Monday, September 5, 2011

Program Kepung 2011


5 September 2011 (Isnin): Mulai hari ini 5 September 2011 hingga 9 September 2011, satu program yang dinamakan Program KEPUNG telah dilaksanakan di SK Seri Makmur. Program ini melibatkan murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada minggu hadapan.

Dalam program ini murid-murid akan berbincang tentang kehendak soalan dan cara memberi jawapan yang betul semasa menjawab. Soalan-soalan yang dikutip dari Percubaaan UPSR dari negeri-negeri lain ini dibincangkan antara guru mata pelajaran dan murid-murid yang terlibat.

Program Kepung ini dinamakan sedemikian rupa kerana murid-murid Tahun 6 akan dikepung di kawasan sekolah dari 7.30 pagi hingga pukul 5.30 petang. Program ini telah dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu, dan diharap dapat meningkatkan pencapaian murid - murid dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini.

No comments: