Saturday, June 29, 2013

Lawatan Murid SK Binjai Jaya ke Kidzania

29 Jun 2013 (Sabtu): Seramai 38 murid beserta 6 orang guru SK Binjai Jaya telah mengadakan lawatan ke Kidzania. Di Kidzania para pelajar dapat merasai sendiri pengalaman untuk melakukan pelbagai pekerjaan atau melakukan aktiviti yang mereka gemari.
Sebelum itu ahli rombongan telah melakukan lawatan ke Planetrium Negara bagi memberi pendedahan kepada mereka tentang ilmu pengetahun tentang angkasa lepas. Pihak sekolah SK Binjai Jaya mengucapkan terima kasih kepada Pusat Zakat Selangor yang terus memberi peluang kepada anak-anak asnaf di SK Binjai Jaya melalui bantuan yang diberi pada tahun ini.

Thursday, June 27, 2013

Tahniah Penerima APC SK Binjai Jaya 2012

28 Jun 2013 (Khamis) : Petang ini telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi warga pendidik Sabak Bernam. Majlis berlangsung di Dewan SAM Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor. Seramai 4 orang penerima dari SK Binjai Jaya telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada Tahun 2012. Tahniah diucapakan kepada En. Shamsul Kamal bin Mohamed Sirat, Pn. Azlina binti Simon, Pn. Rodziah binti Mohd Saad dan Pn. Norabiyah binti Mutiayer. Semoga anda akan terus cemerlang pada masa akan datang.

Saturday, June 22, 2013

Kursus Pengurusan Sekolah (HEM) 2013

Kursus Pengurusan Sekolah bagi GPK Hal Ehwal Murid Daerah Sabak Bernam, Selangor telah diadakan di Pusat Kecemerlangan PPD Sabak Bernam. Kursus ini dikendalikan oleh Institut Aminuddin Baki, Genting Haighlands. Kursus berlangsung selama 4 hari bermula 18 Jun 2013 dan berakhir pada 21 Jun 2013. Sepanjang empat hari tersebut guru-guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid seramai 44 orang telah didedahkan dengan pelbagai ilmu yang berkaitan bidang HEM. Seramai tiga orang Pensyarah dari IAB terlibat diketuai oleh En. Saufie bin Abdul Manaf, Pn. Chai Sai Hon dan En. Indran a/l Subrumanian. Banyak ilmu yang ditimba di dalam kursus ini dan ianya dapat memberi pencerahan kepada sebahagian besar GPK HEM yang baru dilantik bagi menguruskan HEM di sekolah masing-masing. Antara pendedahan yang diberi sepanjang kursus ini ialah Asas Pengurusan dan Kepimpinan, Isu-isu Pengurusan ICT, Pengurusan HEM: Kebajikan Dan Keselamatan Murid, Pengurusan HEM: Perundangan HEM Dan Pengurusan Disiplin, Pengurusan Kaunseling dan Penyediaan Pelan Pemangunan HEM. Alhamdulillah dengan mengikuti kursus ini dapat meningkatkan serba sedikit ilmu tentang pengurusan HEM. Terima Kasih IAB kerana sudi hadir ke Sabak Bernam bagi mencambah ilmu HEM ini kepada kami menerusi kod kursus IABI 132C24.

Friday, June 14, 2013

Taklimat Program I-Trim

14 Jun 2013 (Jumaat): Hari ini telah berlangsung Taklimat yang berkaitan tentang Program Online I-Trim. Taklimat disampaikan oleh dua orang bekas pelajar Yayasan Selangor. Program ini disyorkan kepada murid-murid Tahun 6 bagi tujuan meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan UPSR.
Selain para pelajar Tahun 6, ibu bapa mereka juga turut hadir mendengar taklimat tersebut. Taklimat berlangsung di Dewan Bestari SK Binjai Jaya. Semoga semua pelajar Tahun 6 akan memanfaatkan program Tuisyen Rakyat 1 Malaysia ini. Dan seterusnya memperolehi kejayaan dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini.