Tuesday, August 17, 2010

Dari Afghanistan ke SK Seri Makmur


17.8.2010 (Selasa): Penantian warga SK Seri Makmur akhirnya terlerai apabila lebih kurang pukul 2.30 petang bas yang membawa 30 orang guru dari Maktab Perguruan Afghanistan tiba di pintu pagar sekolah. 30 orang pelatih 14 minggu dari IPG Bahasa Antarabangsa ini dalam rangka lawatan ke dua buah sekolah di daerah Sabak Bernam. Bagi sekolah menengah SAM Sungai Haji Dorani menjadi pilihan manakala bagi sekolah rendah pula SK Seri Makmur diberi tanggungjawab menerima kedatangan tetamu dari negara yang bergolak itu.

Selama tiga hari mereka akan menimba ilmu dari dua buah sekolah pilihan ini. Demi meraikan kehadiran tetamu istimewa ini, sambutan mengikut adat Melayu telah diatur. Taburan bunga rampai disempurnakan oleh anak-anak dari kelas PraSekolah. Sambil murid-murid Tahun 6 menyemat bunga rozek di baju tetamu, suasana dimeriahkan dengan paluan kompang yang dibawa khas dari SMK Sungai Besar.

Kemudian, para tetamu diarak dengan bunga manggar dan bunga telur ke Pusat ICT SK Seri Makmur. Sepanjang perjalanan ke Pusat ICT, berkumandang alunan selawat ke atas Junjung Besar Nabi Muhamad saw daripada murid-murid Tahun 6.

Di Pusat ICT, semua tetamu diberi taklimat tentang Profil SK Seri Makmur. Sepanjang taklimat, dua orang penterjemah bergilir-gilir menterjemahkan segala maklumat ke dalam bahasa Afghanistan.

Semoga segala ilmu yang diperolehi oleh mereka akan dapat diaplikasikan di negara mereka. Doa kita biarlah kanak-kanak Afghanistan akan mendapat menuntut ilmu sebagai mana anak-anak kita di negara yang tercinta ini. Besok mereka akan dibawa melihat P&P dilaksanakan di bilik darjah. Kepada rakan-rakan yang bakal dilawati ...he..he.. jangan tak boleh tidur pula malam ini.

Marilah kita lihat wajah - wajah Afghanistan ini:


Murid Prasekolah menanti kehadiran para tetamu.
Ketibaan bas yang membawa peserta MAEPA ke pintu pagar sekolah.
Buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke bumi Seri Makmur.
Para tetamu dipersilakan masuk ke kawasan sekolah oleh GPK HEM Pn Hjh Noraini Yaakob.


Para pelajar menyematkan bunga rozek kepada para tetamu.
Paluan kompang oleh murid-murid dari SMK Sungai Besar memeriahkan suasana.

Para tetamu diiringi ke Pusat ICT.

Kyusuk mendengar taklimat berkaitan SK Seri Makmur. Dua orang penterjemah bergilir menterjemahkan maklumat ke bahasa Afghanistan.
Guru Besar SK Seri Makmur, Pn. Hjh Hasnah Maruan bersama pensyarah dari IPG Kampus Bahasa Antarabangsa dan IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi.

No comments: