Wednesday, March 28, 2012

SKBJ vs SKSM



28 Mac 2012 (Rabu): Petang tadi telah berlangsung perlawanan persahabatan bola sepak di antara SK Binjai Jaya menentang SK Seri Makmur.

Dalam perlawanan tersebut , SK Seri Makmur telah berjaya mengalahkan SK Binjai Jaya dengan jaringan 3 - 1. Tahniah kepada kedua-dua pasukan yang telah bermain dengan cemerlang.

Monday, March 19, 2012

Pelancaran Program Membaca Dan Menghafaz Surah Yaasin


19 Mac 2012 (Isnin): Pagi ini bertempat di Dataran Perhimpunan SK Binjai Jaya telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Membaca dan Menghafaz Surah Yaasin bagi tahun 2012. Majlis disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Latif bin Yaakop, Guru Besar SK Binjai Jaya.

Program membaca dan menghafaz surah Yaasin ini akan dilaksanakan sepanjang tahun 2012. Di mana murid-murid dari Tahun 4 Hidrogen, Tahun 5 Hidrogen dan Tahun 6 Hidrogen telah dipilih untuk melaksanakannya. Sesi membaca dan menghafaz Surah Yaasin akan dijalankan setiap pagi selama 15 ke 20 minit sebelum sesi pembelajaran bermula.

Dengan terlaksanakan program ini, diharap dapat menanamkan semangat serta menggalakkan murid-murid supaya gemar membaca al-Quran khususnya Surah Yaasin. Disamping itu apa yang diharap program ini juga akan dapat mempertingkatkan mutu bacaan al-Quran di kalangan murid murid serta membentuk sahsiah dengan pembudayaan membaca al-Quran.

Apa yang diharapkan, menjelang akhir tahun 2012, akan lahirlah di sekolah ini murid-murid yang menghafaz Surah Yaasin.

Monday, March 12, 2012

Bukit Gambang Water Park...Best Jugak


Hari ini saya membawa dua orang anak bermandi-manda di Bukit Gambang Water Park, Kuantan Pahang.

Oleh kerana sekarang musim cuti sekolah, maka keadaannya agak sesak. Namun Muhammad Firdaus dan Muhammad Khairul Rasyid sungguh gembira bermandi-manda. Selama tiga jam berendam seperti tidak mencukupi.Tapi masa agak cemburu, percutian terpaksa dipendekkan atas keperluan tugas.

Balik dari Gambang, terus berkemas dan pulang semula ke Sungai Besar, Selangor.

Wednesday, March 7, 2012

Peperiksaan Kali Ke-1 2012 SK Binjai Jaya


Peperiksaan Kali Pertama SK Binjai Jaya telah berlangsung dari 5 Mac 2012 hingga 8 Mac 2012.

Semua murid dari Tahun 3 hingga Tahun 6 telah menduduki peperiksaan tersebut. Bagi murid Tahun 1 dan Tahun 2 yang melaksanakan KSSR, mereka tidak terlibat di dalam peperiksaan tersebut.

Semoga semua murid SK Binjai Jaya yang menduduki peperiksaan pada minggu ini akan memperolehi keputusan yang cemerlang, insyaAllah.

Tuesday, March 6, 2012

Ini Je Subjek Yangku Ajar Tahun 2012


Setelah 24 tahun saya mendambakan diri ini dalam bidang pendidikan, buat pertama kalinya saya tidak dapat mengajar subjek Bahasa Melayu yang merupakan bidang pengajianku di maktab perguruan.

Pada tahun ini, saya hanya diberi mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Jasmani Kesihatan sahaja.

Kerinduan untuk masuk ke kelas bertemu dan mencurah ilmu kini agak terbatas. Pun begitu peluang yang diberi untuk mencurahkan ilmu untuk satu jam setiap hari tidak akan saya persia-siakan.

Semoga sedikit ilmu yang dicurahkan, akan dimanfaatkan oleh anak-anak muridku.

Thursday, March 1, 2012

Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sabak Bernam 2012


SK Binjai Jaya telah menghantar dua kumpulan sepak takraw ke Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sabak Bernam di Dewan Sepak Takraw Simpang 4, Bagan Nakhoda Omar, Sungai Air Tawar, Selangor.

SK Teluk Ru, Sabak Bernam, Selangor telah diberi tanggungjawab oleh pihak PPD Sabak Bernam untuk mengendalikan kejohanan tersebut.


Walaupun SK Binjai Jaya gagal untuk memperolehi kejayaan di kejohanan pada kali ini, namun Unit Kokurikulum tetap mengucapkan tahniah kepada lapan orang pemain yang telah berhempas pulas untuk mencapai kemenangan di pertandingan tersebut.

Tahniah diucapkan kepada barisan pemain sepak takraw SK Binjai Jaya yang terdiri daripada:

Regu A
1. Muhammad Azri bin Johan
2. Mohamad Aiman Shahmil bin Mohd Toha
3. Nur Hidayat bin Mohd Sarai
4. Saif Muhammad Farid bin Azni

Regu B
1. Mohamad Nor Azam bin Sulaiman
2. Daniel Hakimy bin Zulkarnain
3. Ahmad Fazwan bin Badruddin
4. Muhamad Khairul Nazwan bin Sanek