Monday, January 30, 2012

Program Motivasi Keibubapaan SK Binjai Jaya 2012



30 Januari 2012 (Isnin): Pagi ini telah berlangsung Program Motivasi Keibubapaan bagi penjaga Tahun 6 SK Binjai Jaya.

Program berlangsung di Dewan Makan Asrama SK Binjai Jaya.

Penceramah yang di undang pada pagi ini ialah Tuan Haji Hanifudin bin Roslan, Pengurus Institut Latihan Dan Dakwah Selangor.

Pingat Pertama 2012 Dari Merentas Desa


30 Januari 2011 (Isnin): Pagi ini semasa perhimpunan mingguan telah diadakan penyampaian sijil kepada murid-murid yang mewakili sekolah dalam Kejohanan Merentas Desa MSSD Sabak Bernam Tahun 2012.

Kejohanan yang berlangsung pada 19 Januari 2012 ini telah membawa pulang sebutir pingat dari Kategori Perempuan Bawah 12 tahun.

Tahniah kepada adik Alyani Nasuha binti Othman dari Tahun 5 Hidrogen yang telah berjaya memperolehi kedudukan ke-18 sekali gus menyenaraikan SK Binjai Jaya dalam senarai sekolah yang membawa pulang pingat.

Pagi ini adik Alyani Nasuha telah menerima pingat tersebut yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar SK Binjai Jaya, Tn Haji Abdul Latif bin Yaakop.

Saturday, January 28, 2012

Bersantai di Mini Stadium Sabak Bernam


26 Januari 2012 (Khamis): 9.00 malam saya dan isteri melapangkan masa pergi ke Mini Stadium Sabak Bernam. Sesampai kenderaan sudah penuh di kiri kanan jalan. Terpaksa parking jauh di hadapan Hay Resort. Menapaklah kami berdua, mujur waktu malam, tak la kena panas.

Sesampai di padang, cari tempat duduk yang selesa. Cari tempat duduk yg agak hampir dengan hadapan pentas, tapi dah penuh..duduk jauh sikit. Jumpa ramai kawan dari sekolah lain.

Malam itu, dapat dengar ceramah daripada empat orang penceramah iaitu:

Ustaz Solehin Muhyi bekas ADUN Sungai Besar
YB Ng Swee Lim ADUN Sekinchan
YB Pn Zuraida Kamarudin Ahli Parlimen Ampang
dan..
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

Dengar, amati...dan fikirkan..

Kehadiran pada malam tu tak lah ramai sangat...tapi taklah terlalu sedikit...tengoklah sendiri gambar kat bawah ni.

Thursday, January 19, 2012

Cuti Sempena Tahun Baru Cina


20 Januari 2012 ( Jumaat ) : Sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina, SK Binjai Jaya, Sungai Besar, Selangor akan bercuti :

Dari 21 Januari 2012 (Sabtu) hingga 29 Januari 2012 (Ahad).

Sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa pada 30 Januari 2012 (Isnin)

Unit Kokurikulum SK Binjai Jaya mengucapakan selamat bercuti. ..dan kepada guru-guru yang akan balik kampung...dinasihatkan, berhati-hati di jalan raya.

Wednesday, January 18, 2012

Dua belas orang murid membawa Cabaran SKBJ ke Merentas Desa Daerah


19 Januari 2012 (Khamis) : Seramai dua belah orang murid SK Binjai Jaya menggalas cabaran di Kejohanan Merentas Desa (MSSD) Sabak Bernam yang berlangsung di SK Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor.

Semoga ada pelajar yang akan membawa pulang pingat untuk SK Binjai Jaya. Semoga Maju Jaya daripada saya di Unit Kokurikulum SK Binjai Jaya.

Pemantauan Awal Tahun 2012


17 Januari 2012 (Selasa) : Hari ini seramai tujuh orang pegawai PPD Sabak Bernam telah datang ke SK Binjai Jaya bagi memantau perjalanan sekolah pada awal tahun.

Pegawai-pegawai tersebut ialah:

1. En. Mohd Jaluli bin Yahya sebagai ketua pemantau. Beliau memantau RPH dan bidang kurikulum.

2. Pn. Rohani memantau Asrama Harian SK Binjai Jaya.

3. Pn. Hajjah Zakiah memantau kelas Prasekolah.

4. Pn. Zahharah memantau Pendidikan Agama Islam.

5. En. Amir Azahari memantau RPH dan J-Qaf

6. En. Omar memantau Kelas Pendidikan Khas dan kokurikulum

dan

7 En. Zulkarnaen memantau RPH dan Bahasa Inggeris.

Semoga dapatan dalam pemantauan ini dapat meningkatkan lagi apa-apa yang terlepas pandang dan meningkatkan kemajuan SK Binjai Jaya.

Pada 18 Januari 2012 (Rabu) pula, seorang Pegawai JPNS telah datang bagi memantau mata pelajaran PJK.

Pada 18 Januari 2012, juga sekumpulan Pegawai PPD Sabak Bernam yang diketuai oleh En. Jamil Hasan memantau pembinaan bangunan Prasekolah.

Saturday, January 14, 2012

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Binjai Jaya 2012


14 Januari 2012 (Sabtu): Hari ini telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Binjai Jaya bagi tahun 2012.

Acara bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi.

Semua murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6 dan Kelas Pendidikan Khas telah menyertai acara larian ini.

Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh En. Zainon Abidin bin Musa GPK Kokurikulum SKBJ dan Pn. Norhayati binti Abd Hamid GPK Pendidikan Khas SKBJ.

Seramai enam orang pemenang lelaki dan enam orang pemenang perempuan telah dipilih untuk mewakili sekolah ke Peringkat MSSD Sabak Bernam yang akan berlangsung pada 19 Januari 2012 di SK Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor.

Saturday, January 7, 2012

Kemudahan Tinggal di Asrama di SK Binjai Jaya


7 Januari 2012 (Sabtu): Selesai mempengerusikan Mesyuarat Kokurikulum kali ke-1 2012, saya meluangkan masa untuk meninjau Asrama Sekolah SK Binjai Jaya. Mungkin ini adalah satu-satunya sekolah rendah di Daerah Sabak Bernam yang menyediakan kemudahan tempat tinggal di asrama untuk pelajar-pelajarnya.

Setakat hari ini, hanya 50 orang murid sahaja yang berminat tinggal di asrama yang boleh menampung seramai 200 orang murid itu.

Setibanya saya di asrama tiga tingkat yang baru mula digunakan awal tahun ini, saya melawat ke Dorm murid lelaki. Rasa kasihan dan sayu melihat anak-anak kecil yang terpaksa berjauhan dengan ibu dan bapa. Jika ditanya isi hati mereka, mungkin mereka tidak sanggup tinggal di sini...tapi, apakan daya, atas kehendak ibu dan bapa terpaksalah menurutnya.

Oleh kerana waktu itu murid-murid sedang menikmati makan tengah hari, dapatlah saya ambil beberapa keping gambar untuk blog saya.

Bagi ibu bapa yang ingin anak-anak tinggal di Asrama SK Binjai Jaya...masih banyak kekosongan tempat. Boleh berurusan dengan GPK HEM iaitu Pn. Hajjah Hasimah binti Mokhtar untuk keterangan lanjut.