Monday, November 29, 2010

Perkembangan Staf- Guru Tahun 1 2011


30 November 2011 Selasa: Guru-guru Tahun 1 SK Seri Makmur mengorak langkah proaktif dengan mengadakan program Perkembangan Staf. Aktiviti ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada semua guru yang bakal mengajar Tahun 1 2011 dengan kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).


Guru-guru yang telah mengikuti kursus yang telah dijalankan sebelum cuti persekolahan baru-baru ini, telah menyampaikan segala dapatan yang mereka perolehi sepanjang mengikuti kursus tersebut. Semua guru Tahun 1 telah hadir ke program yang diadakan di Makmal Komputer 1 SK Seri Makmur ini.


Kurikulum Standard Sekolah Rendah akan mula dilaksanakan kepada murid-murid Tahun 1 sesi persekolahan 2011. Bagi murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6, mereka masih menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (Semakan ) 2003.
Peserta baling kecil turut hadir. Tahniah kepada Pn Nuraini @ Anne Jusfina Jamaluddin, walaupun masih dalam cuti bersalin tetapi turut hadir bagi mendapatkan ilmu tentang KSSR.

No comments: