Saturday, February 20, 2010

Program Ramah Mesra Ibu Bapa Tahun 4 & 5




20 Februari 2010 (Sabtu), Program Ramah Mesra Ibu Bapa / Penjaga murid Tahun 4 dan 5 telah diadakan di SK Seri Makmur. Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi itu telah mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan. Lebih-lebih lagi bagi kaum ibu, mereka begitu mengambil berat tentang kejayaan anak-anak. Justeru itulah kehadiran kaum ibu mengatasi kehadiran kaum bapa yang agak ketara.

Program dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Burhanuddin bin Bahari. Diikuti ucapan dan penerangan oleh Tuan Guru Besar Pn Hjh Sariah binti Sidek.

Program ini dilaksanakan sebagai salah satu daripada perancangan untuk kemajuan murid-murid Tahun 4 dan 5. Dengan adanya perancangan jangka panjang seperti ini, diharapkan SK Seri Makmur akan dapat melahirkan modal insan yang cemerlang pada tahun 2011 dan 2012.

Bagi mengisi slot untuk ibu bapa satu 'Sesi Perbincangan' telah diadakan. Di sini ibu bapa boleh memberi pendapat, pandangan, idea dan buah fikiran bagi digarapkan serta dijana secara bersama di antara ibu bapa dan guru agar terhasil satu tindakan yang selari demi kemajuan anak didik.

Walaupun anak saya ada belajar di Tahun 5, tetapi saya tidak dapat mengikuti program ini sehingga akhir. Di mana saya terpaksa pula ke majlis walimatul urus anak pengerusi taman. Saya yang dilantik sebagai ketua di meja makan perlu ke sana bagi mempastikan perjalanan majlis tersebut berjalan dengan lancar. Berbanyak KEMAAFAN daripada saya di atas hal tersebut.

Harapan saya semoga program ini telah mendapat mencapai matlamatnya. Hanya satu peringatan kepada IBU BAPA / PENJAGA jika ada sebarang ketidakpuasan atau kemusykilan bertemulah dengan pihak pentadbir atau guru kelas. Janganlah diulang seperti apa yang telah berlaku kepada Tahun 6, terus menyalurkan ketidakpuasan hati ke Jabatan Pendidikan Negeri. TINDAKAN YANG MENYUSAHKAN SEMUA PIHAK...bodoh sombong, dahlah dijemput tak mahu hadir, tak tahu cerita tak mahu bertanya....ini macam pun ada ke.... ma.

Lensa yang sempat ditalakan:
Dah lepas daftar...kakak masuklah di dalam dewan ya..
Maaf kak kena daftar dulu...ha ha, nak tahu emak siapalah yang prihatin ni...
Tahniahlah kaum ibu...anda memang prihatin, teruskan sikap seperti ini.
Walaupun kehadiran kaum bapa kurang tetapi tahniahlah ada yang masih sudi datang.

No comments: