Saturday, June 22, 2013

Kursus Pengurusan Sekolah (HEM) 2013

Kursus Pengurusan Sekolah bagi GPK Hal Ehwal Murid Daerah Sabak Bernam, Selangor telah diadakan di Pusat Kecemerlangan PPD Sabak Bernam. Kursus ini dikendalikan oleh Institut Aminuddin Baki, Genting Haighlands. Kursus berlangsung selama 4 hari bermula 18 Jun 2013 dan berakhir pada 21 Jun 2013. Sepanjang empat hari tersebut guru-guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid seramai 44 orang telah didedahkan dengan pelbagai ilmu yang berkaitan bidang HEM. Seramai tiga orang Pensyarah dari IAB terlibat diketuai oleh En. Saufie bin Abdul Manaf, Pn. Chai Sai Hon dan En. Indran a/l Subrumanian. Banyak ilmu yang ditimba di dalam kursus ini dan ianya dapat memberi pencerahan kepada sebahagian besar GPK HEM yang baru dilantik bagi menguruskan HEM di sekolah masing-masing. Antara pendedahan yang diberi sepanjang kursus ini ialah Asas Pengurusan dan Kepimpinan, Isu-isu Pengurusan ICT, Pengurusan HEM: Kebajikan Dan Keselamatan Murid, Pengurusan HEM: Perundangan HEM Dan Pengurusan Disiplin, Pengurusan Kaunseling dan Penyediaan Pelan Pemangunan HEM. Alhamdulillah dengan mengikuti kursus ini dapat meningkatkan serba sedikit ilmu tentang pengurusan HEM. Terima Kasih IAB kerana sudi hadir ke Sabak Bernam bagi mencambah ilmu HEM ini kepada kami menerusi kod kursus IABI 132C24.

No comments: