Wednesday, November 20, 2013

Lompat Si Katak Lompat

18 November 2013 (Isnin): Hari ini saya menghadiri Kursus 1Bestari Frog VLE. Kursus ini dijalankan di Makmal Komputer SK Seri Makmur. Penyampaian yang santai membuatkan ahli kursus tidak tertekan. Sedikit pencerahan berkaitan Vle Frog dan kepentingannya untuk pendidikan masa depan telah dapat digarap. Penerokaan yang lebih amat perlu untuk memahir dan membiasakan diri saya dengan Frog VLE ini. Terima kasih kepada semua penceramah Ustaz Muhid Saian dan Ustaz Mohd Nizam Abdul Samad.

Friday, November 15, 2013

Hari Kualiti Murid SK Binjai Jaya 2013

15 November 2013 (Jumaat): Hari Kualiti Murid SK Binjai Jaya 2013 telah diadakan pada pagi ini.
Majlis yang berlangsung di Dewan Seri Binjai, SK Binjai Jaya ini telah dirasmikan oleh Tuan Muslimin Bin Yahya, Setiausaha Sulit Kanan Ahli Parlimen Sungai Besar bagi mewakili YB Datuk Hajah Noriah binti Kasnon Ahli Parlimen Sungai Besar.
Noramyeera binti Mohd Fitri dari Tahun 6 Amanah telah terpilih sebagai Tokoh Murid SK Binjai Jaya bagi tahun 2013.
Tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya pada tahun ini. Bagi yang kurang berjaya, tingkatkan usaha anda pada masa hadapan.

Thursday, November 14, 2013

Jamuan Akhir Tahun Asrama Desa SK Binjai Jaya 2013

14 November 2013 (Khamis): Malam ini telah diadakan Jamuan Akhir Tahun Asrama Desa SK Binjai Jaya.
Program berlangsung di perkarangan Asrama Lelaki ini dihadiri semua penghuni asrama, para guru SK Binjai Jaya serta ibu bapa murid yang tinggal di asrama.
Turut hadir semua barisan pentadbir dan juga tukang masak kantin asrama.
Program ini merupakan acara tahunan bagi memberi penghargaan terhadap penghuni asrama serta ibu bapa mereka.

Sunday, November 10, 2013

Taklimat Kemasukan Tingkatan 1 2014

11 November 2013 (Isnin): Hari ini telah diadakan taklimat kemasukan ke Tingkatan 1 2014 oleh Tn. Haji Abdul Malek GPK Hal Ehwal Murid SMK Bagan Terap dan Cikgu Khai Ronizam Guru Bimbingan Dan kaunseling SMK Bagan Terap.
Tn. Haji Abdul Malek menerangkan prosedur dan cara pengisian borang-borang yang akn dibawa ke SMK Bagan Terap Pada 31 Disember 2013 nanti.
Murid Tahun 6 tekun mendengar taklimat yang diadakan di Dewan SK Binjai Jaya.

Sunday, November 3, 2013

Hari Keluarga SK Binjai Jaya 2013

Hari Keluarga SK Binjai Jaya pada tahun ini telah diadakan pada 2 dan 3 November 2013. PD Sanctuary Apartment & Training Camp Port Dickson telah dipilih sebagai lokasi hari keluarga pada kali ini.
Berkayak merupakan antara aktiviti yang meninggalkan pengalaman yang paling manis terutama kepada mereka yang buat pertama kali mencubanya.
Bagi anak-anak bermandi-manda di kolam renang merupakan aktiviti yang paling mereka gemari. Semoga ukhwuah antara warga SK Binjai Jaya dapat dieratkan menerusi program seperti ini. Diharap program Hari Keluarga ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Monday, October 28, 2013

Perkhemahan SK Binjai Jaya 2013

27 Oktober 2013 (Ahad): Hari ini merupakan hari terakhir aktiviti Perkhemahan SK Binjai Jaya 2013. Program yang bermula petang 25 Oktober 2013 (Jumaat) itu telah diadakan di Tapak Perkhemahan Pusat Konservasi Hidupan Liar, Sungai Dusun , Hulu Selangor.
Selepas taklimat, murid-murid diarahkan mendirikan khemah masing-masing. Seramai 63 orang pelajar Tahun 6 telah menyertai perkhemahan ini.
Penolong Kem Komandan En Mohd Arif bin Abu Suib menyampaikan taklimat untuk aktiviti dan peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang tiga hari perkhemahan.
Melakukan aktiviti Jungle Treking telah diadakan pada hari kedua perkhemahan. Peserta juga dapat melihat beberapa hidupan liar yang terdapat di pusat konservasi ini seperti buaya dan tapir.
Peserta juga dibawa melawat ke bilik pameran yang terdapat di pusat ini.
Merunut ke dalam hutan pada jam 2 pagi merupakan satu aktiviti yang tidak dapat dilupankan. Hampir semua peserta mengalami pengalaman pertama berjalan dikegelapan malam meredah hutan untuk merasa sendiri pengalaman di dalam hutan pada waktu dini hari. Aktiviti yang berisiko ini dikendalikan oleh 6 orang pegawai perhilitan yang berada di pusat ini.
Malam kebudayaan merupakan aktiviti wajib yang disertai oleh semua peserta. Perbagai persembahan dipertunjukkan. Guru-guru juga tidak ketinggalan menunjukkan bakat masing-masing.
Hari terakhir, peserta didedakan dengan ikhtiar hidup dimana mereka terpaksa memasak telur di dalam tanah dan membakar roti lilit. Perkhemahan kali ini amat berjaya dan memberi pengalaman-pengalaman baru kepada para peserta. Di samping memperolehi ilmu pengetahuan tentang alam semula jadi dan kepentingan memelihara flora dan fauna.

Sunday, October 27, 2013

Kejohanan Bola Sepak Tunas Cemerlang Bank Rakyat 2013

26 Oktober 2013 (Sabtu): Hari ini telah berlangsung Kejohanan Bola Sepak Tunas Cemerlang Bank Rakyat 2013. Pertandingan berlangsung di dua buah padang iaitu Padang SK Seri Utama dan Pandang SK Sekendi. Sebanyak 18 pasukan telah menyertai pertandingan pada tahun ini.
Pasukan SK Seri Makmur telah menjadi johan kumpulan dan seterusnya melangkah ke peringkat separuh akhir. Di peringkat separuh akhir, pasukan SK Seri Makmur telah berjaya menewaskan pasukan SK Panchang Bedena dengan jaringan 2-0.
Tahniah diucapkan kepada SK Sungai Nibong kerana berjaya menjadi johan pada kali ini. Dalam perlawanan akhir, SK Seri Makmur telah ditewaskan oleh SK Sungai Nibong dengan jaringan 2-1. Tahniah juga kepada anakku Muhammad Firdaus yang menjadi salah seorang pemain SK Seri Makmur.

Thursday, October 24, 2013

Kejohanan Futsal Asrama Desa Peringkat Negeri Selangor 2013

24 Oktober 2013 (Khamis): Hari ini telah berlangsung Kejohanan Futsal Asrama Desa Peringkat Negeri Selangor di Seksyen 16, Shah Alam. Pasukan Asrama Desa SK Binjai Jaya telah menghantar pemain pada kali ini.
Pada perlawanan pertama SK Binjai Jaya menewaskan SK Sungai Tengi 2-1, Pada perlawanan kedua SK Binjai Jaya menewaskan SK Dato' Keramat dengan jaringan 4-0, Manakala dalam perlawanan menentang SK Bagan Terap dan SK Asam Jawa, tiada jaringan yang dapat dihasilkan oleh kedua-dua pasukan. Pada akhir pertandingan SK Binjai Jaya telah memperolehi tempat ke-3 keseluruhannya. Tahniah diucapkan kepada semua pemain, jurulatih dan pengiring.

Sunday, October 20, 2013

JOTA 56 Peringkat Kebangsaan 2013

20 Oktober 2013 (Ahad): Sejak semalam, 19 Oktober 2013 telah diadak Jamboree On The Air atau ringkasnya JOTA kali ke-56 peringkat kebangsaan. Bagi negeri Selangor, Jamboree telah diadakan di SK Sungai Haji Dorani, Sungai Besar Selangor.
Alhamdulillah, Jamboree kali ini turut disertai oleh anak ketigaku Muhammad Firdaus. Semoga dia mendapat ilmu dan pengalaman yang berguna sepanjang mengikuti jamboree pada kali ini.

Wednesday, October 9, 2013

Pertandingan Futsal Peringkat Asrama SK Binjai Jaya 2013

9 Oktober 2013 (Rabu): Petang ini telah berlangsung Pertandingan Futsal antara penghuni Asrama Aspura SK Binjai Jaya. Sebanyak lima pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Pertandingan Fusal ini merupakan salah satu daripada aktiviti kokurikulum asrama desa SK Binjai Jaya. Pertandingan ini juga merupakan medan untuk memilih pemain bagi mewakili Asrama SK Binjai Jaya ke Pertandingan Futsal antara Asrama Harian Negeri Selangor yang bakal berlangsung pada 24 Oktober 2013 di Shah Alam.

Thursday, October 3, 2013

Sukan Tahunan SK Binjai Jaya 2013

3 Oktober 2013 (Khamis) : hari ini telah berlangsung Sukan Tahunan SK Binjai Jaya Tahun 2013. Perasmian pembukaan disempunakan oleh En. Mohd Yatim bin Paat, YDP PIBG SK Binjai Jaya.
Pelbagai acara telah dijalankan sepanjang berlangsungnya temasya tersebut. Kehadiran ibu bapa amat menggalakan. Ibu bapa turut serta mengambil acara dalam sukan tersebut.
Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Azhirizan bin Mohamad, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar, mewakili YB Tuan Budiman bin Mohd Zohdi, ADUN Kawasan Sungai Panjang. Rumah Biru telah menjadi juara pada tahun ini, diikuti rumah Kuning, Hijau dan Merah.

Friday, September 20, 2013

Rezeki Hari Ini

20 September 2013 (Jumaat): Alhamdulillah, di pagi Jumaat ini tetiba je datang van ni. Nampaknya adalah rezeki seteguk dua untuk anak-anak muridku menikmati milo percuma. terima kasih syarikat Nestle.

Friday, September 13, 2013

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan SK Binjai Jaya 2013

13 September 2013 (Jumaat): Pagi ini telah berlangsung Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat SK Binjai Jaya. Program penutupan disempurnakan oleh En. Ahmad bin Mohamad Yatim, Guru Besar SK Binjai Jaya.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Kusman bin Abdul Karim. Diikuti ucapan penutupan oleh Tuan Guru Besar, Penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang dalam aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan juga turut disempurnakan. Sebelum Majlis berakhir semua murid dan guru bersama-sama menyanyikan lagu patriotik.

Thursday, September 5, 2013

Majlis Penyampaian Alat Tulis Kepada Calon UPSR 2013 SK Binjai Jaya

2 September 2013 (Isnin): Pagi ini telah berlangsung Majlis Penyampaian Alat Tulis kepada seramai 63 calon UPSR SK Binjai Jaya. Alat Tulis tersebut disumbangkan oleh YB Tuan Budiman bin Mohd Zohdi, ADUN Selangor Kawasan Sungai Panjang. Sebelum menyampaikan sumbangan tersebut, beliau telah mengambil peluang lebih kurang dua puluh minit untuk memberi motivasi kepada calon-calon UPSR tersebut. Pihak warga SK Binjai Jaya dan PIBG SK Binjai Jaya mengucapkan ribuan terima kasih di atas pengumuman YB Tuan Budiman untuk menjadikan SK Binjai Jaya sebagai Anak Angkat DUN Sungai Panjang.

Wednesday, August 28, 2013

Pertandingan Fisyen Pakaian Merdeka SK Binjai Jaya 2013

28 Ogos 2013 (Rabu) : Sempena nak menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan yang ke-56 ni, Unit Kokurikulum SK Binjai Jaya telah mengadakan Pertandingan Fisyen Pakaian Merdeka pada sesi kokurikulum pada petang Rabu.
Seronok juga melihat murid-murid menyediakan peserta dan memperagakan pakaian yang telah siap dipakaikan.
Apa-apa pun yang pentingnya penerapan semangat patriotik tu yang diutamakan.

Tuesday, August 27, 2013

Jamuan Aidil Fitri Peringkat SK Binjai Jaya 2013

27 Ogos 2013 (Selasa): Tengah hari ini telah berlangsung Jamuan Aidil Fitri Peringkat SK Binjai Jaya.
Semua guru dan kakitangan SK Binjai Jaya menikmati juadah yang disediakan oleh Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan. Alhamdulillah...kenyang.

Monday, August 19, 2013

Karnival Pendidikan Sains Teknologi (KASTEK) 2013

19 Ogos 2013 (Isnin): Hari ini telah berlangsung karnival Pendidikan Sains Teknologi (KASTEK) 2013 Peringkat Daerah Sabak Bernam bertempat di SMKA Simpang Lima. SK Binjai Jaya telah menghantar dua orang wakil ke karnival tersebut. Tahniah diucapkan keran wakil SK Binjai Jaya telah mendapat tempat pertama dalam aktiviti Sainstis Muda dan seterusnya mewakili Daerah Sabak Bernam ke Karnival Peringkat Negeri yang akan berlangsung pada 22 Ogos 2013 di SMK Dato' Harun Tanjung Karang, Selangor.

Friday, August 2, 2013

Majlis Persaraan Tuan Haji Nordin bin Daud

2 Ogos 2013 (Jumaat) : Pada pukul 11.00 pagi telah berlangsung Majlis Meraikan Persaraan Tuan Haji Nordin bin Daud salah seorang tenaga pengajar di SK Binjai Jaya. En.Mohd Soom bin Zahlan telah hadir bagi mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam.
SK Binjai Jaya amat terasa dengan persaraan ini kerana Cikgu Nordin merupakan seorang yang begitu tinggi komitmennya terhadap bidang pendidikan.
Semasa melangkah pulang, murid-murid turut bersalaman dengan beliau.
Tepat pukul 12.00 tengah hari Tuan Haji Nordin bin Daud merakamkan kad peragam waktu sebagai tanda berakhirnya khidmat beliau sebagai seorang pendidik selama 36 tahun. Semoga beliau terus maju jaya pada masa hadapan.