Tuesday, February 23, 2010

Bukan Saya Sorang Je Yang Pening...

JU sibuk menggabungkan data peringkat daerah.

23 Februari 2010 (Selasa)- Bertempat di PKG Sungai Besar, sekali lagi guru -guru data smm daerah Sabak Bernam telah dikumpulkan bagi melaksanakan tanggungjawab menghantar dan menyemak Data SMM bagi sekolah masing-masing.

Sepatutnya kami dikumpulkan di Dewan Mesyuarat Unit Kemanusiaan PPD Sabak Bernam, tetapi disebabkan masalah bekalan elektrik yang terputus maka PKGlah menjadi sasarannya.

Nampaknya bukan saya seorang sahaja yang bermasalah dan membuat kerja yang tak mahu selesai ni... rupa-rupanya guru-guru data smm dari sekolah lain pun 2 x 5 macam saya juga.

Nak cakap pun tak guna. Engkau orang tengok je lah gambar di bawah ni:
Guru data baru...nak copy data ke cd pun baru nak belajar...kesihan kan..
Atas lantai pun tak kisah...janji data dapat dimurnikan.
Dah rehat...boleh senyumlah korang...murid sikit..ralat tak banyak
Tersandar di sofa, namun ralat tetap dibaiki.
Kusyuk membaiki ralat-ralat yang entah apa-apa tu..

Saturday, February 20, 2010

Program Ramah Mesra Ibu Bapa Tahun 4 & 5




20 Februari 2010 (Sabtu), Program Ramah Mesra Ibu Bapa / Penjaga murid Tahun 4 dan 5 telah diadakan di SK Seri Makmur. Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi itu telah mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan. Lebih-lebih lagi bagi kaum ibu, mereka begitu mengambil berat tentang kejayaan anak-anak. Justeru itulah kehadiran kaum ibu mengatasi kehadiran kaum bapa yang agak ketara.

Program dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Burhanuddin bin Bahari. Diikuti ucapan dan penerangan oleh Tuan Guru Besar Pn Hjh Sariah binti Sidek.

Program ini dilaksanakan sebagai salah satu daripada perancangan untuk kemajuan murid-murid Tahun 4 dan 5. Dengan adanya perancangan jangka panjang seperti ini, diharapkan SK Seri Makmur akan dapat melahirkan modal insan yang cemerlang pada tahun 2011 dan 2012.

Bagi mengisi slot untuk ibu bapa satu 'Sesi Perbincangan' telah diadakan. Di sini ibu bapa boleh memberi pendapat, pandangan, idea dan buah fikiran bagi digarapkan serta dijana secara bersama di antara ibu bapa dan guru agar terhasil satu tindakan yang selari demi kemajuan anak didik.

Walaupun anak saya ada belajar di Tahun 5, tetapi saya tidak dapat mengikuti program ini sehingga akhir. Di mana saya terpaksa pula ke majlis walimatul urus anak pengerusi taman. Saya yang dilantik sebagai ketua di meja makan perlu ke sana bagi mempastikan perjalanan majlis tersebut berjalan dengan lancar. Berbanyak KEMAAFAN daripada saya di atas hal tersebut.

Harapan saya semoga program ini telah mendapat mencapai matlamatnya. Hanya satu peringatan kepada IBU BAPA / PENJAGA jika ada sebarang ketidakpuasan atau kemusykilan bertemulah dengan pihak pentadbir atau guru kelas. Janganlah diulang seperti apa yang telah berlaku kepada Tahun 6, terus menyalurkan ketidakpuasan hati ke Jabatan Pendidikan Negeri. TINDAKAN YANG MENYUSAHKAN SEMUA PIHAK...bodoh sombong, dahlah dijemput tak mahu hadir, tak tahu cerita tak mahu bertanya....ini macam pun ada ke.... ma.

Lensa yang sempat ditalakan:
Dah lepas daftar...kakak masuklah di dalam dewan ya..
Maaf kak kena daftar dulu...ha ha, nak tahu emak siapalah yang prihatin ni...
Tahniahlah kaum ibu...anda memang prihatin, teruskan sikap seperti ini.
Walaupun kehadiran kaum bapa kurang tetapi tahniahlah ada yang masih sudi datang.

Friday, February 19, 2010

Baru dua bulan...

Manusia yang merancang, Allah swt yang menentukan segala-galanya. Baru dua bulan melaporkan diri dan menumpahkan khidmat bakti di SK Seri Makmur, dah dipindahkan ke sekolah baru.

Itulah yang berlaku kepada tiga orang guru KPLI yang baru bulan Januari lepas melaporkan diri...dan hari ini 19 Februari 2010 merupakan hari terakhir mereka berkhidmat di sini.

Petang tadi, satu perhimpunan telah diadakan bagi meraikan Pn Ayuni yang akan berpindah ke SK Petaling Pedana, Petaling Jaya. Pn. Ayuni satu-satunya guru sesi petang yang mengiringi dua lagi rakannya di sesi pagi dipindahkan ke bandar.

Tahniah diucapkan kepada mereka bertiga. Semoga anda akan lebih ceria di sekolah baharu. Terima kasih di atas jasa dan budi yang telah anda taburkan di SK Seri Makmur.

...dan...SELAMAT BERKHIDMAT DI SEKOLAH BAHARU....

Monday, February 15, 2010

Dua Dalam Satu



Hari ini 15 Februari (Isnin)- Saya sekeluarga akan ke rumah abang (Pak Unggal) di Batu Hampar Perak. Abang akan mengadakan Majlis Walimatul Urus anaknya. Anak yang ke... alamak lupa pulak. Tak kisahlah, benda tu tak penting. Pak Unggal adalah gelaran yang kami beri kepada abang saya yang paling tua ini disebabkan dia adalah anak tunggal kepada ayah saya dengan emak yang pertama.

Pukul 10.10 pagi, kami bertolak dari Sungai Besar. Sampai di Felcra Seberang Perak, saya membelukkan kereta ke Jalan Kampung Gajah..dah lama tak melalui jalan ini, kata Pak Lang (abang ketiga) ikut jalan ni dekat sikit. Tidak banyak kereta yang lalu di jalan ini. Kami melalui Lambor Kiri - Bota Kiri - terus masuk simpang Beruas dan tiba di Batu Hampar. Jalannya dah lurus, tidak seperti belasan tahun dahulu, kalau lalu jalan Beruas - Batu Hampar, ramai bebudak yang muntah.

Tiba di rumah pengantin hampir pukul 1 tengah hari. Rasanya jauh sangat lah jalan ni. Jalannya pulak taraf kampung...dan kurang selesa, senang cerita macam naik kudalah.
Sampai .. terus diarah makan...sedap, masakannya..sup daging lembu bertulang masih panas. Tradisi di sini, lembu disembelih sebelah pagi, terus masak..memang dagingnya masih manis. rasa nak tambah, rasa malulah pulak.

Ramai saudara mara yang ditemui. Dah lama tak jumpa...sesekali jumpa, nampak dah masing-masing dah berumur. Di majlis seperti inilah biasanya sanak saudara akan berkumpul. Sesepupu belah ayah ramai yang kami jumpa...emm (ayah asal dari Tanjung Piandang) tak jauh dari sini. Kakak ipar pula sepupu sebelah emak..memang pendek kata, yang ada tu 100% sedara maralah. Seramai 7 orang daripada 12 orang adik-beradik yang berkumpul di sini. Yang lain-lain tu tak dapat hadir, mungkin ada urusan lain.

Balik dari sini, kami singgah pula ke Teluk Senangin. Alang-alang dah lalu tu, teruslah bawa anak-anak mandi-manda. Bukan main seronoknya bebudak bermandi-manda. Tambahan pula dapat mandi dengan sesepupu mereka. Sebab perjalanan masih jauh, hanya 1 jam je masa diperuntukkan untuk mereka mandi.

Dah jauh berubah Teluk Senangin ni. Dah ramai pengunjungnya. Kalau dulu tak ada orang yang suka ke sini. Tapi hari ini, semua chaletnya penuh. Cuma kemudahan awamnya masih kurang..tandas dan bilik mandi perlu dibina oleh pihak PBT.

Pukul 5.00 petang, kami pun balik...jamlah pulak di Jambatan Sultan Yusof..satu jam sangkut di situ. Congakan akan sampai sebelum Mahgrib...tapi hampir 7.40 baru sampai.
Apa-apa pun alhamdulillahlah kami selamat pergi dan balik.
Lapar...belasah jelah apa-apa yang dibawa dari rumah Pak Unggal tadi.

Sunday, February 14, 2010

Selamat Hari Lahir Ke-7, Daus


Pagi ini ada-anak merancang nak buat bakar-bakar (BBQ). Nak ajak kawan-kawan rapat mereka makan ayam bakar, ikan bakar dan kerang bakar. Tengah hari ibu ke pasar untuk membeli bahan-bahan yang hendak dibakar tu.

Anak-anak cari tempurung nak buat bahan bakar. (Cuti tahun Baru Cina) tak de kedai runcit yang buka nak beli kayu arang. Korang nak buat...kenalah usaha cari. Mereka cari di rumah Tuan Haji Osman (Pak Imam Taman ni)...dia ada jual kelapa parut...tentu banyak tempurung di rumahnya. Dapat tempurung seguni baja...oklah tu..cukup.

Petang, baru saya teringat 14 Februari adalah tarikh lahir anak ketiga..Muhammad Firdaus. Ah, sekalikan jelah dengan program bebudak tu. Selepas sembahyang Asar, terus ke Sungai Besar...mujur kedai Kasim buka, belikanlah apa-apa jajan yang patut. Kemudian cari kedai kek pula. Nasib baik...ada sebuah kedai kek yang buka...belilah sebiji kek chees. Minta pekerja tulis apa-apa yang patut.

Selepas sembahyang Maghrib..si Aiman hidupkan api...emmm tak pandai langsung, habis ditimbunnya tempurung, nak hidupkan apa kebenda macam tu, tak bernafas api...nak hidup macam mana. Tak de pengalaman langsung , bagaimana cara-cara nak hidupkan tempurung.

Teringat zaman kecik-kecik dulu, tiap minggu kena bakar tempurung..nak seterika baju. Zaman tu nak dapat kan kayu arang susah, jadi belasah je lah tempurung yang ada di dapur tu. Nak seterika baju guna seterika elektrik..jangan harap..elektrik pun tak ada. Zaman tu YB jaga kampung dia je...kampung YB serba lengkap..api, air jalan, balai raya dan macam-macam ada. Lantaklah iatu zaman dulu..pengundinya setia sangat pada parti. Zaman sekarang jangan harap...jangan buat janji kosong, ya YB..lebih baik undi tunggul kayu daripada undi YB serupa tunggul kayu.

Saya terpaksa masuk campur...kalau tak pukul 10 malam pun belum tentu ada seketul ayam pun yang akan di panggang. Ajar cara hidupkan api..letak tempurung sikit je, dah hidup..barulah tambah tempurung tu. Biar sampai jadi bara..jangan tak sabar-sabar, api tengah marak..terus je bakar ayam tu...jawabnya nanti makan kayu aranglah engko orang.

Bila tengok anak-anak zaman ni buat kerja-kerja kita zaman dulu.emmm, kesihan sangat. Tak berpengalaman lansung. Ya la..bebudak ni kalau pergi champing pun cikgu yang kena masak..tak diberi peluang untuk memasak sendiri..sedangkan champing tu lah masa yang sesuai untuk diaorang cari pengalaman untuk membuat benda-benda seperti ini.

Apa-apa pun saya ucapkan SELAMAT HARI LAHIR KE-7 KEPADA PAK DAUS (MUHAMMAD FIRDAUS) Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat.

Thursday, February 11, 2010

Mari Bercuti

Sempena perayaan Tahun Baru Cina, SK Seri Makmur akan bercuti selama 5 hari

Meriahlah bebudak sekolah ini kerana dapat untuk berehat setelah mengikuti pembelajaran selama 6 minggu.

Cuti bermula 15 Februari 2010 hingga 17 Februari 2010 ( Isnin hingga Rabu) campur cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad...5 harilah.

Sekolah akan dibuka semula pada 18 Februari 2010...Khamis.

Kepada guru-guru dan murid-murid jangan pula sambung cuti ya....manalah tahu...hari Isnin baru datang....tak meriahlah sekolah...kalau ramai yang tak datang.

Cuti sekolah ni pun..ha, jemputan kenduri kahwin pun banyak...gantung periuklah ye kita. Kepada kekawan yang akan mendirikan rumah tangga selamat menempuh ke gerbang perkahwinan. semoga berbahagia dan kekal sehingga ke anak cucu.

Selamat Pengantin Baru kepada Cikgu Muhammad Asri bin Hassan dari SK Teluk Ru. InsyaAllah jika tiada aral, saya akan datang.

Akhirnya SELAMAT BERCUTI.

Wednesday, February 10, 2010

Sentuhan Terakhir...

Pagi ini, selepas selesai rutin harianku..menghantar anak Muhammad Khairul Aiman ke SK Seri Makmur dan balik semula untuk trip kedua menghantar Muhammad Firdaus ke SRA Ehyaul Fallah...aku pun membuka kitab rasmi aku...laptop.

Dengan kemampuan 4 kepala otak, aku harap dia dapat bekerja untuk jangka masa yang lama tanpa hang ataupun tersekat-sekat. Aku terus membuka program kegemaran dalam terpaksa iaitu SISTEM MAKLUMAT MURID atau panggilan manjanya SMM.

Aku terus mengklik SEMAK...emmm, bapak banyak lagi data yang perlu disemak. Untuk meringankan kerisauan kepala otak yang dah semakin semak ni...aku carilah kesalahan yang kecil-kecil bilangan yang terlibat. Aku pun membetulkan perlahan-lahan. Alhamdulillah berkat sabar dan tekun...ralat-ralat kecil dah nak siap. Ralat banyak berpunca daripada kelas PRASEKOLAH. Aku faham...waktu cikgu-cikgu pra isi data dulu aku serah seratus peratus...tanpa dipantau. Tidak seperti semasa guru-guru Tahun 1 isi data, saya sentiasa memantaunya...ialah takut salah isi...susah nanti...tambah-tambah lagi yang melibatkan bantuan.

Masa tu...aku cukup seronok dan geli hati mendengar rungut dan keluhan cikgu-cikgu Tahun 1. Ha..ha...ha... baru engkorang tahu bagaimana peritnya aku 'key in' data. Begitu juga bagi cikgu prasekolah...pelbagai rungutan disampaikan kepadaku...tapi tak pa...korang isi je data tu...belasah jelah...nanti bila aku semak...faham-faham je lahkan....tau tak pa.

Masa semakin suntuk...nampaknya aku dah tak larat nak meneruskan kerja-kerja yang tak mahu habis ni. Ya la...macam kata cikgu data smm lama..Sir Shukri DATA NI TAK AKAN HABIS SELAGI ADA BULAN DAN MATAHARI...betul tu...aku sokong 9999%.

Semalam aku dah jumpa GPK HEM memaklumkan tentang perkembangan data ni...aku bagi tahu kedudukan terakhir...supaya bila diaorang kena sembur dengan PPD dia orang dah tahu duduk perkara sebenarnya.Dan yang paling penting..aku tak disembur dek pentadbir...tapi tak pa aku dah letih buat kerja-kerja..lepas ni giliran pentadbirlah pulak yang menangis...he..he...he..

Sebenarnya...data smm ni aku dah cantikkan...99% dah cantik. 6 bulan aku mengerjakannya tahun lepas... last-last tukar program baru...itu yang jadikan data ni kembali kucar kacir. Banyak maklumat yang hilang...dua bulan ni...kerja saya duk 'key in ' data yang hilang tulah...sampai tak sempat nak buat semakkan. Hanya dalam minggu nilah saya dapat buat semak...dari 19 000 ralat dah jadi 2300 aje lagi. kalau nak sampai o% ralat tu...kerja gila . En Harris..dari SMK Convent Klang yang cipta program ni pun belum tentu boleh buat. kan..kan..kan.

Apa-apa pun inilah sahaja hasil yang terbaik yang dapat saya buat. Diharap data ini dapat diterima oleh PPD. kalau banyak songeh...lu bikinlah sendiri... titik...

Friday, February 5, 2010

Road Run 2010 SK Seri Makmur



Hari ini 6 Februari 2010 (Sabtu) telah berlangsung acara Road Run peringkat sekolah. Aktiviti ini dilaksanakan bagi mencari peserta yang bakal mewakili sekolah ke peringkat daerah. Seramai 620 orang murid tahap 2 dan pendidikan khas telah menyertai aktiviti ini.

Acara bermula pada pukul 8:00 pagi dan berakhir kira-kira pukul 10:30 pagi. Para peserta dibahagi kepada dua kategori iaitu lelaki dan perempuan. Para pemenang dari tempat pertama hingga kedua puluh telah menerima hadiah bagi septiap kategori. Di samping itu cabutan 20 nombor bertuah telah diadakan bagi para peserta berdasarkan nombor pada baju larian. Dengan ini pembuangan nombor dapat dielakkan dan seterusnya keadaan padang tidaklah dipenuhi sampah sarap.

Peserta lelaki dilepaskan lebih awal kerana jarak larian mereka sejauh 5 km. Diikuti peserta perempuan dilepaskan lima minit kemudian. Guru besar telah diberi penghormatan melepaskan para peserta. Namun begitu peserta perempuan telah sampai ke garisan penamat lebih dahulu berbanding peserta lelaki. Walaupun masa selama lima minit diberikan selepas peserta kedua puluh sampai, namun tidak ramai peserta lelaki yang berjaya tiba. Hal ini demikian, peserta lelaki lebih berminat untuk bersantai dengan berjalan kaki berbanding berusaha untuk berlari.

Pihak ahli jawatankuasa mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga SK Seri Makmur di atas kerjasama yang diberi sehingga aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada para peserta yang berjaya dan kepada yang belum berjaya cuba lagi pada tahun hadapan.

Rakaman kenangan:




Lega Rasanya....


Petang ... semasa hendak pulang...saya dihulur oleh PAR sekeping surat. Dah tahu dah, itu surat dari PPD minta hantar data smm.

Apa yang menarik untuk saya cerita ialah surat tu tidak seperti yang lepas-lepas... ada lampiran nama-nama sekolah mengikut tarikh bagi menghantar dan menyemak data kepada JU-JU data daerah. Kalau yang lepas-lepas tu...heee..susah sungguh nak lepas ...tambah-tambah lagi Si Salina tu...ralat yang remeh temeh pun dia nak kita betulkan. Biarlah..kerja dia kan.

Tapi hari ini, surat yang saya terima hanya meminta saya serahkan disket data ke PPD tidak lewat 12 Februari 2010...nampaknya tiada lagi operasi serah dan semak. Ini yang best gila nie...hantar dan boleh belah.

apa-apa pun saya akan cuba hantar data yang terbaik...masih ada sedikit masa untuk membetulkan ralat yang penuh berlalat tu...semak yang menyemakkan kepala saya. Apa-apa an pun rasa rasa cukup...LEGA..........

Thursday, February 4, 2010

Guano nie wee....


Petang tadi...GPK HEM SK Seri Makmur Pn. hajjah Rohaini telefon saya untuk memberitahu bahawa surat untuk penghantaran Data SMM ke PPD Sabak Bernam telah diterima. Guano ni we... data yang saya uruskan ini masih caca merba lagi. Ehtahlah dah masuk tiga bulan saya mengerjakannya...tapi masih belum beres-beres.

Ya la...masa install program baru dulu... ralatnya ada 19 000, hari ini dah tinggal 5 000. Banyak juga penambahbaikan yang telah dilakukan. Rasanya cemus sangat...sebab hari-hari mengadap benda yang sama. Tapi dek tanggungjawab yang diamanahkan oleh pentadbir...usahakanlah juga agar data ini akan dapat diterima oleh JU-JU Daerah nanti.

Apa-apa pun saya pasti... saya tidak akan dapat menghasilkan data yang bersih dari ralat. Aduh...bukan senang nak mengurus data 1331 orang murid nie. Setiap minggu ada aje murid yang datang dan pergi. Itu tak kesahlah...yang saya bengang ni...dah dua minggu bagi borang kepada guru kelas untuk dapatkan data cita-cita murid. Hai apalah yang kau orang buat... kerja lima minit pun masih tak dapat selesaikan (Maaf sebahagian je..tq kepada yang dah hantar data tu kpd saya). Tak kesihan ke dengan saya ni....Itu satu hal... yang ibu bapa pula , satu hal juga... isi borang dahlah tak lengkap...salinan dokumen yg perlu disertakan pun tak disertakan. Guano kawe nak merujuknya jika berlaku ralat. Dah jemu rasanya mengejor anak-anak mereka ni... balik-balik jawapan yang sama je...emak belum isi...ayah belum isi...apa ni minggu depan dah nak hantar...tapi masih ada borang yang belum dikembalikan...grrrrr sambil lewa betul... saya tahu ibu bapa dah jemu asyik isi borang je...tapi cubalah fikir sikit...paling banyak pun anda hanya mengisi enam tujuh borang aje (ikut jumlah anak le)...tapi saya kena 'key in' data dalam sistem beribu-ribu borang. Senang-senang kalau tak nak isi borang pindahkan je anak-anak tu ke sekolah swasta... sebab kalau pindahkan ke mana-mana sekolah kerajaan...tak boleh lari...mesti kena isi borang smm punya.

Itu satu hal...yang paling sakit hati... ada tiga anak...pendapatannya lain-lain. Apa barang ni...sorang dapat RMT dua tak dapat. Entahlah...macam-macam....yang sorang ni lagilah...pakai kereta WISH...pendapatan taruk RM400 je...he..he..he kalau nak sangat RMT tu..berpada-pada la...bior le logik sikit brader.

Dah lah...dah letih berletir ni...aku nak masuk tidur....pukul 1:30 pagi dah ni... cikgu lain dah tentu sudah terbongkang melayan mimpi indah masing-masing atau sedang melayan kehendak naluri....besok kalau jumpa saya...korang jangan tanya lagi eh..kau sakit ke..nampak cengkung je...memang aku sakit...SAKIT HATI.