Monday, August 9, 2010

Kemporee Pengakap Daerah dan JOTA Asia Pasifik ke-6


Kemporee Pengakap Daerah PPM Sungai Besar, PPM Sabak Bernam dan JOTA Asia Pasifik Ke-6 telah berlangsung dari 6 Ogos 2010 hingga 8 Ogos 2010. Program ini diadakan di Tapak Perkhemahan Seri Lang, SBPI Sabak Bernam, Selangor.

Sebanyak 16 buah sekolah telah menyertai kemporee kali ini. Seramai lebih kurang 165 orang ahli pengakap kanak-kanak, pengakap muda, pengakap remaja, pengakap kelana serta pemimpin telah terlibat menjayakan kemporee kali ini. Ahli-ahli pengakap juga didedahkan dengan Jamboree On The Air (JOTA) peringkat Asia Pasifik ke-6 yang turut berlangsung pada tarikh yang sama.

Kemporee pada kali ini berjalan dengan lancar. Keadaan cuaca yang baik menjadikan program yang diatur berjalan dengan lancar. Bantuan daripada Pengakap Kelana menambahkan lagi kelancaran kemporee pada kali ini. Semoga semua peserta kemporee memperolehi ilmu kepengakapan dan menambah pengalaman berdikari selama tiga hari.

Mari kita lihat aktiviti yang sempat diklik:
SK Seri Makmur menghantar 15 orang ahli pengakap dan dua orang pemimpin. Kelihatan mereka sedang mendirikan khemah sejurus tiba di tapak perkhemahan.
Malam pertama diisi dengan program ceramah yang bertajuk 'Jenayah dan Ancaman Gejala Sosial Masa Kini' telah disampaikan oleh Sarjan Mohd Noor Izhar.
Bermain permainan tradisional 'Congkak'
Aktiviti mencari dan mengesan punca isyarat gelombang dari peralatan yang disemunyikan dalam aktiviti JOTA.
Latihan membuat ikatan untuk mendirikan gadjet
Mencuba membuat ikatan 'simpul pencuri' semasa aktiviti simpulan dan ikatan.
Membuat isyarat daripada butir-butir batu.
Latihan iembuat balutan anduh semasa sesi pertolongan cemas
Cuba menghubungi rakan -rakan dari luar negara melalui radio amatur sempena JOTA Asia Pasifik ke - 6.
Hidangan istimewa malam terakhir dinikmati bersama oleh semua ahli perkhemahan.
Persembahan dari SK Seri Makmur di malam kebudayaan
Sedang menikmati sarapan di hari terakhir perkhemahan
Khusyuk mendengar ucapan di majlis penutup.
Perasmian penutup perkhemahan disempurnakan oleh En. Zakiudin bin Abdul Hamid mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam.

No comments: