Friday, June 22, 2012

LADAP: Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti; Prosedur Kualiti

23 Jun 2012 (Sabtu): Pagi ini satu Aktiviti Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)telah dilaksanakan di SK Binjai Jaya. Sebahagian besar guru SK Binjai Jaya telah hadir mengikuti aktiviti ini yang disampaikan oleh En. Shakir bin Mohamed Johar PK Kurikulum SK Binjai Jaya. Guru- guru didedahkan tentang 'Prosedur Kualiti' yang berkaitan dengan Pengurusan Panitia,Pengurusan Jadual Waktu, Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran, Pengurusan Pencerapan, Pengurusan Peperiksaan, Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid, Pengurusan Mesyuarat, Pengurusan Bimbingan, Pengurusan Pusat Sumber,Pengurusan Perkembangan Staf, Pengurusan Aduan Pelanggan, Pengurusan Maklum Balas Pelanggan, Pengurusan Kawalan Dokumen dan Rekod Kualiti, Pengurusan Audit Dalam, Pengurusan Kawalan Perkhidmatan Yang Tidak Akur,Tindakan Pembetulan, Pencegahan dan Penambahabaikan, dan Pengurusan Perolehan. Banyak maklumat yang dapat dikongsi bersama pada pagi ini.

Friday, June 15, 2012

i-Think Accelerator Programme

16 Jun 2012 (Sabtu): Hari ini saya membawa anak ketiga Muhammad Firdaus ke Program i-Think Accelerator yang diadakan di SK Dr. Abdul Latif, Sabak Bernam, Selangor. Di program ini, para pelajar ditunjukkan cara-cara membuat peta minda bagi membuat nota pelajaran. Pelbagai jenis peta minta dipertunjukkan kepada para pelajar yang hadir. Beribu-ribu pelajar dari seluruh sekolah rendah di daerah Sabak Bernam telah diangkut oleh bas-bas yang disewa khas oleh pihak penganjur. Pelbagai hadiah yang menarik juga turut disediakan kepada para pengunjung yang bertuah. Ramai murid-murid yang mendapat ipad, telefon samsung dan peralatan elektrik. Semoga program ini memberi manfaat kepada para pengunjung yang hadir.

Saturday, June 9, 2012

Ragbi MSSM : Selangor Tempat Ke-3

9 Jun 2012 (Sabtu):Selangor mengekalkan rekod 2011, apabila menduduki tempat ke-3 dalam Kejohanan Ragbi MSSM 2012 yang tamat hari ini. Dalam perlawanan menentukan tempat ke-3 pagi tadi, Selangor telah menewaskan Johor dengan try 12 - 10.Johan pada tahun ini disandang oleh Sabah apabila berjaya menewaskan Perak pada perlawanan akhir. Pada peringkat Separuh akhir pula selangor gagal untuk menempatkan diri di perlawanan akhir, apabila tewas di tangan Perak dengan try 22 - 54. Manakala di peringkat suku akhir pula Selangor berjaya menundukkan Kedah dengan try 17 - 12. Selangor berjaya menduduki tempat kedua kumpulan di belakang Kelantan apabila berjaya menewaskan Pulau Pinang 53 - 22 dan menundukkan Perlis 49 - 34. Namun Selangor tewas di tangan Kelantan 5 - 17. Sekalang ucapan tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang terlibat terutama kepada jurulatih Selangor Cikgu Roslan Mohamad dan penolong jurulatih Cikgu Abd Nasri Samsudin yang sanggup berkorban cuti selama dua minggu semata-mata ingin mempastikan Selangor berjaya di peringkat kebangsaan. Begitu juga ucapan tahniah kepada 12 orang pemain yang telah bertungkus-lumus bagi mempastikan kejayaan untuk Selangor.

Thursday, June 7, 2012

Kejohanan Ragbi MSSM 2012

Kejohanan Ragbi MSSM 2012 sedang berlangsung dari 4 Jun 2012 hingga 9 Jun 2012. Pada tahun ini Negeri Sembilan telah menjadi tuan rumah peringkat kebangsaan. Empat orang pemain dari daerah Sabak Bernam turut terpilih mewakili negeri Selangor pada tahun ini. Semoga pasukan ragbi negeri Selangor akan memperolehi kejayaan yang cemerlang pada tahun ini.