Tuesday, August 31, 2010

Ramadan Mula Merangkak Pergi...

Marilah kita sama-sama menyemarakkan ibadah pada 10 terakhir Ramadan...

1. Menghidupkan malam-malam 10 terakhir Ramadan dengan ibadah.

2. Mengejutkan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah menghidupkan malam-malam tersebut.

3. Mengikat tali pinggang (tidak bersama isteri). Diriwayatkan daripada A'isyah r.a yang maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w., apabila tiba sepuluh terakhir (Ramadan) baginda akan menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya dan mengikat tali pinggangnya (tidak bersama isteri). (Riwayat Bukhari dan Muslim).

4. Mandi antara Maghrib dan Isyak dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah dan wangi-wangian, terutama pada malam-malam ganjil.

5. Berusaha bersungguh-sungguh agar dikurniakan 'Lailatul Qadar'. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."

6. Melakukan iktikaf di masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya : "Biasanya Nabi s.a.w. beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadan."

7. Membayar zakat fitrah, zakat harta dan zakat pendapatan.

8. Memperbanyakkan sedekah.



Tanda-tanda Lailatul Qadar

Diterangkan di dalam sebuah hadis, antara tanda-tandanya ialah:

1. Udara pada malam itu amat nyaman, tidak panas dan tidak terlalu sejuk.

2. Terbit matahari pada pagi esok harinya dalam keadaan putih bersih, bagaikan bulan purnama, sinarannya lembut dan tidak terik.

3. Tidak terasa kepanasan pada siang harinya, walaupun matahari sangat cerah dan terang-benderang.


Hikmah Disembunyikan Lailatul Qadar

1. Supaya kita berusaha untuk mendapatkannya.

2. Supaya kita berusaha meningkatkan ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadan.

3. Memperbanyakkan doa untuk memperolehinya.


Adab Mengakhiri Ramadan & Menyambut Eidul Fitri

1. Allah menyuruh kita agar mengiktiraf akan kebesaran-Nya dengan mengucapkan 'Takbir' pada malam Eidul Fitri dengan gema yang mampu menggemparkan para syaitan.

2. Allah menyuruh kita mensyukuri segala nikmat-Nya dengan bertahmid dan berzikir.

3. Allah menyuruh kita supaya memohon keampunan dengan beristigfar.

4. Allah memerintahkan kita supaya mengeluarkan 'Sadaqatul Fitri' (membayar zakat fitrah).

5. Keluar beramai-ramai untuk menunaikan Solat Eidul Fitri dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan.

6. Bertemu, beramah mesra dan bermaaf-maafan sesama muslimin.

7. Menziarahi kubur dan memohon keampunan untuk ahli-ahlinya.

8. Kunjung-mengunjungi dan ziarah-menziarahi untuk mengeratkan silaturrahim.

Friday, August 27, 2010

Selamat Hari Kebangsaan ke-53


Pada hari Selasa bersamaan 31 Ogos 2010 kita akan menyambut Ulangtahun Hari Kemerdekaan yang ke-53. Ini bermakna sudah 53 tahun negara kita bebas daripada cengkaman penjajah.
Walaupun sambutannya akan dibuat dalam bulan Ramadan, diharap ia dapat disambut dengan penuh semangat.

Bagi generasi baru, semoga anda dapat menghayati erti kemerdekaan ini dengan penuh makna dan keinsafan. Dan... jagalah kemerdekaan ini sebaik-baiknya kerana bukan mudah untuk mencapai kemerdekaan kerana ia memerlukan jalan yang berliku dan penuh berduri.

Akhirnya, diucapkan...SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN YANG KE - 53...MERDEKA !, MERDEKA !....MERDEKA!

Thursday, August 19, 2010

Aktiviti MEAPA Hari Ke-2.



18.8.2010 (Rabu) : Hari kedua aktiviti untuk peserta MAEPA difokuskan kepada meninjau perjalanan P&P. Selepas selesai upcara pelancaran Penghayatan Bulan Kemerdekaan, para peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diiringi ke bilik-bilik darjah untuk melihat perjalanan proses P&P.
Tahun 4 Delima

Tahun 4 Nilam
Tahun 4 Kecubung
Literasi Komputer Kelas Pendidikan Khas


Tahun 4 Topaz. P&P Berbantu Komputer


Tahun 4 Zamrud, Makmal Sains

Prasekolah

Kelas Pendidikan Khas


Gambar Kenangan

Wednesday, August 18, 2010

Pelancaran Penghayatan Bulan Kemerdekaan


18.8.2010 (Rabu):Pagi ini SK Seri Makmur telah melaksanakan Pelancaran Penghayatan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Satu perhimpunan khas telah diadakan pada pukul 7.30 pagi.

Majlis Pelancaran Penghayatan Bulan Kemerdekaan ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Seri Makmur, Pn Hjh Hasnah binti Maruan. Atur cara diisi dengan nyanyian lagu patrotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Seorang pelajar Tahun 4 Zamrud telah mendeklamasi sebuah sajak yang bertemakan tentang kemerdekaan.

Majlis ini turut disertai oleh semua peserta dari Institut Perguruan Afghanistan sempena lawatan mereka pada hari kedua. Seawal 7.00 pagi mereka telah berada di perkarangan sekolah untuk melihat dengan lebih dekat dan mengalami sendiri pengalaman persekolahan dari mula hingga ke akhir persekolahan hari ini.

Dengan kempen penghayatan bulan kemerdekaan ini, diharap semua warga SK Seri Makmur akan dapat bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dan menanamkan sifat sayang akan negara Malaysia.

Lensa di sepanjang majlis berlangsung:

Murid-murid menyanyikan lagu patrotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang.
Seorang pelajar sedang mendeklamasikan sebuah sajak.

Perasmian disempurnakan oleh Tuan Guru Besar Pn. Hjh Hasnah binti Maruan
Para Pensyarah dari Institut Perguruan Afghanistan turut serta menimba pengalaman melalui aktiviti ini.
Peserta wanita dari Institut Perguruan Afghanistan.

Semoga program ini memberi makna kepada anda untuk dibawa pulang ke Afghanistan.

Tuesday, August 17, 2010

Dari Afghanistan ke SK Seri Makmur


17.8.2010 (Selasa): Penantian warga SK Seri Makmur akhirnya terlerai apabila lebih kurang pukul 2.30 petang bas yang membawa 30 orang guru dari Maktab Perguruan Afghanistan tiba di pintu pagar sekolah. 30 orang pelatih 14 minggu dari IPG Bahasa Antarabangsa ini dalam rangka lawatan ke dua buah sekolah di daerah Sabak Bernam. Bagi sekolah menengah SAM Sungai Haji Dorani menjadi pilihan manakala bagi sekolah rendah pula SK Seri Makmur diberi tanggungjawab menerima kedatangan tetamu dari negara yang bergolak itu.

Selama tiga hari mereka akan menimba ilmu dari dua buah sekolah pilihan ini. Demi meraikan kehadiran tetamu istimewa ini, sambutan mengikut adat Melayu telah diatur. Taburan bunga rampai disempurnakan oleh anak-anak dari kelas PraSekolah. Sambil murid-murid Tahun 6 menyemat bunga rozek di baju tetamu, suasana dimeriahkan dengan paluan kompang yang dibawa khas dari SMK Sungai Besar.

Kemudian, para tetamu diarak dengan bunga manggar dan bunga telur ke Pusat ICT SK Seri Makmur. Sepanjang perjalanan ke Pusat ICT, berkumandang alunan selawat ke atas Junjung Besar Nabi Muhamad saw daripada murid-murid Tahun 6.

Di Pusat ICT, semua tetamu diberi taklimat tentang Profil SK Seri Makmur. Sepanjang taklimat, dua orang penterjemah bergilir-gilir menterjemahkan segala maklumat ke dalam bahasa Afghanistan.

Semoga segala ilmu yang diperolehi oleh mereka akan dapat diaplikasikan di negara mereka. Doa kita biarlah kanak-kanak Afghanistan akan mendapat menuntut ilmu sebagai mana anak-anak kita di negara yang tercinta ini. Besok mereka akan dibawa melihat P&P dilaksanakan di bilik darjah. Kepada rakan-rakan yang bakal dilawati ...he..he.. jangan tak boleh tidur pula malam ini.

Marilah kita lihat wajah - wajah Afghanistan ini:


Murid Prasekolah menanti kehadiran para tetamu.
Ketibaan bas yang membawa peserta MAEPA ke pintu pagar sekolah.
Buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke bumi Seri Makmur.
Para tetamu dipersilakan masuk ke kawasan sekolah oleh GPK HEM Pn Hjh Noraini Yaakob.


Para pelajar menyematkan bunga rozek kepada para tetamu.
Paluan kompang oleh murid-murid dari SMK Sungai Besar memeriahkan suasana.

Para tetamu diiringi ke Pusat ICT.

Kyusuk mendengar taklimat berkaitan SK Seri Makmur. Dua orang penterjemah bergilir menterjemahkan maklumat ke bahasa Afghanistan.
Guru Besar SK Seri Makmur, Pn. Hjh Hasnah Maruan bersama pensyarah dari IPG Kampus Bahasa Antarabangsa dan IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi.

Friday, August 13, 2010

Welcome Peserta MAEPA ke SK Seri Makmur

Malaysia Australia Education Project For Afghanistan (MAEPA)
Pengalaman Berasaskan Sekolah (School Based Experience –SBE)
17, 18, dan 19 Ogos 2010 (Selasa-Khamis)

Kerjasama tiga hala di antara tiga Negara, Malaysia, Australia dan Afghanistan untuk program pendidikan guru-guru Afghanistan telah dipersetujui oleh kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan Australia pada 10 Julai 2008. Usaha ini yang dikenali sebagai MAEPA, (Malaysia Australia Education Project for Afghanistan) adalah di bawah kelolaan Kementerian Luar Malaysia (MOFA)

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA), telah dipilih untuk mengendalikan program MAEPA, buat kali keduanya selama 14 minggu bermula 5 Julai hingga 8 Oktober 2010. Di sini, peserta MAEPA akan diberi pendedahan mengenai teori-teori pedagogi, pembelajaran dan pengajaran di kampus IPGKBA. Mereka juga dibawa ke IPGKPI (Institut Pendidikan Guru Kampus Pengajian Islam, Bangi) untuk teori pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran pendidikan Islam setiap hari Jumaat sepanjang program MAEPA berlangsung.

Program ini disediakan khas untuk 30 Jurulatih Utama (Master Teacher Trainer) dan dibantu oleh 3 penterjemah dari Afghanistan yang bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan pembangunan professional kejurulatihan pendidikan guru-guru Afghanistan.

Dalam merelisasikan objektif MAEPA ini, kurikulum mkhas digubah yang mengambil kira keperluan khusus guru-guru untuk pembangunan pelajaran dan pengajaran dalam sistem pendidikan Afghanistan di mana melibatkan 41 tenaga pengajar IPGKBA dan IPGKPI.

Antara aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah lawatan ke sekolah-sekolah untuk mempelajari sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah, di samping lawatan social yang bertujuan untuk mendedahkan para peserta program kepada sejarah dan perkembangan ekonomi di negara kita. Bagi tujuan ini, pihak IPGKBA juga bekerjasama dengan bahagian-bahagian lain di Kementerian Peelajaran Malaysia untuk memastikan program ini berjalan lancar.

Terkini, Program Pengalaman Berasaskan Sekolah atau School Based Experience (SBE) akan diadakan pada 17, 18, dan 19 Ogos 2010 bertempat di SAM Sungai Hj Dorani dan SK Seri Makmur di Sungai Besar, Selangor. Aktiviti ini menyediakan ruang untuk peserta program ‘turun padang’ merasai pengalaman persekolahan di Malaysia secara amnya. Pada masa yang sama ianya juga member peluang para peserta menghubungkaitkan teori pedagogi dalam konteks sebenar situasi bilik darjah di samping membina pengetahuan, membuat perbandingan secara kritis tentang pengajaran pembelajaran di sekolah, sama ada di Malaysia ataupun di Afghanistan.

33 peserta MAEPA dan 4 pegawai Jawatankuasa aktiviti MAEPA akan menginap di Resort D’Muara Sungai Hj Dorani sepanjang program SBE berlangsung.

Senarai nama peserta MAEPA dari Institut Perguruan Afghanistan:

1.Abdul Wajid Sherzy
2.Amanuddin Fayiq
3.Hayatullah Moradi
4.Hedayatullah Majeed
5.Mahmood Mahbobi
6.Mohamad Anwar Ghafari
7.Masoud Shahid
8.Obaidullah Abed
9.Sharafuddin Athari
10.Durkhanai Mohamadzai Adam
11.Haseena Suliman
12.Regeena Jafari
13.Rugul Farhat
14.Shakiba Wasifi
15.Soma Saleh
16.Storai Baakhtari
17.Uzla Ahmady
18.Abdul Latif Hamdard
19.Allah Mohammad Behzad
20.Asadullah Azizi
21.Batoor Qachmas
22.Hayauddin Ihsas
23.Mohammad Qayyum Bahir
24.Muhammad Naim Masom
25.Ziaul Haq Mirzai
26.Ramzia Sadiqi
27.Sethoda Rostaqi
28.Ahmad Wali Faizi
29.Mohammad Sharif Mones
30.Shawali Roshan
31.Mohammad Qahir Arian – penterjemah
32.Nabila Barkzai – penterjemah
33.shafiqullah Yosafzai – penterjemah
34.Shamsul Shah Tarjo – Pegawai Bahagian Pendidikan Islam KPM
35.Pn. Asiah Pariekutty – Pensyarah IPG KBA
36.Pn. Junainah Abdon – Pensyarah IPGKBA
37.Pn. Rozita Md. Noh – Pensyarah IPGKPI
38.Sharul Khuzaini Kasim – Pegawai GRM Internasional

Monday, August 9, 2010

Kemporee Pengakap Daerah dan JOTA Asia Pasifik ke-6


Kemporee Pengakap Daerah PPM Sungai Besar, PPM Sabak Bernam dan JOTA Asia Pasifik Ke-6 telah berlangsung dari 6 Ogos 2010 hingga 8 Ogos 2010. Program ini diadakan di Tapak Perkhemahan Seri Lang, SBPI Sabak Bernam, Selangor.

Sebanyak 16 buah sekolah telah menyertai kemporee kali ini. Seramai lebih kurang 165 orang ahli pengakap kanak-kanak, pengakap muda, pengakap remaja, pengakap kelana serta pemimpin telah terlibat menjayakan kemporee kali ini. Ahli-ahli pengakap juga didedahkan dengan Jamboree On The Air (JOTA) peringkat Asia Pasifik ke-6 yang turut berlangsung pada tarikh yang sama.

Kemporee pada kali ini berjalan dengan lancar. Keadaan cuaca yang baik menjadikan program yang diatur berjalan dengan lancar. Bantuan daripada Pengakap Kelana menambahkan lagi kelancaran kemporee pada kali ini. Semoga semua peserta kemporee memperolehi ilmu kepengakapan dan menambah pengalaman berdikari selama tiga hari.

Mari kita lihat aktiviti yang sempat diklik:
SK Seri Makmur menghantar 15 orang ahli pengakap dan dua orang pemimpin. Kelihatan mereka sedang mendirikan khemah sejurus tiba di tapak perkhemahan.
Malam pertama diisi dengan program ceramah yang bertajuk 'Jenayah dan Ancaman Gejala Sosial Masa Kini' telah disampaikan oleh Sarjan Mohd Noor Izhar.
Bermain permainan tradisional 'Congkak'
Aktiviti mencari dan mengesan punca isyarat gelombang dari peralatan yang disemunyikan dalam aktiviti JOTA.
Latihan membuat ikatan untuk mendirikan gadjet
Mencuba membuat ikatan 'simpul pencuri' semasa aktiviti simpulan dan ikatan.
Membuat isyarat daripada butir-butir batu.
Latihan iembuat balutan anduh semasa sesi pertolongan cemas
Cuba menghubungi rakan -rakan dari luar negara melalui radio amatur sempena JOTA Asia Pasifik ke - 6.
Hidangan istimewa malam terakhir dinikmati bersama oleh semua ahli perkhemahan.
Persembahan dari SK Seri Makmur di malam kebudayaan
Sedang menikmati sarapan di hari terakhir perkhemahan
Khusyuk mendengar ucapan di majlis penutup.
Perasmian penutup perkhemahan disempurnakan oleh En. Zakiudin bin Abdul Hamid mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam.