Sunday, February 14, 2010

Selamat Hari Lahir Ke-7, Daus


Pagi ini ada-anak merancang nak buat bakar-bakar (BBQ). Nak ajak kawan-kawan rapat mereka makan ayam bakar, ikan bakar dan kerang bakar. Tengah hari ibu ke pasar untuk membeli bahan-bahan yang hendak dibakar tu.

Anak-anak cari tempurung nak buat bahan bakar. (Cuti tahun Baru Cina) tak de kedai runcit yang buka nak beli kayu arang. Korang nak buat...kenalah usaha cari. Mereka cari di rumah Tuan Haji Osman (Pak Imam Taman ni)...dia ada jual kelapa parut...tentu banyak tempurung di rumahnya. Dapat tempurung seguni baja...oklah tu..cukup.

Petang, baru saya teringat 14 Februari adalah tarikh lahir anak ketiga..Muhammad Firdaus. Ah, sekalikan jelah dengan program bebudak tu. Selepas sembahyang Asar, terus ke Sungai Besar...mujur kedai Kasim buka, belikanlah apa-apa jajan yang patut. Kemudian cari kedai kek pula. Nasib baik...ada sebuah kedai kek yang buka...belilah sebiji kek chees. Minta pekerja tulis apa-apa yang patut.

Selepas sembahyang Maghrib..si Aiman hidupkan api...emmm tak pandai langsung, habis ditimbunnya tempurung, nak hidupkan apa kebenda macam tu, tak bernafas api...nak hidup macam mana. Tak de pengalaman langsung , bagaimana cara-cara nak hidupkan tempurung.

Teringat zaman kecik-kecik dulu, tiap minggu kena bakar tempurung..nak seterika baju. Zaman tu nak dapat kan kayu arang susah, jadi belasah je lah tempurung yang ada di dapur tu. Nak seterika baju guna seterika elektrik..jangan harap..elektrik pun tak ada. Zaman tu YB jaga kampung dia je...kampung YB serba lengkap..api, air jalan, balai raya dan macam-macam ada. Lantaklah iatu zaman dulu..pengundinya setia sangat pada parti. Zaman sekarang jangan harap...jangan buat janji kosong, ya YB..lebih baik undi tunggul kayu daripada undi YB serupa tunggul kayu.

Saya terpaksa masuk campur...kalau tak pukul 10 malam pun belum tentu ada seketul ayam pun yang akan di panggang. Ajar cara hidupkan api..letak tempurung sikit je, dah hidup..barulah tambah tempurung tu. Biar sampai jadi bara..jangan tak sabar-sabar, api tengah marak..terus je bakar ayam tu...jawabnya nanti makan kayu aranglah engko orang.

Bila tengok anak-anak zaman ni buat kerja-kerja kita zaman dulu.emmm, kesihan sangat. Tak berpengalaman lansung. Ya la..bebudak ni kalau pergi champing pun cikgu yang kena masak..tak diberi peluang untuk memasak sendiri..sedangkan champing tu lah masa yang sesuai untuk diaorang cari pengalaman untuk membuat benda-benda seperti ini.

Apa-apa pun saya ucapkan SELAMAT HARI LAHIR KE-7 KEPADA PAK DAUS (MUHAMMAD FIRDAUS) Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat.

No comments: