Friday, September 23, 2011

Jamuan Hari Raya BERKAT SK Seri Makmur


24 September 2011 (Sabtu): Pagi ini telah berlangsung Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Guru dan Kaki tangan SK Seri Makmur (BERKAT).

Majlis bermula pada pukul 10.00 pagi telah diadakan di kantin sekolah. Semua ahli BERKAT serta keluarga masing-masing telah hadir memeriahkan majlis. Berbagai juadah disediakan untuk santapan tetamu yang hadir.

Majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil dan doa selamat yang diimamkan oleh Ustaz Baharudin Khalid.

Sumbangan daripada BERKAT untuk lima orang ahli yang bakal menunaikan ibadah haji telah disempurnakan oleh pengerusi BERKAT, Cikgu Azman bin Ishak.

Thursday, September 22, 2011

Selamat Bersara Pn. Hajjah Zabedah Jusoh


22 September 2011 (Khamis): Hari ini telah berlangsung Majlis Persaraan Puan Hajjah Zabedah binti Jusoh. Majlis yang bermula pada pukul 3.00 petang ini telah diadakan di Dewan SK Seri Makmur.

Turut hadir di majlis ini ialah Puan Hajjah Fareha binti Yaakob yang mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam.

Beliau telah berkhidmat dalam dunia pendidikan selama 33 tahun.

Kenangan terakhir, sebelum dihantar pulang.

Puan Hajjah Zabedah meninggalkan perkarangan SK Seri Makmur.

Tuesday, September 20, 2011

Bola Sepak Tahun 3 : Perlawanan Akhir


21 September 2011 (Rabu): Pagi ini telah berlangsung perlawanan akhir bola sepak Tahun 3 SK Seri Makmur. Perlawanan diadakan semasa aktiviti kokurikulum. Pasukan Nuri telah berjaya menewaskan pasukan Rajawali.

Sunday, September 11, 2011

Jadual Waktu UPSR 2011

13 September 2011 (Selasa)

8.15 pagi - 9.05 pagi : Bahasa Melayu Pemahaman

9.45 pagi - 11.00 pagi : Bahasa Melayu Penulisan

11.45 pagi - 12.25 tengah hari : Matematik Kertas 2


14 September 2011 (Rabu)

8.15 pagi - 9.15 pagi : Matematik Kertas 1


15 September 2011 (Khamis)

8.15 pagi - 9.30 pagi : Sains

10.15 pagi - 11.05 pagi : Bahasa Inggeris Kertas 1

11.45 pagi - 1.00 tengah hari : Bahasa Inggeris Kertas 2

2.30 petang - 4.00 petang : Ujian Aptitud

Thursday, September 8, 2011

Selamat Berjuang Calon UPSR SK Seri Makmur

13 September 2011 hingga 15 Septemer 2011 (Selasa hingga Khamis), murid-murid Tahun 6 akan menduduki UPSR. Selamat menghadapi Peperiksaan UPSR kepada semua calon dari SK Seri Makmur seramai 217 orang. Semoga anda semua dapat menjawab soalan dengan baik dan seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlang.

Saya juga mengucapkan Selamat Berjuang kepada anak kedua saya iaitu Muhammad Khairul Aiman yang juga akan menduduki UPSR pada tahun ini. Semoga kejayaan akan menjadi milik anda. Usaha Tangga Kejayaan.

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Kali ke-2 2011

8 September 2011 (Khamis): Malam ini telah berlangsung program bacaan Yassin dan solat hajat kali ke-2 untuk murid-murid Tahun 6 SK Seri Makmur.

Program ini yang dilaksanakan di Masjid Makmuriah telah disertai oleh para jemaah yang hadir serta ibu bapa penjaga serta murid-murid Tahun 6.

Majlis dimulakan dengan solat fardhu Maghrib, ikuti bacaan surah Yassin. Selepas solat fardhu Isya, telah dilaksanakan solat hajat khas untuk memohon kejayaan bagi calon-calon UPSR yang bakal menduduki peperiksaan tersebut pada minggu hadapan.

Semoga dengan usaha dan iktiar yang dijalankan ini, diharap semua calon UPSR 2011 akan dipermudahkan semasa menghadapai peperiksaan kelak.

Tuesday, September 6, 2011

Bulan Kecergasan Tahun 3 2011


7 September 2011 (Rabu): Sempena mengisi Aktiviti Bulan Kecergasan, murid-murid Tahun 3 SK Seri Makmur telah mengadakan pertandingan Bola Sepak Mini untuk pelajar lelaki dan Bola Jaring bagi murid-murid perempuan.

Pertandingan yang bermula pada pagi ini sewaktu aktiviti kokurikulum telah dijalankan secara liga. Beberapa siri perlawanan akan dijalankan seterusnya pada waktu yang akan ditentukan.

Kepada semua tenaga kerja yang berjaya melaksanakan aktiviti yang telah berjalan diucapkan terima kasih. Kerja sama anda masih diperlukan untuk perlawanan seterusnya. Para jurulatih...teruskan strategi anda, peluang masih ada untuk mengubah kedudukan...

Monday, September 5, 2011

Program Kepung 2011


5 September 2011 (Isnin): Mulai hari ini 5 September 2011 hingga 9 September 2011, satu program yang dinamakan Program KEPUNG telah dilaksanakan di SK Seri Makmur. Program ini melibatkan murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada minggu hadapan.

Dalam program ini murid-murid akan berbincang tentang kehendak soalan dan cara memberi jawapan yang betul semasa menjawab. Soalan-soalan yang dikutip dari Percubaaan UPSR dari negeri-negeri lain ini dibincangkan antara guru mata pelajaran dan murid-murid yang terlibat.

Program Kepung ini dinamakan sedemikian rupa kerana murid-murid Tahun 6 akan dikepung di kawasan sekolah dari 7.30 pagi hingga pukul 5.30 petang. Program ini telah dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu, dan diharap dapat meningkatkan pencapaian murid - murid dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini.