Monday, July 29, 2013

Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Ihya Ramadan 2013

29 Julai 2013 (Isnin): Pagi ini telah berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang sempena Program Ihya Ramadan Peringkat SK Binjai Jaya 2013.
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh En. Ahmad bin Mohamad Yatim, Guru Besar SK Binjai Jaya.Tahniah kepada para pemenang dan Panitia Agama Islam yang telah berjaya melaksankan pelbagai aktiviti sempena Program Ihya Ramadan pada tahun ini.

Sunday, July 28, 2013

Majlis Penutupan Minggu Bahasa Inggeris 2013

29 Julai 2013 (Isnin) : Pagi ini telah berlangsung Majlis Penutupan Minggu Bahasa Inggeris Peringkat Sekolah Kebangsaan Binjai Jaya. Majlis disempurnakan oleh En. Ahmad bin Mohamad Yatim, Guru Besar SK Binjai Jaya.
Murid-murid yang berjaya dalam aktiviti yang diadakan sepanjang Minggu Bahasa Inggeris ini telah diberi hadiah masing-masing.

Sunday, July 21, 2013

Pelancaran Program Minggu Bahasa Inggeris 2013

22 Julai 2013 Isnin : Pagi ini telah berlangsung Pelancaran Program Minggu Bahasa Inggeris 2013 peringkat SK Binjai Jaya. Majlis disempurnakan oleh En. Ahmad bin Mohamad Yatim selaku Guru Besar SK Binjai Jaya. Sepanjang seminggu ini pelbagai aktiviti yang berkaiatan dengan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan.
Selesai acara perasmian, telah berlangsung acara 'Action Song Competition' yang dipersembahkan oleh murid-murid Tahap 1. Tahniah diucapkan kepada Panitia Bahasa Inggeris SK Binjai Jaya.

Monday, July 15, 2013

Pelancaran Sambutan Ihya' Ramadan SK Binjai Jaya 2013

15 Julai 2013 (Isnin): Pagi ini telah berlangsung Majlis Pelancaran Ihya' Ramadan Al-Mubarak 2013 peringkat SK Binjai Jaya. Pelancaran disempurnakan oleh En. Ahmad bin Mohamad Yatim, Guru Besar SK Binjai Jaya. Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi mengisi program ihya' Ramadan ini. Semoga segala yang dirancang akan dapat dilaksanakan oleh Panitia Agama Islam SK Binjai Jaya. Tahniah atas usaha ini.

Tuesday, July 9, 2013

Festival Nasyid Asrama Harian Negeri Selangor 2013

Pada 2 Julai 2013 (Selasa) telah berlangsung Festival Nasyid Asrama Harian Selangor peringkat negeri Selangor. Aktiviti tahunan asrama harian ini telah berlangsung di SMK Seksyen 18 Shah Alam.
Asrama Desa SK Binjai Jaya telah menghantar 15 orang peserta bagi menjayakan festival ini. SK injai Jaya telah mendapat tempat ke-5 dalam pertandingan tersebut.
Tahniah buat anak-anak asrama SK Binjai Jaya. Semoga pada masa akan datang kita akan mendapat keputusan yang lebih baik.