Wednesday, November 20, 2013

Lompat Si Katak Lompat

18 November 2013 (Isnin): Hari ini saya menghadiri Kursus 1Bestari Frog VLE. Kursus ini dijalankan di Makmal Komputer SK Seri Makmur. Penyampaian yang santai membuatkan ahli kursus tidak tertekan. Sedikit pencerahan berkaitan Vle Frog dan kepentingannya untuk pendidikan masa depan telah dapat digarap. Penerokaan yang lebih amat perlu untuk memahir dan membiasakan diri saya dengan Frog VLE ini. Terima kasih kepada semua penceramah Ustaz Muhid Saian dan Ustaz Mohd Nizam Abdul Samad.

Friday, November 15, 2013

Hari Kualiti Murid SK Binjai Jaya 2013

15 November 2013 (Jumaat): Hari Kualiti Murid SK Binjai Jaya 2013 telah diadakan pada pagi ini.
Majlis yang berlangsung di Dewan Seri Binjai, SK Binjai Jaya ini telah dirasmikan oleh Tuan Muslimin Bin Yahya, Setiausaha Sulit Kanan Ahli Parlimen Sungai Besar bagi mewakili YB Datuk Hajah Noriah binti Kasnon Ahli Parlimen Sungai Besar.
Noramyeera binti Mohd Fitri dari Tahun 6 Amanah telah terpilih sebagai Tokoh Murid SK Binjai Jaya bagi tahun 2013.
Tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya pada tahun ini. Bagi yang kurang berjaya, tingkatkan usaha anda pada masa hadapan.

Thursday, November 14, 2013

Jamuan Akhir Tahun Asrama Desa SK Binjai Jaya 2013

14 November 2013 (Khamis): Malam ini telah diadakan Jamuan Akhir Tahun Asrama Desa SK Binjai Jaya.
Program berlangsung di perkarangan Asrama Lelaki ini dihadiri semua penghuni asrama, para guru SK Binjai Jaya serta ibu bapa murid yang tinggal di asrama.
Turut hadir semua barisan pentadbir dan juga tukang masak kantin asrama.
Program ini merupakan acara tahunan bagi memberi penghargaan terhadap penghuni asrama serta ibu bapa mereka.

Sunday, November 10, 2013

Taklimat Kemasukan Tingkatan 1 2014

11 November 2013 (Isnin): Hari ini telah diadakan taklimat kemasukan ke Tingkatan 1 2014 oleh Tn. Haji Abdul Malek GPK Hal Ehwal Murid SMK Bagan Terap dan Cikgu Khai Ronizam Guru Bimbingan Dan kaunseling SMK Bagan Terap.
Tn. Haji Abdul Malek menerangkan prosedur dan cara pengisian borang-borang yang akn dibawa ke SMK Bagan Terap Pada 31 Disember 2013 nanti.
Murid Tahun 6 tekun mendengar taklimat yang diadakan di Dewan SK Binjai Jaya.

Sunday, November 3, 2013

Hari Keluarga SK Binjai Jaya 2013

Hari Keluarga SK Binjai Jaya pada tahun ini telah diadakan pada 2 dan 3 November 2013. PD Sanctuary Apartment & Training Camp Port Dickson telah dipilih sebagai lokasi hari keluarga pada kali ini.
Berkayak merupakan antara aktiviti yang meninggalkan pengalaman yang paling manis terutama kepada mereka yang buat pertama kali mencubanya.
Bagi anak-anak bermandi-manda di kolam renang merupakan aktiviti yang paling mereka gemari. Semoga ukhwuah antara warga SK Binjai Jaya dapat dieratkan menerusi program seperti ini. Diharap program Hari Keluarga ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.