Saturday, March 30, 2013

Kejohanan Ragbi MSSM - Selangor Teempat Ke-3

30 Mac 2013 (Sabtu) : Pagi ini telah berlangsung Kejohanan Ragbi MSSM bagi menentukan kedudukan tempat ke-3 dan ke-4 di antara Pasukan Negeri Selangor menentang Pasukan Negeri Melaka. Kejohanan yang berlangsung di Ipoh, Perak ini menyaksikan Selangor mengekalkan kedudukan tahun lepas, apabila menduduki tempat ke-3 selepas berjaya menewaskan negeri Melaka dengan try 25 - 17. Kejohanan yang bermula pada 25 Mac 2013 berakhir pada 30 Mac 2013. Selangor memulakan misi pada tahun ini dengan menewaskan Kelantan 80 -10 pada perlawanan pertama. Pada perlawanan kedua pula Selangor telah menewaskan Perlis 42 - 5 seterusnya menewaskan Negeri Sembilan 55 - 10. Pada Peringkat suku akhir Selangor berjaya menundukkan Johan 2012 Sabah 40 - 5. Namun langkah selangor disekat di peringkat separuh akhir apabila tunduk kepada pasukan Johor 20 - 22. Tahniah kepada semua pemain dan pengurusan pasukan Selangor lebih-lebih lagi kepada 4 pemain dari daerah Sabak Bernam. Semoga Selangor akan lebih cemerlang pada masa akan datang.

Monday, March 18, 2013

Kejohanan Olahraga MSSD Sabak Bernam 2013

18 Mac 2013 (Isnin): Hari ini telah berlansung Kejohanan Olahraga MSSD Sabak Bernam. Pertandingan berlangsung di Mini Stadium Sabak Bernam. SK Binjai Jaya turut menghantar 10 orang pelajar bagi menyertai pertandingan tersebut. Semoga mereka akan bertanding bersungguh-sungguh dan membawa pulang pingat pada tahun ini.