Wednesday, August 4, 2010

Program Pengungsian Bangunan Sesi Petang


4 Ogos 2010 : Petang ini telah berlangsung Program Latihan Kebakaran bagi sesi petang SK Seri Makmur. Tepat pukul 4.30 petang, loceng kecemasan dibunyikan. Tanpa membuang masa, semua murid bergerak menuju ke padang.
Program pada petang ini berjaya mencapai matlamatnya walaupun tanpa kehadiran jentera bomba. Semua murid dapat dikumpulkan di padang sekolah dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga SK Seri Makmur sesi petang.



No comments: