Saturday, January 7, 2012

Kemudahan Tinggal di Asrama di SK Binjai Jaya


7 Januari 2012 (Sabtu): Selesai mempengerusikan Mesyuarat Kokurikulum kali ke-1 2012, saya meluangkan masa untuk meninjau Asrama Sekolah SK Binjai Jaya. Mungkin ini adalah satu-satunya sekolah rendah di Daerah Sabak Bernam yang menyediakan kemudahan tempat tinggal di asrama untuk pelajar-pelajarnya.

Setakat hari ini, hanya 50 orang murid sahaja yang berminat tinggal di asrama yang boleh menampung seramai 200 orang murid itu.

Setibanya saya di asrama tiga tingkat yang baru mula digunakan awal tahun ini, saya melawat ke Dorm murid lelaki. Rasa kasihan dan sayu melihat anak-anak kecil yang terpaksa berjauhan dengan ibu dan bapa. Jika ditanya isi hati mereka, mungkin mereka tidak sanggup tinggal di sini...tapi, apakan daya, atas kehendak ibu dan bapa terpaksalah menurutnya.

Oleh kerana waktu itu murid-murid sedang menikmati makan tengah hari, dapatlah saya ambil beberapa keping gambar untuk blog saya.

Bagi ibu bapa yang ingin anak-anak tinggal di Asrama SK Binjai Jaya...masih banyak kekosongan tempat. Boleh berurusan dengan GPK HEM iaitu Pn. Hajjah Hasimah binti Mokhtar untuk keterangan lanjut.

No comments: