga.

Pertandingan yang dikelolakan oleh SK Sapintas ini telah berlangsung di SBPI Sabak Bernam.

Unit Kokurikulum SK Binjai Jaya merakamkan ucapan tahniah untuk semua pemain dan jurulatih En. Mohd Halim Shah bin Miswan.

Sunday, April 15, 2012

Bermain Boling di MegaLanes Kuala Selangor


15 April 2012 (Ahad) Hari ini Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Binjai Jaya telah berjaya menganjurkan pertandingan boling. Sebanyak 17 pasukan telah bersaing bagi merebut hadiah yang berupa wang tunai dan hamper.

Pertandingan yang bermula pukul 2.30 petang telah berakhir dua jam kemudian. Di samping dapat berhibur, aktiviti ini juga dapat merapatkan lagi hubungan antara kakitangan SK Binjai Jaya.

Tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Kelab Guru di atas usaha ini.

Saturday, April 14, 2012

Bantuan Khas Perdana Menteri Kepada PIBG


13 April 2012 (Jumaat) : Pagi ini bertempat di D'Muara Dorani Resort, Sungai Haji Dorani telah berlangsung Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Khas Perdana Menteri kepada PIBG.

Sebanyak 24 buah PIBG dalam Parlimen Sungai Besar telah menerima sumbangan tersebut. Cek-cek disampaikan kepada YDP PIBG oleh YB Datuk Hajah Noriah binti Kasnon , Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar.

Setiap PIBG menerima sebanyak RM3000.00

Tuesday, April 10, 2012

Kejohanan Bola Sepak MSSD Sabak Bernam 2012


10 April 2012 (Selasa): Bermula semalam 9 April 2012, Kejohanan Bola Sepak MSSD Sabak Bernam 2012 telah membuka tirainya. SK Binjai Jaya turut menghantar Team Bola Sepak ke kejohanan tersebut.

Seramai 18 orang pemain telah berjuang untuk menaikkan nama sekolah. Setelah dua hari turun ke SK Sungai Nibong,Sekinchan akhirnya SK Binjai Jaya akur dengan kehebatan sekolah-sekolah saingannya.

Dalam perebutan tempat ke suku akhir, SK Binjai Jaya gagal menundukkan saingnya apabila tewas kepada SK Sungai Leman. Dengan kedudukan tempat ketiga kumpulan maka berakhirlah cabaran SK Binjai Jaya dalam kejohanan Bola Sepak MSSD Sabak Bernam 2012.

Saturday, April 7, 2012

Gotong - Royong SK Binjai Jaya 2012


7 April 2012 (Sabtu) : Program Gotong -royong telah dijalankan di SK Binjai Jaya. Program yang dirancang oleh PIBG dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid berjaya dilaksanakan dengan teratur dan lancar.

Ibu bapa dan guru-guru dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi melancarkan kerja-kerja yang ingin dilaksanakan.


Menjelang pukul 11.30 pagi, kerja-kerja telah dapat diselesaikan. Tahniah kepada ibu bapa dan guru-guru yang dapat meluangkan masa untuk bersama menjayakan aktiviti ini.

Wednesday, April 4, 2012

Kejohanan Ragbi Rimau MSSD Sabak Bernam 2012


4 April 2012 (Rabu) : SK Binjai Jaya telah dipilih sebagai penganjur Kejohanan Ragbi Rimau MSSD Sabak Bernam 2012. Kejohanan berlangsung selama dua hari iaitu bermula dari 3 April 2012 hingga 4 April 2012.

Sebanyak tujuh pasukan telah menyertai kejohanan tersebut. Perasmian penutup kejohanan disempurnakan oleh YB Dr. Haji Mohamad Khir bin Toyo, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Sungai Panjang.

Pada tahun ini SK Seri Utama telah muncul sebagai johan cup. Naib johan cup disandang oleh SK Pasir Panjang setelah tewas kepada SK Seri Utama pada perlawanan akhir. Bagi tempat ketiga cup dan keempat cup disandang oleh SK Binjai Jaya dan SK Parit 13.

SK Sungai Haji Dorani menjadi johan plate setelah berjaya menewaskan SK Parit 4. Manakala SK Seri Makmur berjaya menjadi johan bowl.

Unit Kokurikulum SK Binjai Jaya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan dan menjayakan kejohanan tersebut.