Wednesday, August 18, 2010

Pelancaran Penghayatan Bulan Kemerdekaan


18.8.2010 (Rabu):Pagi ini SK Seri Makmur telah melaksanakan Pelancaran Penghayatan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Satu perhimpunan khas telah diadakan pada pukul 7.30 pagi.

Majlis Pelancaran Penghayatan Bulan Kemerdekaan ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Seri Makmur, Pn Hjh Hasnah binti Maruan. Atur cara diisi dengan nyanyian lagu patrotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Seorang pelajar Tahun 4 Zamrud telah mendeklamasi sebuah sajak yang bertemakan tentang kemerdekaan.

Majlis ini turut disertai oleh semua peserta dari Institut Perguruan Afghanistan sempena lawatan mereka pada hari kedua. Seawal 7.00 pagi mereka telah berada di perkarangan sekolah untuk melihat dengan lebih dekat dan mengalami sendiri pengalaman persekolahan dari mula hingga ke akhir persekolahan hari ini.

Dengan kempen penghayatan bulan kemerdekaan ini, diharap semua warga SK Seri Makmur akan dapat bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dan menanamkan sifat sayang akan negara Malaysia.

Lensa di sepanjang majlis berlangsung:

Murid-murid menyanyikan lagu patrotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang.
Seorang pelajar sedang mendeklamasikan sebuah sajak.

Perasmian disempurnakan oleh Tuan Guru Besar Pn. Hjh Hasnah binti Maruan
Para Pensyarah dari Institut Perguruan Afghanistan turut serta menimba pengalaman melalui aktiviti ini.
Peserta wanita dari Institut Perguruan Afghanistan.

Semoga program ini memberi makna kepada anda untuk dibawa pulang ke Afghanistan.

No comments: