Monday, February 15, 2010

Dua Dalam Satu



Hari ini 15 Februari (Isnin)- Saya sekeluarga akan ke rumah abang (Pak Unggal) di Batu Hampar Perak. Abang akan mengadakan Majlis Walimatul Urus anaknya. Anak yang ke... alamak lupa pulak. Tak kisahlah, benda tu tak penting. Pak Unggal adalah gelaran yang kami beri kepada abang saya yang paling tua ini disebabkan dia adalah anak tunggal kepada ayah saya dengan emak yang pertama.

Pukul 10.10 pagi, kami bertolak dari Sungai Besar. Sampai di Felcra Seberang Perak, saya membelukkan kereta ke Jalan Kampung Gajah..dah lama tak melalui jalan ini, kata Pak Lang (abang ketiga) ikut jalan ni dekat sikit. Tidak banyak kereta yang lalu di jalan ini. Kami melalui Lambor Kiri - Bota Kiri - terus masuk simpang Beruas dan tiba di Batu Hampar. Jalannya dah lurus, tidak seperti belasan tahun dahulu, kalau lalu jalan Beruas - Batu Hampar, ramai bebudak yang muntah.

Tiba di rumah pengantin hampir pukul 1 tengah hari. Rasanya jauh sangat lah jalan ni. Jalannya pulak taraf kampung...dan kurang selesa, senang cerita macam naik kudalah.
Sampai .. terus diarah makan...sedap, masakannya..sup daging lembu bertulang masih panas. Tradisi di sini, lembu disembelih sebelah pagi, terus masak..memang dagingnya masih manis. rasa nak tambah, rasa malulah pulak.

Ramai saudara mara yang ditemui. Dah lama tak jumpa...sesekali jumpa, nampak dah masing-masing dah berumur. Di majlis seperti inilah biasanya sanak saudara akan berkumpul. Sesepupu belah ayah ramai yang kami jumpa...emm (ayah asal dari Tanjung Piandang) tak jauh dari sini. Kakak ipar pula sepupu sebelah emak..memang pendek kata, yang ada tu 100% sedara maralah. Seramai 7 orang daripada 12 orang adik-beradik yang berkumpul di sini. Yang lain-lain tu tak dapat hadir, mungkin ada urusan lain.

Balik dari sini, kami singgah pula ke Teluk Senangin. Alang-alang dah lalu tu, teruslah bawa anak-anak mandi-manda. Bukan main seronoknya bebudak bermandi-manda. Tambahan pula dapat mandi dengan sesepupu mereka. Sebab perjalanan masih jauh, hanya 1 jam je masa diperuntukkan untuk mereka mandi.

Dah jauh berubah Teluk Senangin ni. Dah ramai pengunjungnya. Kalau dulu tak ada orang yang suka ke sini. Tapi hari ini, semua chaletnya penuh. Cuma kemudahan awamnya masih kurang..tandas dan bilik mandi perlu dibina oleh pihak PBT.

Pukul 5.00 petang, kami pun balik...jamlah pulak di Jambatan Sultan Yusof..satu jam sangkut di situ. Congakan akan sampai sebelum Mahgrib...tapi hampir 7.40 baru sampai.
Apa-apa pun alhamdulillahlah kami selamat pergi dan balik.
Lapar...belasah jelah apa-apa yang dibawa dari rumah Pak Unggal tadi.

No comments: