Monday, March 19, 2012

Pelancaran Program Membaca Dan Menghafaz Surah Yaasin


19 Mac 2012 (Isnin): Pagi ini bertempat di Dataran Perhimpunan SK Binjai Jaya telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Membaca dan Menghafaz Surah Yaasin bagi tahun 2012. Majlis disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Latif bin Yaakop, Guru Besar SK Binjai Jaya.

Program membaca dan menghafaz surah Yaasin ini akan dilaksanakan sepanjang tahun 2012. Di mana murid-murid dari Tahun 4 Hidrogen, Tahun 5 Hidrogen dan Tahun 6 Hidrogen telah dipilih untuk melaksanakannya. Sesi membaca dan menghafaz Surah Yaasin akan dijalankan setiap pagi selama 15 ke 20 minit sebelum sesi pembelajaran bermula.

Dengan terlaksanakan program ini, diharap dapat menanamkan semangat serta menggalakkan murid-murid supaya gemar membaca al-Quran khususnya Surah Yaasin. Disamping itu apa yang diharap program ini juga akan dapat mempertingkatkan mutu bacaan al-Quran di kalangan murid murid serta membentuk sahsiah dengan pembudayaan membaca al-Quran.

Apa yang diharapkan, menjelang akhir tahun 2012, akan lahirlah di sekolah ini murid-murid yang menghafaz Surah Yaasin.

No comments: