Monday, November 29, 2010

Perkembangan Staf- Guru Tahun 1 2011


30 November 2011 Selasa: Guru-guru Tahun 1 SK Seri Makmur mengorak langkah proaktif dengan mengadakan program Perkembangan Staf. Aktiviti ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada semua guru yang bakal mengajar Tahun 1 2011 dengan kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).


Guru-guru yang telah mengikuti kursus yang telah dijalankan sebelum cuti persekolahan baru-baru ini, telah menyampaikan segala dapatan yang mereka perolehi sepanjang mengikuti kursus tersebut. Semua guru Tahun 1 telah hadir ke program yang diadakan di Makmal Komputer 1 SK Seri Makmur ini.


Kurikulum Standard Sekolah Rendah akan mula dilaksanakan kepada murid-murid Tahun 1 sesi persekolahan 2011. Bagi murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6, mereka masih menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (Semakan ) 2003.
Peserta baling kecil turut hadir. Tahniah kepada Pn Nuraini @ Anne Jusfina Jamaluddin, walaupun masih dalam cuti bersalin tetapi turut hadir bagi mendapatkan ilmu tentang KSSR.

Sunday, November 28, 2010

Tahniah Untuk Daus


Dah lama nak postkan ucapan tahniah ni, tapi masa tidak mengizinkan. Saya nak ucapkan tahniah kepada anak ke-3 saya Muhammad Firdaus yang telah berjaya dalam peperiksaan akhir tahunnya. Bukan apa, sekadar nak bagi dia lebih bersemangat dan bermotivasi untuk mengharung pelajaran pada tahun hadapan.

Semoga Daus akan terus belajar dengan bersungguh-sungguh dan berjaya dengan cemerlang pada masa hadapan. Tahun hadapan saingan semakin sengit kerana Daus akan berada di kelas yang pertama. Jadi kenalah belajar dari sekarang ya..



Untuk tahun ini Daus telah mendapat tempat pertama dalam kelasnya. Di samping itu, dia juga telah mendapat hadiah bagi mata pelajaran terbaik iaitu subjek Matematik dan Sains. Tahniah juga kerana mendapat hadiah untuk jawatan Ketua Kelas yang disandangnya.

Semoga Daus akan terus maju jaya di masa hadapan. Rajin dan Usaha tangga kejayaan. ...dan rajin-rajinlah sembahyang dan membaca al-Quran, ya.

Tuesday, November 23, 2010

Analisa UPSR 2010: SK Seri Makmur

Berikut adalah analisa bagi keputusan UPSR SK Seri Makmur 2010:

Bilangan Calon : 190 orang

Bilangan Calon Mendapat 5A : 44 orang

Bilangan Calon Mendapat 4A : 22 orang

Peratus Lulus : 85.79 %

Peratus Lulus Bahasa Melayu Pemahaman : 98.95 %

Peratus Lulus Bahasa Melayu Penulisan : 94.74 %

Peratus Lulus Bahasa Inggeris : 91.58 %

Peratus Lulus Matematik : 92.11 %

Peratus Lulus Sains : 98.95 %

Thursday, November 18, 2010

Hari Kecemerlangan 2010: SK Seri Makmur


16 November 2010; Selasa : SK Seri Makmur, Sungai Besar, Selangor telah mengadakan Hari Kecemerlangan bagi tahun 2010. Majlis ini diadakan di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, Selangor.

Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Masjid Makmuriah Sungai Besar. Diikuti ucapan oleh Guru Besar SK Seri Makmur iaitu Pn. Hjh Hasnah binti Maruan dan diikuti ucapan YDP PIBG SK Seri Makmur, En Halim bin Masri.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Abd Rahman bin Bakri, Ahli Parlimen Sabak Bernam. Kemudian, diikuti acara penyampaian hadiah kepada tokoh-tokoh SK Seri Makmur dan diikuti penyampaian sumbangan kepada 44 orang murid yang berjaya memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR 2010.

Acara salingan merupakan persembahan tarian daripada murid-murid Prasekolah dan nyanyian nasyid oleh murid-murid Tahun 6.

Murid-murid yang mendapat tempat pertama hingga ketiga bagi setiap kelas juga telah mendapat hadiah pada hari ini.

Antara rakaman yang sempat dibuat:
Antara tetamu jemputan.

Tokoh murid tahun 2010,Muhammad Aiman Nazmi bin Idris
Barisan tokoh-tokoh pelajar SK Seri Makmur 2010:Dari Kiri, Tokoh Murid, Muhammad Aiman Nazmi bin Idris,Tokoh Kurikulum (L),Ahmad Dzahin bin Zainol Azmi,Tokoh Kurikulum (P),Nur Izzati binti Md Nazir, Tokoh Kokurikulum,(L)Muhamad Aizat bin Zulaili,Tokoh Kokurikulum (P)Ainur Adina binti Mokhtar,Tokoh Murid Mithali (L) Mohamad Farhan bin Roslan, Tokoh Murid Mithali (P)Nur Hanis Sazana binti Isa Muddin dan Tokoh Murid Pendidikan Khas, Muhamad Ameerul Hakem bin Azmani.
44 orang murid yang mendapat 5A
Penyampian hadiah penghargaan oleh Pengurus Bank Rakyat Cawangan Sungai Besar kepada Guru Besar SK Seri Makmur di atas kejayaan SK Seri Makmur menggondol 9 hadiah Kualiti PPD Sabak Bernam.
Persembahan tarian oleh murid-murid Prasekolah SK Seri Makmur

Persembahan nasyid oleh murid-murid Tahun 6

Monday, November 15, 2010

Karnival Kokurikulum SK Seri Makmur 2010



10.11.2010 , Rabu : Telah berlangsung Karnival Kokurikulum peringkat SK Seri Makmur, Sungai Besar, Selangor. Program ini diadakan selama satu hari, bermula pukul 7.30 pagi.
Program ini diadakan di sekitar kawasan sekolah disertai oleh murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5.

Karnival ini dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan luar bilik darjah kepada semua ahli unit beruniform di sekolah ini. Sikap berdikari dan sentiasa mematuhi disiplin telah dititik beratkan sepanjang aktiviti berlangsung.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah:
Aktiviti Kawad kaki.
Aktiviti Kawad kaki.
Aktiviti Ikatan dan Simpulan.
Aktiviti Memasak.
Aktiviti Mendirikan Khemah.
Aktiviti Pertolongan Cemas

Saturday, November 13, 2010

UPSR 2010: Apa Yang Istimewanya....



Dalam kegembiraan semua warga SK Seri Makmur meraikan kejayaan 44 orang calon 5A dan 22 orang calon 4A dalam UPSR yang lepas, mungkin kita tidak perasan bahawa salah seorang calon UPSR SK Seri Makmur pada tahun ini adalah murid dari Kelas Pendidikan Khas.

Buat pertama kalinya, seorang murid dari Kelas Pendidikan Khas SK Seri Makmur telah didaftar bersama 189 orang calon yang lain untuk menduduki peperiksaan tersebut. Walaupun adik Muhammad Amirul Hakeem bin Azmani adalah murid dari Kelas Pendidikan Khas, tetapi dia telah berjaya lulus dalam peperiksaan tersebut dengan mendapat keputusan 3A, 2B. Tahniah diucapkan kepada Adik Amirul Hakeem di atas kejayaan anda.

Walaupun anda tidak mendapat 5A, namun anda juga menyumbang kepada peningkatan peratus sekolah ini daripada 76 % kepada 85.79 %. Tahniah daripada semua warga SK Seri Makmur. Teruskan usaha anda agar memperolehi kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang.

Wednesday, November 10, 2010

UPSR 2010: 44 Calon Memperolehi 5A


Sekali lagi SK Seri Makmur terus unggul dalam Peperiksaan UPSR. Di mana pada tahun ini seramai 44 orang calonnya telah memperolehi 5A dengan pencapaian 85.79 % yang lulus dalam peperiksaan tersebut.

Sekalung tahniah diucapkan kepada warga SK Seri Makmur di atas usaha gigih anda terutama guru-guru Tahun 6 yang bertungkus-lumus membimbing murid-murid.

Kepada murid-murid yang memperolehi 5A diucapkan tahniah. Bagi yang tidak memperolehi 5A, jangan berputus asa. Perjalanan anda masih jauh. Teruskan usaha anda...pasti kejayaan akan menjadi milik anda suatu hari nanti.
Guru Besar Pn Hjh Hasnah binti Marwan menyampaikan slip keputusan kepada salah seorang pelajar yang memperolehi 5A.
Guru-guru Tahun 6 tersenyum riang...menandakan kepuasan di hati ... hasil usaha selama ini membuahkan hasil.

Senarai murid yang mendapat 5A :

1. Adlina Izzati bt Mohd Ismail
2. Afiqah Hanani bt Kamaruddin
3. Ahmad Dzahin b Zainol Azmi
4. Aiman Haikal b Roslan
5. Ainur Adina bt Mokhtar
6. Cristina Soon Jia Wen
7. Haikal b Aliah
8. Hanis Ilyana bt Abdul Alim
9. Khairunnisa bt Mussari
10.Mohamad Farhan b Roslan
11.Mohamad Shafiq Hilman b Mohamad Sapuan
12.Mohd Idham bin Faizul
13.Muhammad Adib Na'im b Mohamed Mekkah
14.Muhammad Aiman Nazmi b Idris
15.Muhammad Izzul Irfan b Hanif
16.Muhammad Nabil Akmal b Halim
17.Muhammad Nabil b Sabar Adullah
18.Nor Amiera Syafiah bt Shamsul Kamal
19.Nur Anis Sofia bt Khairul Anuar
20.Nur Izzati bt Md Nazir
21.Nur Shafira bt Mohd Sayuti
22.Nurhanis Syazana bt Isa Muddin
23.Nurul Afiqah bt Ahmad Jaffri
24.Nurul Afiqah bt Masdzuki
25.Nurul Ain Nabila bt Ismail
26.Nurul Aufa Hidayah bt Mohamad Rozi
27.Nurul Syahida bt Abd Razak
28.Raihana bt Mohamad
29.Rusydina Aqilah bt Muhammad Rashdan
30.Siti Hawa bt Mohdar
31.Siti Khadijah bt Salihin
32.Tan Yee Voon
33.Tengku Nur'ain Nadia bt Tengku Shaiful Bahril
34.Aida Syahirah bt Suhaimi
35.Intan Nurfairuz bt Mat Daut
36.Mohamad Lokman b Idris
37.Nor Atikah bt Shamsuddin
38.Nurfatini bt Mohd Kamal
39.Nurhazwani bt Abu Seman
40.Nurshyma Asyikin bt Salleh
41.Nursyazwani bt Mohd Azraie
42.A'dlin Shahida bt Shahrul Akhyar
43.Mohamad Jafri b Mohamad Azlan
44.Nur Izzati Husna bt Osra

Sunday, November 7, 2010

Abd Ghafar Mahmud dilantik KP Pelajaran baru


Pengarah Institut Aminuddin Baki Datuk Abdul Ghafar Mahmud dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baru bagi menggantikan Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang bersara wajib semalam.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelantikan itu, yang berkuat kuasa hari ini, adalah selaras dengan peruntukan 144(3) Perlembagaan Persekutuan.

"Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan beliau (Abdul Ghafar) sebagai Ketua Pengarah Pelajaran
Gred Utama Turus III," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata pelantikan itu dibuat berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki Abdul Ghafar dalam bidang pendidikan, pengetahuan selain kompetensinya.
"Saya percaya pengalaman, pengetahuan serta komitmen beliau akan membolehkannya melaksanakan tugas seperti mana yang diperuntukkan oleh Akta Pendidikan 1996," kata Muhyiddin.

Muhyiddin turut merakamkan penghargaan kerajaan terhadap sumbangan Alimuddin sepanjang 34 tahun berkhidmat dalam bidang pendidikan.

Abdul Ghafar, 56, merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari University of East Anglia, Norwich, United Kingdom dan Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya.

Beliau memulakan perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran pada 1 Mei 1977.

Sepanjang perkhidmatannya dalam bidang pendidikan, Abdul Ghafar telah memegang pelbagai jawatan penting termasuk Atase Pendidikan di Jabatan Penuntut Malaysia, Washington, Amerika Syarikat (1989), Pengarah Bahagian Sukan Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran (2007) dan Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran pada 2008.

- Bernama

Friday, November 5, 2010

Hari Kecemerlangan 2010


SK Seri Makmur akan mengadakan Hari Kecemerlangan 2010 pada 16 November 2010 iaitu pada hari Selasa. Majlis ini akan diadakan di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, Selangor. Acara akan bermula pada pukul 8.00 pagi dan dijangka berakhir pada pukul 1230 tengah hari. Majlis akan dirasmikan oleh YB. Datuk Abd. Rahman bin Bakri DMSM, ASA, Ahli Parlimen Sabak Bernam.

Hari Kecemerlangan yang diadakan saban tahun ini adalah bertujuan untuk memupuk minat belajar di kalangan semua pelajar, memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar yang menunjukkan minat dan pencapaian yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum, memberi motivasi kepada semua pelajar sekolah ini agar belajar dengan lebih tekun dan rajin serta memberi penghargaan kepada pengawas, pustakawan, ketua dan penolong kelas serta pembaca doa atas segala khidmat bakti mereka.

Kepada ibu bapa penjaga murid-murid SK Seri Makmur dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini. Semoga segala yang dirancang bagi menjayakan majlis ini akan berjalan dengan licin dan sempurna.

Tentatif Hari Kecemerlangan 2010
7.30 pagi : Kehadiran murid
8.00 pagi : Kehadiran ibu bapa / penjaga murid
8.30 pagi : Ketibaan jemputan khas
8.45 pagi : Bacaan Doa (Ustaz Syamsul Muhaimin bin Abdullah)
9.00 pagi : Ucapan Tuan Guru Besar (Pn Hjh Hasnah binti Marwan)
: Ucapan YDP PIBG SKSM (En. Halim bin Masri)
: Ucapan Perasmian (YB Datuk Abd. Rahman bin Bakri)
9.45 pagi : Penyampaian anugerah pelajar terbaik dan tokoh
Persembahan 1
Penyampaian hadiah Pendidikan Khas
Penyampaian Hadiah Tahun 1
Penyampaian Hadiah Tahun 2
Penyampaian Hadiah Tahun 3
Persembahan 2
Penyampaian Hadiah Tahun 4
Penyampaian Hadiah Tahun 5
Penyampaian Hadiah Tahun 6
12.30 th : Jamuan dan majlis bersurai

Tuesday, November 2, 2010

Data SMM : Penghantaran Terakhir 2010


Menjelang 9 November 2010, saya telah diarahkan untuk menghantar Data SMM SK Seri Makmur kepada JU Data SMM di Pejaat Pelajaran Daerah Sabak Bernam. Itulah rutin saya sebagai guru data SMM.

Penghantaran pada bulan November biasanya merupakan penghantaran terakhir pada setiap tahun. Apa yang saya harapkan, data yang bakal saya hantar nanti tidak menimbulkan sebarang masalah. Harapan saya juga agar tidak ada aplikasi baru yang bakal diberi. Justeru setiap tahun biasanya ada sahaja aplikasi baru di mana sekiranya ada, ia akan menyebabkan saya akan mendapat penambahan kerja. Tambahan pula jika aplikasi Semak baru yang diberi. Sah kerja penyemakan akan menjadi bertimbun.

Apa-apa pun, setakat ini, saya yakin data yang bakal saya hantar amat baik. Jika ada ralat yang timbul, biasanya ralat yang sah...di mana ralat tersebut memang tidak dapat untuk dibetulkan. Bagi JU-JU Data SMM pula, mereka kini tidak lagi begitu runsing dengan Data SMM SK Seri Makmur tetapi mereka lebih runsing dengan data SMM dari beberapa buah sekolah kecil yang didapati datanya begitu banyak mengandungi ralat.

Sebenarnya untuk mendapat sebuah data yang cantik, perlu kepada komitmen yang tinggi. Ditambah dengan minat dan keikhlasan dengan kerja yang diamanahkan. Sesebuah data itu tidak dapat dimurnikan jika hanya dengan mengeluh dan terus mengeluh tanpa berbuat sesuatu. Dua tahun lepas pun saya begitu, sering mengeluh kepenatan dan keletihan menguruskan data ini. Namun dengan bantuan, kerja sama dan dorongan kawan-kawan memberikan saya semangat untuk terus membaiki data sekolah ini. Dan akhirnya data yang terhasil adalah seperti yang ada pada hari ini...InsyaAllah saya yakin data kita adalah antara yang terbaik di daerah ini.

Terima kasih kepada semua yang sering membantu. 'DATA KITA TANGGUNGJAWAB KITA'